Monday, June 27, 2016

TINNITUS: APA RAHSIA DISEBALIK BUNYI DESINGAN TELINGA? – DR. AHMAD NORDIN

Titinus adalah satu keadaan di mana seseorang itu merasai terlinga mereka berdesing. Jenis bunyi desingan berbeza bagi setiap individu. Baisanya desingan tersebut bagaikan bunyi loceng atau lebah yang sedang terbang. Tetapi ada yang menyatakan bahawa desingan yang mereka alami menyerupai bunyi desiran seumpama bunyi air terjun mengalir. Ada yang menyamai desingan seakan bunyi udara bergerak di dalam botol yang kosong. Terdapat pelbagai jenis desingan lagi yang dialami oleh pesakit dan kebiasaannya, desingan bunyi tersebut mempunyai satu nada dan satu pic yang tertentu.

Definasi tinnitus adalah pengalaman di mana seseorang itu dalam keadaan sedar kewujudan bunyi di dalam kepada subjek tanpa kehadiran sebarang bunyi di persekitarannya pada waktu yang sama.Dengan erti kata lain - hanya subjek sendiri sahaja yang boleh mendengar tinnitus peratusan besar kes tinnitus adalah merangkumi sympton ini dan ia juga dikenali sebagai tinnitus subjektif.

Jarang kali, terdapat tinnitus yang dapat didengari oleh orang lain. Ini kemungkinan berlaku dalam kes ketumbuhan salur darah di bahagian leher yang besar di mana terdapat gangguan dalam aliran darah. Pada kebiasaanye bunyi ini boleh didengar dengan bantuan stetoskop yang diletakkan pada kawasan ketumbuhan tersebut dan bukannya pada jarak biasa pertuturan kita. Tinnitus sebegini yang boleh didengari oleh orang lain juga dikenali sebagai tinnitus objektif.

Dalam bidang ENT (telinga, hidung dan tekak), perlu diingatkan bahawa bunyi tinnitus adalah biasanya dalam satu nada yang sekata. Sekiranya bunyi adalah dalam bentuk pertuturan - iaitu sama ada bunyi orang bercakap kepada subjek, atau perbualan antara orang didengari tanpa orang di sekeliling, subjek tersebut bukan mengalami tinnitus. Ini adalah lebih kepada penyakit psikiatrik yang perlu dirujuk kepada pakar psikiatrik. Walaubagaimanapun, dalam pengalaman saya, ada juga yang akan berjumpa bomoh atau ustaz yang berkelayakan untuk menanggani situasi ini. 


Thursday, June 23, 2016

DIPHTHERIA

diphtheria
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan berkenaan kejadian kes disahkan difteria di kalangan tiga (3) beradik di Melaka dan lapan (8) kes disyaki difteria di Kedah. Sebanyak satu (1) kes yang disahkan difteria di Melaka telah dilaporkan meninggal dunia pada 18 Jun 2016. Manakala satu (1) kes disyaki difteria di Kedah yang berumur dua (2) tahun meninggal dunia pada 22 Jun 2016 pagi. Kedua-dua kes kematian tidak menerima imunisasi difteria yang lengkap dan meninggal dunia kerana komplikasi jangkitan.

Pesakit yang meninggal dunia di Hospital Melaka telah dirujuk oleh Klinik Kesihatan Ujong Pasir pada 16 Jun 2016 dengan sejarah demam selama lapan (8) hari dan batuk, sakit tekak, sukar menelan, kurang selera makan serta leher bengkak selama 3 hari.  Ujian sampel swab tekak disahkan positif difteria pada 20 Jun 2016 oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur. Sementara pesakit kanak-kanak warga asing yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar belum diketahui keputusan ujian.

Manakala dua (2) kes yang disahkan difteria di Melaka dan tujuh (7) kes disyaki difteria di Kedah sedang dirawat di hospital yang mana satu (1) kes disyaki di Kedah tersebut sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (Intensive Care Unit – ICU), satu (1) kes dirawat di Paediatric High Dependency Ward manakala lima (5) kes yang lain dirawat di wad isolasi kanak-kanak. Dari jumlah tersebut, hanya tiga (3) kes disyaki difteria di negeri Kedah yang telah menerima imunisasi difteria yang lengkap. Selebihnya termasuklah ketiga-tiga kes yang disahkan difteria di Melaka, tidak menerima atau telah menerima imunisasi yang tidak lengkap.

corynebacterium

Tuesday, June 21, 2016

RED YEAST RICE - UNTUK KURANGKAN KOLESTROL

PENGENALAN

Rakyat semakin prihatin terhadap penjagaan kesihatan dan pemakan. Amalan pengambilan produk tradisional dan supplement kesihatan menjadi antara pilihan alternatif dan meningkatkan taraf kesihatan disamping aktiviti fizikal dan penjagaan kesihatan lain.

Dengan permintaan tersebut menyebabkan lambakan produk tradisional dan supplement kesihatan dalam pasaran Malaysia dan dijual secara berleluasa secara terus di kedai kedai makanan kesihatan dan kedai produk tradisional.Penghasilan produk sebegini adalah berdasar kepada maklumat penggunaan secara warisan turun temurun,

Diantara produk tradisional yang menjadi pilihan adalah Red Yeast Rice (RYR) atau beras yis merah yang telah digunakan di China dan negara-negara Asia selama berabad-abad sebagai ubat tradisional untuk menurunkan tahap kolestrol, mengawal aliran darah dan merawat cirit birit. RYR juga boleh digunakan sebagai bahan pewarna, aditif dan pengawet makanan.

Walaubagaimanapun pengguna perlu berhati-hati apabila mengambil produk RYR kerana ianya mengandungi sejenis bahan kimia yang terhasil secara semulajadi dan ianya seakan sama dengan bahan farmaseutikal iaitu lovastatin.

 (a) Struktur bahan farmaseutikal lovastatin


(b) Struktur Monacolin K dari RYR

Wednesday, June 15, 2016

MAFAAT KACANG HIJAU UNTUK GOUT




Saya pernah beberapa kali mengalami sakit gout. Dan pernah cek doktor, urik asid memang tinggi. Biasanya gout menyerang 3-4 hari. Kadang² terpaksa bertongkat.

Kali terakhir kena gout ialah akhir Disember 2015. Selepas suntikan pun masih tak begitu baik. 

Saya ada terbaca dalam Google, khasiat kacang hijau, antaranya merawat sakit urat, saya pun buat bubur kacang hijau seperti biasa. Alhamdulillah, rupanya sakit gout pun sembuh juga.

Pernah sekali saya makan kenduri di Gerik, pada waktu balik ke Penanti, semasa memandu, kaki saya dah mula terasa sakit. Malamnya saya makan semangkuk bubur kacang hijau, pagi esoknya, masa bangun tidur rasa sakit dah hilang sepenuhnya.

Sekarang bila kaki mulai rasa sakit, saya akan segera minta isteri tersayang masak bubur kacang, dan hilang semua rasa sakit di kaki atau di lutut

Kini bubur kacang hijau adalah hidangan tetap saya 2-3 kali seminggu.

Sampai hari ini saya tidak pernah makan ubat gout klinik. Dah enam bulan sihat dan boleh bergerak bebas. Sebelum bertemu ubat kacang hijau ni, saya biasanya akan kena gout 2-3 bulan sekali.
Alhamdulillah.

Sapa yang ada gout boleh cuba, mungkin serasi. Yang lain sila share untuk manfaat bersama.
Erti mujarrab ialah yang telah diuji dan mendapat hasil yang sama. Bubur atau sup boleh saja cuba

GUNA ICE UNTUK MEREDEKAN SAKIT DI BAHAGIAN KEPALA...TITIK RUMAH ANGIN (FENG FU)

TITIK RUMAH ANGIN (FENG FU)



Sedikit perkongsian ilmu utk manfaat kita bersama.
Tahukah Anda, bahawa terdapat suatu tempat di tubuh manusia,jika ditempelkan dgn ais pada titik tersebut selama beberapa saat, berupaya memberi impak positif terhadap kesihatan kita.
Insha-Allah, teknik ini dapat mengatasi masalah sakit kepala seperti migrain dengan segera.

 

Badan kita akan terasa ringan dan bertenaga.

Melakukan terapi tersebut secara berkala dipercayai dapat mengekalkan keremajaan tubuh dan kelihatan lebih muda.