Saya
pernah beberapa kali mengalami sakit gout. Dan pernah cek doktor, urik
asid memang tinggi. Biasanya gout menyerang 3-4 hari. Kadang² terpaksa
bertongkat.
Kali terakhir kena gout ialah akhir Disember 2015. Selepas suntikan pun masih tak begitu baik.
Saya ada terbaca dalam Google, khasiat kacang hijau, antaranya merawat
sakit urat, saya pun buat bubur kacang hijau seperti biasa.
Alhamdulillah, rupanya sakit gout pun sembuh juga.
Pernah sekali saya makan kenduri di Gerik, pada waktu balik ke Penanti, semasa memandu, kaki saya dah mula terasa sakit. Malamnya saya makan semangkuk bubur kacang hijau, pagi esoknya, masa bangun tidur rasa sakit dah hilang sepenuhnya.
Sekarang bila kaki mulai rasa sakit, saya akan segera minta isteri tersayang masak bubur kacang, dan hilang semua rasa sakit di kaki atau di lutut
Kini bubur kacang hijau adalah hidangan tetap saya 2-3 kali seminggu.
Sampai hari ini saya tidak pernah makan ubat gout klinik. Dah enam bulan sihat dan boleh bergerak bebas. Sebelum bertemu ubat kacang hijau ni, saya biasanya akan kena gout 2-3 bulan sekali.
Alhamdulillah.
Sapa yang ada gout boleh cuba, mungkin serasi. Yang lain sila share untuk manfaat bersama.
Erti mujarrab ialah yang telah diuji dan mendapat hasil yang sama. Bubur atau sup boleh saja cuba

No comments:
Post a Comment