Thursday, August 9, 2018

BAHAYA GULA BERLEBIHAN

BUKAN senang untuk menerima hakikat jika ibu atau bapa anda didiagnos menghidapi diabetes. Perkara pertama yang pasti diminta oleh doktor ialah menjauhi gula. Ia tidak senang dilakukan kerana mereka telah biasa dengan gula sepanjang hayat. Lagipun, rasa gula mencetuskan sejenis hormon dalam otak yang membuatkan kita berasa senang. Inilah yang menyebabkan mengapa ramai orang mendapati sangat susah hendak meninggalkan gula.

Bagi penghidap diabetes, gula akan meningkatkan paras gula darah yang seterusnya akan meningkatkan risiko komplikasi yang melibatkan saraf, mata, buah pinggang dan jantung.

Kini, Persatuan Jantung Amerika (American Heart Association (AHA)) telah meletakkan gula tambahan dalam senarai penyebab yang boleh menjejaskan jantung selain daripada pengambilan terlalu banyak garam, lemak, kolesterol dalam diet. Menurut AHA, pengambilan gula yang tinggi dikaitkan dengan kesihatan yang tidak baik, termasuk kegemukan (obesiti), diabetes, tekanan darah tinggi, radang, paras trigliserida tinggi, semuanya ini merupakan faktor risiko penyakit jantung dan strok.

 

RAWATAN SAKIT LUTUT

Ramai rakyat Malaysia menghadapi masalah sakit lutut, dan sendi. Faktor usia adalah salah satu penyebab kepada masalah yang dihadapi, sebab itu berikan yang terbaik pada lutut dan sendi bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

IZ Wellin mampu memberi isian (kartillage) kepada sendi agar tulang tidak bergesel. IZ Wellin diperbuat daripada bahan-bahan aktif iaitu herba yang tumbuh subur di India yang mana memberikan banyak kebaikan kepada sendi kerana bahan ini bertindak sebagai ejen anti inflamasi dengan kehadiran asid boswellic.

 Asid boswellic ini mampu menurunkan aktiviti enzim pro inflamasi yang dikenali sebagai elastase manusia.

Kebaikannya ialah dapat mencegah kerosakan tulang rawan dan sendi, mengurangkan sel imun yang menyebabkan keradangan, meningkatkan bekalan darah ke sendi, menenangkan sendi dengan cecair sinovial, struktur menjadi licin dan mudah untuk bergerak.

Monday, July 16, 2018

MASAALAH HORMON BOLEH MENYEBABKAN RAMBUT GUGUR

Pernahkah anda dapati segumpal rambut melekat pada sikat selepas rambut disisir? Atau apabila mengurai rambut dengan tangan, banyak yang melekat di celah-celah jari anda dan didapati rambut lebih mudah gugur selepas dicuci?
Jika ya, anda tidak bersendirian. Ramai wanita yang mengalami masalah kurang menyenangkan ini, apatah lagi apabila membayangkan kemungkinan rambut menjadi semakin nipis atau risiko botak.

Terdapat pelbagai faktor menyebabkan rambut gugur. Kebiasaannya ia normal bagi ibu yang baru melahirkan anak disebabkan perubahan hormon yang berlaku ke atas badan mereka dan memerlukan masa enam bulan ke setahun untuk memulihkannya.

Sebab itu sekiranya anda berkunjung ke salun untuk mendapatkan rawatan rambut, juruterapi akan bertanya terlebih dulu mengenai sejarah atau aktiviti anda dalam tempoh enam bulan sebelum itu.

Ini diakui pendandan rambut dari Jazeerat El Rahah Syameera Mat Sapeine, yang akan mendapatkan maklumat lanjut daripada pelanggan mengenai perubahan badan yang berlaku sebelum mencari penyelesaian sesuai.

“Masalah rambut gugur paling sinonim dengan ibu bersalin. Untuk itu, si ibu harus menjaga pemakanan dan mendapatkan rawatan bagi memastikan rambut tidak lagi gugur selepas enam atau 10 bulan. Selepas bersalin biasanya badan mudah berpeluh dan rambut menjadi kering. Sekiranya tidak dikawal ia akan memudaratkan keadaan. Ini kerana rambut yang kering akan menyebabkan gugur dengan lebih banyak,” katanya.

Selain itu penggunaan bahan kimia berlebihan seperti syampu yang tidak sesuai, kerap mewarnakan rambut dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, akar rambut tidak lagi kuat dan mengundang kepada masalah rambut patah atau keguguran.

ATASI MASAALAH KULIT DENGAN TOMATO

Lazat dimakan begitu saja atau ditambah dalam masakan. Tomato antara sumber semula jadi bukan saja untuk kesihatan, malah untuk kecantikan luaran serta dalaman.

Tomato yang berwarna merah sarat dengan vitamin A dan C, malah semakin matang buah tomato itu, kandungan vitaminnya juga semakin banyak.

Tomato juga mengandungi likopena iaitu antioksidan yang sangat berguna untuk melawan radikal bebas akibat asap kenderaan, asap rokok dan bahan berbahaya yang masuk ke dalam tubuh.

Likopena juga diketahui berperanan aktif membantu untuk mencegah kerosakan sel penyebab kanser seperti kanser prostat, mulut dan rahim. Gel di luar biji tomato pula berkhasiat mencegah pembekuan darah yang menyebabkan penyakit jantung dan strok.

Selain dijadikan ramuan masakan, tomato digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan. Khasiatnya dikatakan dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kulit.

Berikut 10 langkah mudah untuk mengekalkan kecantikan menggunakan tomato:

1. Bagi yang berhadapan masalah jerawat, cubalah petua ini. Lenyekkan tomato dan sapu pada seluruh wajah terutama di bahagian berjerawat, biarkan ia kering pada wajah selama 30 hingga 40 minit. Kemudian bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu.

Monday, April 23, 2018

KETAHUI KHASIAT DALAM BERAS PERANG

Nasi putih adalah salah satu produk makanan yang paling kerap dimakan di seluruh dunia. Walaubagaimanapun beras putih tidak begitu berkhasiat berbanding beras perang. Beras perang mengandungi pelbagai nutrien penting seperti vitamin B, fosforos, selenium, mangan, kalium dan magnesium. 

  BERAS PERANG

Mengurangkan risiko terkena kanser kolon 
Tahap selenium yang tinggi dan juga fenol yang terdapat dalam beras perang dikaitkan dengan sebab penurunan risiko kanser kolon. Fenol hadir dalam jumlah yang tinggi dalam beras perang berbanding beras putih. Kandungan tinggi serat juga boleh menyumbang kepada kolon yang sihat dan membantu sistem penghadaman.

Perlindungan terhadap kanser payudara
Pytonutrient Lignin hadir dalam beras perang dianggap menghalang pertumbuhan sel-sel kanser payudara.