Monday, January 18, 2016

TERLALU BANYAK SERANGAN KANSER, SELAMATKAH PEMAKANAN KITA??

Beberapa bulan kebelakangan ini banyak pesakit kanser berbagai jenis yang dideritai oleh orang-orang yang rapat dengan RPWP. Ramai yang tidak dapat diselamatkan dan telah pun meninggal dunia. Statistik menunjukkan bahawa kematian disebabkan kanser adalah sekitar 25%. Ia jauh lebih tinggi dari kematian akibat peperangan di dunia ini.
Antara punca kanser ialah pemakanan moden yang mengandungi terlalu banyak kimia. Daripada ladang sampai ke kilang pembuatan, semua prosesnya melibatkan pelbagai bentuk bahan kimia. Sayur dan buah yang cantik di pasar dan pasaraya juga telah dirawat dengan kimia anti serangga dan pengawet. Semua ternakan juga menggunakan premix makanan dan perawatan penyakit yang melibatkan kimia.
Di kilang dan di pasar juga terlalu banyak penggunaan pengawet, pewarna, atau perasa tiruan yang berunsurkan kimia atau bahan sintetik. Semua yang tidak asli secara biologi itu pastinya tidak akan dihadam oleh tubuh badan kita. Dalam tubuh ia akan dikenali sebagai bahan kimia atau toksik. Kerana itu ia perlu dinyahtoksik oleh fungsi hati, ginjal dan limpa.
Pengambilan secara berterusan dan berpanjangan akan menyebabkan sistem nyahtoksik tubuh kita rosak lalu gagal menyahtoksikannya. Secara kronik ia mula menyebabkan pelbagai kanser dan penyakit tubuh yang fatal atau menyakitkan.
Maklumat dari mereka yang pernah bekerja di kilang makanan ternakan memberitahu bahawa 'premix' makanan sentiasa di adun agar tumbesaran ternakan menjadi cepat. Pelbagai antibiotik, vitamin, hormon dan bahan kimia dicampurkan.
Perkhidmatan veterinar di ladang komersial juga memaklumkan bahawa peladang sekarang tidak langsung memperdulikan aturan 'withdrawal period' untuk rawatan antibiotik atau steroid. Mereka hanya ingin mengurangkan kerugian akibat kematian. Ayam yang sedang dalam rawatan antibiotik pun boleh ditangkap dan dijual. Penggunalah yang bakal 'menelan' semua sisa ubat di tubuh ayam itu.
Lihatlah perbezaan ayam dahulu dengan ayam komersial sekarang dalam video dokumentari ini.
AKTIVITI PENIPUAN
Dengan situasi ekonomi sekarang di mana harga bekalan melambung tinggi, lebih banyak lagi karenah olahan yang tidak bermoral dilakukan oleh pengeluar dan pembekal semata-mata untuk menambah laba.
Dari peringkat kilang lagi, ketulinan bahan mentah sudah tidak diambil kira. Cuba pelajari apa jenis daging yang digunakan untuk membuat burger, sousage, hotdog, fishball dan sebagainya. Dapatkah kita mengesan jika mereka campurkan bahan mentah yang 'tidak sepatutnya' ??? Itu belum lagi bahan kimia yang digunakan untuk membuat maggie, biskut, susu pekat, pelbagai sos, kodial, minuman dalam kotak dan sebagainya.
Dalam video ini dapat kita lihat suntikan air yang begitu banyak untuk menambah berat dan menampakkan tubuh ayam ini gebu. Bukan sahaja ayam, malah mereka turut lakukan pada ikan dan lain-lainnya.

1 comment:

Anonymous said...

[url=http://online-diflucanfluconazole.net/]Diflucan Dosage[/url] Cialis Canada Pharmacy Online http://lasixwithoutprescriptionfurosemide.net/