Saturday, February 13, 2016

BERSUKAN CEGAH ARTRITIS

PENYAKIT radang sendi atau artritis lazimnya menyerang individu berusia 50 tahun ke atas dan golongan wanita yang telah menopaus.

Artritis akan menyebabkan rasa ngilu pada sendi dan akhirnya mampu merosakkan tulang rawan.
Salah satu jenis penyakit artritis adalah osteoartritis yang mengikis kartilase sendi lutut sehingga menyebabkan rasa sakit dan bengkak. Berikutan itu, individu mengalami kesukaran untuk bergerak.
Menurut Pakar Bedah di Hospital Mount Elizabeth Novena, Singapura, Dr. Jeffrey Chew Tec-Hock, osteoartritis sukar untuk dicegah memandangkan ia merupakan penyakit yang muncul akibat penurunan fungsi organ di dalam tubuh.

“Faktor risiko penghidap artritis adalah usia, berat badan, genetik dan penyakit-penyakit lain seperti ketumbuhan.

“Untuk meminimumkan risiko diserang penyakit tersebut, individu disarankan untuk kerap bersukan kerana ia akan memperkuat otot selain melancarkan peredaran darah,” jelasnya.
Ujarnya lagi, individu turut disarankan untuk menjaga berat badan ideal dan mengambil makanan tinggi nutrien bagi mengelakkan risiko menghidap penyakit tersebut.

No comments: