Sebelum ni saya ada bercerita pasal stres dan impaknya ke atas kesihatan kita. Hari ni saya nak berkongsi kisah yang diceritakan oleh anak saya.
Mengikut anak saya, kawannya Mat (bukan nama sebenar) telah kehilangan bapa disebabkan oleh stres. Mat beritau yang ayahnya selalu murung. Dia sering mengadu tentang bosnya – yang baginya adalah seorang yang tidak berperi kemanusian, suka menyusahkan anak buah, tidak bertimbang rasa, pemarah dan bermacam-macam lagi label yang tidak baik.
Pada petang yang malang tu ayah Mat tak henti-henti komplen pasal bos dia. Dia kata dia tak tahan lagi dengan perangai bosnya. Tak lama lepas tu ayah Mat pengsan, mulutnya berbuih-buih. Dia dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia ketika sampai di sana.
Jadi saya mengingatkan diri saya, dan saudara sekalian, supaya tidak perlu emosional dalam soal kerja.
Apa yang penting adalah kita laksanakan tanggungjawab kita sebaik mungkin dan berpuas hati dengan apa yang berjaya dicapai. Segala kekurangan akan diteliti dan ditambahbaik dari masa ke semasa. Kalau bos nak marah, marahlah. Jika ada peluang, bertanyalah apa yang dia tak puas hati. Sekurang-kurangnya dapatlah kita membantu bos menurunkan tekanan darahnya yang sedang naik, kumpul pahala!!!
Kita tak perlu ambil kisah sangat apa orang kata kepada kita. Tak kiralah bos atau siapa. Kata-kata mereka akan mengguris hati kita atau membuat kita stres hanya kalau kita membenarkannya. Ianya terjadi bila kita mula bayangkan apa yang akan berlaku akibat kata-kata atau marah tersebut. Bagus juga dengar lagu “Don’t worry, be happy”.

No comments:
Post a Comment