(*)Mereka yang berhadapan dengan masalah tidur berdengkur biasanya akan
mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan,
kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan
dan kurang daya ingatan. Mereka juga mudah tertidur semasa memandu
terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu
trafik. Keadaan ini sangat membahayakan.
(*)Jom, semak punca-punca tidur berdengkur
(*)Gejala berdengkur terjadi kerana:
Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak.
(*)Tisu tekak yang besar dan tebal.
(*)Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang.
(*)Saluran pernafasan tersekat.
(*)Merokok.
(*)Radang amandel (tonsilitis)
(*)Posisi tidur
(*)Kelebihan berat badan
12 Tips Mengurangkan Dengkuran
1.Gunakan bantal yang lebih
(*)Pastikan anda meletakkan kepala anda pada kedudukan yang lebih
tinggi sedikit daripada badan ketika baring. Ini bertujuan untuk membuka
saluran pernafasan anda dan mengelakkan saluran tekak daripada tersekat
sekaligus menyebabkan anda berdengkur.
2.Bahan pendingin
(*)Sekiranya kesejukan atau kesesakan nafas yang menyebabkan anda
berdengkur, anda boleh menggunakan bahan pendingin seperti (vicks)
sebelum tidur. Ini adalah untuk mengeringkan rongga hidung dan
meningkatkan aliran udara pernafasan untuk mengurangkan berdengkur. Anda
juga dinasihatkan untuk menyapukan vicks pada bahagian dada sebelum
tidur untuk melancarkan pernafasan.
3.‘Nasal strips’
(*)Sekiranya masalah selesema atau batuk bukanlah menjadi masalah yang
menyebabkan anda berdengkur, anda juga boleh menggunakan nasal strips.
Ia berfungsi untuk membuka saluran hidung untuk menjadikannya kurang
sempit dan ini dapat memberikan aliran udara yang lebih baik.
4.Tidur dalam keadaan mengiring
(*)Posisi tidur dalam keadaan mengiring juga adalah salah satu cara
untuk mengatasi masalah berdengkur. Apitkan bantal pada bahagian
belakang dan depan badan anda untuk membuatkan anda berasa selesa untuk
tidur. Ini juga adalah salah satu cara mudah untuk mengurangkan
dengkuran anda.
5.Buat senaman otot-otot kerongkong dan rahang
(*)Pernafasan akan menjadi lebih mudah jika anda memastikan otot-otot
leher, kerongkong dan rahang sentiasa dalam keadaan baik. Amalkan
menarik nafas panjang bagi melapangkan laluan pernafasan anda. Cara ini
dapat mengurangkan risiko ia tersumbat semasa anda sedang tidur.
6.Berurut
(*)Rehat yang secukupnya boleh mengendurkan otot-otot tubuh yang tegang
dan membuatkan anda tidur dengan lebih nyenyak. Tetapi urutan juga dapat
membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan pada otot-otot utama yang
mungkin menjadi penyebab kepada kesukaran untuk tidur nyenyak yang anda
perlukan.
7.Mengurangkan bahan-bahan alahan yang terdapat dalam bilik tidur
(*)Alahan boleh menjadi penyebab kepada dengkuran dan menimbulkan
kesukaran untuk bernafas. Pastikan cadar dan selimut anda bersih
daripada habuk dan hama. Sentiasa pasang alat penapis udara sepanjang
siang dan malam bagi mendapatkan udara yang bersih dan segar.
8.Kenal pasti alahan anda pada sesuatu jenis makanan
(*)Ramai yang tidak menyedari jika mereka alah pada sesuatu jenis
makanan kerana ini juga boleh menjadi punca kepada halangan pada
kerongkong dan saluran nasal. Cuba pastikan jika anda ada alah pada
sesuatu jenis makanan dan cuba kurangkan pengambilan makanan jenis
tersebut perlahan-lahan.
9.Buat pemeriksaan tonsil
(*)Satu daripada masalah atau halangan kerongkong ialah tonsil yang
terlalu besar. Jika anda mempunyai situasi dengkur yang teruk, segeralah
berjumpa dengan pakar dan buat pemeriksaan jika tonsil bengkak atau
terlalu besar. Pembedahan boleh dilakukan bagi membuang tonsil tersebut
agar anda tiada gangguan tidur lagi.
10.Kurangkan berat badan
(*)Bagi mereka yang gemuk, sebaiknya turunkan berat badan kerana lemak
yang terkumpul di sekitar kerongkong adalah punca dengkuran terjadi.
Cara ini bukan sahaja dapat membantu mengatasi masalah dengkuran tetapi
anda akan dapat tidur nyenyak serta personaliti anda akan turut nampak
lebih menarik dan memikat.
11.Hidu wap air sebelum tidur
(*)Hidung tersumbat juga satu daripada punca berdengkur. Sebelum tidur,
hidu wap air panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas
pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara untuk menghilangkan
lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir hilang, kemungkinan untuk
berdengkur berkurangan.
12.Hindari ubat penenang atau sedatif
(*)Apa pun jenis penenang, sama ada pil tidur dan apa saja produk ubatan
bertujuan menenangkan,boleh menyebabkan dengkur kerana ia mengganggu
sistem saraf, seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan
tisu dalam kerongkong.
Info Ekstra!
Kelebihan buah badam untuk mengatasi masalah berdengkur
(*)Ada petua untuk orang yang mengalami masalah tidur berdengkur iaitu gunakanlah kelebihan buah badam.
Cara-caranya ialah:
(*)1. Sediakan 7 biji buah badam.
(*)2. Tumbuk kesemua badam tu sampai lumat.
(*)3. Kemudian, campurkannya dengan air susu suam dan kacau hingga sebati.
(*)4. Kepada yang ada masalah berdengkur, bolehlah minum air tersebut.
1 comment:
Saya baru cube beberapa kali....insyaallah saya akan kerap lakukan...tk
Post a Comment