USIA 60-an sering dilihat sebagai dekad perubahan dalam kehidupan seseorang yang juga menyaksikan perubahan bagaimana seseorang itu melihat dirinya. Bersara daripada pekerjaan mewujudkan keperluan untuk melakukan pengubahsuaian utama dalam hidup yang mana tidak mudah untuk dicapai.
Walaupun usia ini sering dikaitkan dengan kehidupan yang aktif, tetapi pemeriksaan doktor yang teratur seharusnya digalakkan bagi membantu mengekalkan kesihatan optimum.Sukatan ubatan ada masanya perlu diubah, jadi adalah perlu untuk seseorang itu mempunyai hubungan baik dengan doktornya bagi memeriksa keperluan sesuatu ubatan dan makanan tambahan serta sukatannya.
Selalunya, peningkatan umur menyebabkan penurunan upaya sistem penghadaman. Masalah seperti kembung dan sembelit adalah biasa. Mengekalkan diet seimbang melalui pengambilan banyak buah-buahan segar dan sayur-sayuran menyediakan nutrien antioksidan yang membantu, di samping mengambil banyak serat.
Golongan berumur 60-an terutamanya lelaki, sering menganggap diri mereka berada pada tahap kecerdikan memuncak. Mereka lebih fokus kerana tiada gangguan dalam hidup seperti masalah membesarkan anak, memikirkan tentang kerjaya dan masalah sosial.Mungkin terdapat sedikit kelemahan dalam mengingati semula sesuatu perkara, tetapi otak orang tua penuh dengan pengalaman.
Mengamalkan senaman pada usia ini meningkatkan kekuatan dan fungsi fizikal, malah ada kalanya keupayaan fizikal mereka yang berusia 60-an adalah lebih baik daripada sesetengah mereka yang berusia 30-an. Bagaimanapun, senaman yang dilakukan tidak perlu terlalu berat yang mana berjalan dan berenang sudah cukup baik dan lebih baik daripada berjogging dan sebaiknya dilakukan selama 30 minit setiap kali sebanyak tiga atau empat kali seminggu. |
No comments:
Post a Comment