Monday, April 23, 2018

KHASIAT DALAM BUAH DELIMA

BUAH DELIMA - (Sangat baik untuk tubuh badan)

Buah Delima dikenali sebagai buah ajaib. Telah digunakan untuk tujuan perubatan sejak beribu tahun. Buah ini mengandungi antioksidan yang kuat dan kaya dengan vitamin. Telah terbukti juga menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit. Ia terbukti membantu merawat sakit perut dan menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit. Ia membantu merawat sakit perut hot flashes, menopos, buasir, konjunktivitis, osteoartritis, merendahkan tekanan darah, merangsang sistem imun, selsema, mengurangkan keradangan, mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kolestro.

Untuk jantung yang sihat.

Delima adalah ubat jantung. Jus delima berpotensi untuk melindungi daripada serangan jantung dan strok.

Jus delima mempunyai kepekatan antioksidan yang lebih tinggi daripada sumber-sumber lain seperti wain merah, jus anggur, jus blueberry, jus kranberi dan teh hijau. 

Melawan kanser prostat dan kencing manis

Satu kajian menunjukkan bahawa anatioksidan yang terdapat dalam jus delima mungkin berfaedah kepada kencing manis. Para penyelidik mendapati bahawa meminum jus delima dapat mengurangkan pengambilan teroksida "buruk" kolesterol LDL oleh sel-sel imun yang merupakan faktor utama menyumbang kepada aterosklerosis. 

Kajian lelh penyelidik Britain dan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa komponon dalam delima membantu mencegah kanser prostat metastasis.

Awet Muda

Herbology China menyatakan jus delima adalah sebagai rawatan untuk usia yang panjang. 

Ekstrak antioksidan yang terdapat pada buah delima ini yang mengandungi ruby yang boleh mencegah kedutan pada kulit. Produk delima yang terdapat pada barangan kosmetik termasuklah sebagai krim anti-penuaan minyak urut, mask dan toner.

No comments: