Sunday, October 20, 2019

10 TABIAT MEMBAHAYAKAN BUAH PINGGANG !

Selain jantung, hati dan otak, buah pinggang juga antara organ yang penting untuk seorang manusia. Tanpa buah pinggang kelancaran fungsi tubuh badan mungkin terganggu.

Buah Pinggang bekerja sebagai penapis bahan buangan yang tidak digunakan oleh badan melalui urin dan najis.

Jika kita mempunyai buah pinggang yang sihat ia dapat megnekalkan tahap stabil elektrolik dan menghasilkan hormon yang membantu mengawal tekanan darah, sel-sel darah merah dan mengekalkan tulang yang kuat.


Namun tanpa kita sedar, kerosakan buah pinggang boleh berlaku tanpa amaran. Tabiat pemakanan dan amalan gaya  hidup tidak sihat boleh mempengaruhi kesihatan buah pinggang dan boleh menyebabkan kegagalan serta-merta.

Pastikan anda kurang 10 tabiat di bawah ini untuk menjaga dan membaik pulih kedua dua buah pinggang anda!.


1. KURANG MINUM AIR PUTIH : - Air merupakan rakan kerja buah pinggang bagi memastikan pelancaran dalam ia menapis segala bahan buangan. Jika anda kurang minum air, ia boleh menyebabkan segala toksin dan bahan buangan terkumpul dan akhirnya boleh merosakkan buah pinggang.

Selain itu meminum air putih pelbagai manafaat yang lain kita boleh dapat. Tak percaya ? Boleh cuba!!

2. PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN :- Kajian menunjukkan apabila seseorang mengambil minuman manis lebih dari dua kali sehari cenderung untuk mempunyai protin tinggi dalam air kencing mereka.

Air kencing yang mengandungi banyak protin tanda awal buah pinggang gagal menjalankan kerja dengan betul.
3. GEMAR MAKAN MAKANAN MASIN :- Badan manusia tidak memerlukan sodium yang banyak untuk berfungsi tetapi jika berlebihan sodium boleh kerosakan.

Kebanyakkan orang mengambil banyak garam dalam diet seharian yang boleh mendatangi kesan darah tinggi dan meletakkan buah dalam keadaan bahaya.

4.TAHAN KENCING :- Sesiapa yang suka tahan kencing boleh membawa kepada masaalah kerosakan buah pinggang dan masaalah batu karang.

Selain itu ia juga boleh menyebabkan berlaku jangkitan kuman pada pundi kencing. Jadi bila rasa hendak terkencing jangan menahannya dan segeralah ke tandas.

5. KURANG VITAMIN DAN MINERAL :- Diet yang sihat ialah pemakanan yang lengkap dengan nutrisi seperti vitamin dan mineral untuk kesihatan seluruh badan dan fungsi buah pinggang.

Kekurangan vitamin seperti B6 dan magnesium adalah antara faktor risiko batu karang atau kegagalan buah pinggang.

6. TERLALU BANYAK MINUM KOPI :- Kafein boleh meningkatkan tekanan darah dan juga menambah beban pada buah pinggang. Lebih dalam pengambilan meminum kopi boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

7. SUKA MAKAN DAGING (PROTEIN DARI DAGING) :- Jika anda penggemar daging/protin haiwan seperti daging merah, cuba belajar untuk kurangkan. 

Protin dari daging merah haiwan boleh meningkatkan beban metabolik pada buah pinggang.

Semakin banyak protin haiwan kita ambil, semakin sukar buah pinggang untuk bekerja. Ia boleh menyebabkan tekanan dan terus membawa kepada kerosakan yang serious.

8. KERAP MENGAMBIL UBAT TAHAN SAKIT :- Penggunaan berlebihan dan menyalah gunakan ubat tahan sakit boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati.

Anda yang sering mengambil ubat tahan sakit tanpa nasihat doktor di harap berhenti melakukannya.

9. WAKTU TIDUR YANG TIDAK CUKUP :- Sukar tidur jugak termasuk dalam masaalah kesihatan yang kronik. Ia secara tidak langsung menyebabkan kerosakan buah pinggang tanpa kita sedar.

Semasa tidur badan berfungsi untuk memperbaiki tisu-tisu buah pinggang yang mungkin rosak. Namun jika anda tidak mendapatkan tidur yang cukup..mana mungkin buah pinggang dapat sembuh?

10. PENGAMBILAN ALKOHOL YANG TINGGI :- Sama seperti pengambilan kopi yang berlebihan..alkohol juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati kita.

No comments: