Sunday, October 20, 2019

MANAFAAT MAKAN TOMATO SETIAP HARI


KEAJAIBAN TOMATO TERLALU BANYAK DAN KERANA ITU KITA HARUS DAN KERAP MULA MENGAMALKANNYA.

Tomato adalah salah satu buah paling serba boleh yang digunakan secara meluas. Sesetengah orang lebih suka makan secara mentah manakala ada yang suka memasak dengan sayur-sayuran dan rempah ratus. 

Anda boleh menambah tomato kepada apa saja jenis juadah - bermula dari sos..sup..jus..salad..jeruk dan ditambah dalam kari..nasi..omelet..kuah dal dan bermacam-macam menu masakan lagi.

Secara umumnya tomato mengandungi kandungan air sebanyak 95% dan selebihnya adalah karbohidrat dan serat. 

Pernah kah anda tertanya-tanya apakah faedah jika makan tomato setiap hari?


Sumber Vitamin : - Sebiji tomato boleh membekalkan sekurang-kurangnya 40% daripada keperluan vitamin C dalam badan. Selain itu, tomato juga mengandungi vitamin A yang sangat penting untuk sistem imun..kulit dan penglihatan. Tomato juga tinggi dengan kandungan vitamin K yang bagus untuk tulang anda.



Melindungi kesihatan jantung :- Tomato mengandungi antioksidan yang dinamakan lycopene. Ia merupakan antioksidan yang dikatakan berfungsi untuk melindungi kesihatan jantung. Kajian menunjukkan bahawa makan produk berasaskan tomato adalah lebih efektif berbanding mengambil supplemen lycopene.

Menurut kajian lagi, individu yang mempunyai kandungan darah yang tinggi dengan antioksidan ini kurang berisiko menghidapi sindrom metabolik yang merupakan faktor risiko penyakit jantung..strok dan diabetes.

Kesihatan kulit :- Makan tomato untuk kecantikan kulit wajah. Ini kerana tomato dapat melindungi kesihatan kulit daripada sinaran matahari dan menghasilkan pro-kolagen yang berfungsi mengekalkan struktur kulit bagi membuatkan individu kelihatan awet muda dan cerah.

Memperbaiki penglihatan :- Tomato sangat bagus untuk mata. Ini kerana tomato mempunyai kandungan lycopene, lutein dan beta carotene yang berfungsi membantu melindungi mata daripada katarak dan macular degeneration. 

Membantu pencernaan :- Tomato juga dapat membantu individu yang kerap mengalami sembelit. Ini keana tomato mengandungi kandungan serat dan cecair yang agak tinggi. Namun begitu, anda harus berhati-hati kerana bagi sesetengah individu, asid daripada tomato yang dimasak boleh mengakibatkan senak perut dan asid refluks.

Membantu melawan diabetes dan kanser :- Tomato merupakan antara sumber makanan yang mampu melawan penyakit berbahaya seperti diabetes dan kanser.

Bagi individu yang mempunyai diabetes jenis 2, tomato adalah makanan yang bagus kerana ia boleh mengurangkan risiko berlakunya peroksida lipid yang menyebabkan radikal bebas dan serangan jantung.

Tomato mempunyai kandungan lycopene juga mampu mengurangkan risiko kanser perut, prostat, ovari dan paru-paru.

Siapa yang tak makan tomato mula lah makan nya sekarang.

Selamat mencuba !!

No comments: