Khasiat bawang putih rebus sangat banyak dalam merawat pelbagai penyakit manusia. Bawang putih juga merupakan bahan masakan yang selalu digunakan di dapur.
Dalam bahasa Latin bawang putih dikenali sebagai Allium Sativum. Ia juga merupakan tanaman amarilis yang sama kumpulan dengan bawang merah. Selain sebagai penyedap rasa masakan, ia juga sangat baik untuk kesihatan kita.
Bawang putih memiliki bau yang sangat menyengat. Manfaat bawang putih telah diketahui sejak zaman Mesir kuno, India juga di Tiongkok. Jika di amalkan secara rutin, ia mampu menyingkirkan infeksi dan penyakit, terutamanya apabila bawang putih direbus.
Jika anda berasa kurang sihat, anda bolehlah guna bawang putih sebagai bahan perubatan dari bahan semulajadi ini. Mari kita lihat beberapa penyakit yang boleh dirawat dengan bawang putih rebus ini.
Mencegah Kanser
Penyakit kanser memang dianggap penyakit yang sukar disembuhkan. Walaupun pernah ada beberapa orang pernah sembuh dari kanser.
Namun, ada pepatah lebih baik mencegah dari pada mengubati. Bawang putih rebus merupakan jalan alternatif untuk mencegah kanser.
Kandungan sulfur bioaktif pada bawang putih mampu mencegah pembentukan sel kanser pada tubuh kita. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang terbiasa mengamalkan bawang putih rebus berisiko rendah daripada terkena kanser usus besar.
Ubat Batuk
Jika anda mengalami batuk yang berpanjangan, anda boleh mengunakan bawang putih rebus untuk meredakan batuk. Dengan mengamalkan bawang putih rebus setiap hari, ia mampu merawat batuk anda secara semula jadi.
Ubat Selsema
Selsema selalu berlaku kepada kita dan ia kadangkala berterusan dan sukar untuk membuat kerja-kerja harian. Dengan manfaat bawang putih rebus, anda mampu merawat selsema anda sama ada selsema ringan mahupun selsema berat.
Merawat Keputihan
Bawang putih rebus juga dapat mengubati keputihan yang dialami oleh perempuan. Keputihan memang tidak baik bahkan dapat menjadikan miss V menjadi gatal. Oleh itu, mengamalkan bawang putih rebus secara rutin dapat mengatasi masalah ini. Kandungan zat antijamur, antimikroba, dan antibakteria mampu menyembuhkan keputihan.
Athma
Bagi orang yang menghidap penyakit athma, bawang putih sangat bagus untuk merawat infeksi paru-paru. Beberapa penyebab infeksi di antaranya disebabkan kuman, bakteria atau virus yang bersarang pada paru-paru. Anda disarankan untuk merawat penyakit ini dengan mengambil 2 ulas bawang putih rebus.
Setiap satu ciptaan Allah s.w.t sememangnya mempunyai kelebihan masing-masing, bawang putih banyak manfaat untuk kesihatan. Sekian
petikan dari bm.cari.my
No comments:
Post a Comment