Tuesday, November 1, 2016

MEMASTIKAN BEBAS DARI DEMAM

Orang kata sekarang ini musin demam. Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan ramai yang tidak sihat kerana batuk, demam, sakit kepala, sakit tekak, pening dan sebagainya. Kanak-kanak juga tidak terkecuali dengan keadaan ini.

Pastikan jangan memandang remeh dengan demam dikalangan kanak-kanak terutama apabila suhu badan mereka agak tinggi. Jangan teragak-agak untuk membawa mereka ke klinik bertemu doktor untuk rawatn selanjutnya. Anak-anak terutama bayi amat mudah dijangkiti penyakit seperti selesema.

Jangkitan selesema kadangkala bermusim. Perhatikan tanda selsema pada anak-anak seperti mula sakit tekak, sakit kepada dan badan, mata berair, demam, hidung berair atau tersumbat dan batuk yang biasanya tanpa kahak.

Sekali terjangkit, ia mengambil masa agak lama untuk pulih sepenuhnya. Tentu sekali lebih baik jika kita dapat mencegahnya dari awal.

Selain memberikan kasih sayang sepenuhnya, bagi mencegah jangkitan selsema, ikuti panduan ini.

1. CUCI TANGAN.

Galakkan anak-anak mencuci tangan terutama jika mereka mempunyai rakan-rakan yang sedang dijangkiti di sekolah. Pastikan mereka mencuci tangan dengan bersih jika bersalaman. Mengalirkan air banyak pada tangan dapat menghilangkan kuman. Tidak kira sama ada menggunakan air suam atau air sejuk, pastikan mereka menggosol pada bahagian belakang tangan, celah-celah jari dan di bawah kuku kerana gosokkan selama sekurang-kurangnya 20 saat ini dapat menghilangkan kuman.

2. TIDUR YANG CUKUP

KEtika sakit, tubuh badan memerlukan rehat yang lebih kerana badan yang penat tidak dapat melawan penyakit atau jangkitan dengan baik. Jadi pastikan anak-anak mendapat tidur secukupnya selama 8 hingga 10 jam setiap hari.

Friday, October 28, 2016

BIBIR KERING

Nak bibir cantik ni sebenarnya bukan senang, dan bukan juga perlu minum air masak sahaja. Tapi kita perlukan zat yang cukup dalam badan untuk mengelakkan bibir kering.
Jom kita baca kepentingan vitamin dan zat-zat dalam badan kita supaya kita boleh elak dari sebarang penyakit terutama bibir kering mengelupas.
Ulser dan radang mulut : Kurang vitamin B2
Ulser atau radang biasanya disebabkan kerana dalam tubuh kekurangan vitamin B2 yang dapat membantu penyembuhan luka.
Vitamin B2 sangat penting peranannya bagi kesihatan kulit & rambut, namun ia tidak boleh tersimpan di dalam tubuh dengan sendirinya, oleh kerana itu diperlukan makanan yang bergizi atau suplemen untuk melengkapinya dengan sempurna.
Setiap hari setidaknya minum 250cc susu, makanan seperti kacang tanah, dan lain-lain.
Tubuh lemah : Kurangan zink
Kurangnya zink dalam badan, kita akan rasa kekebalan tubuh menurun, hilang nafsu makan, pertumbuhan lembab, rambut gugur, fungsi alat perasa akan menurun.
Jika kamu terasa kurang selera atau tidak lalu makan kemungkinan badan kamu kekurangan zink.
Jadi anda perlu makan secukupnya daging lembu atau kambing kaya akan kandungan zink.
Penyakit mata : Kurang vitamin A
Vitamin A penting bagi sistem pencernaan dan pernafasan. Vitamin A mampu mencegah bakteria atau virus yang membahayakan tubuh kita.
Jika anda kekurangan vitamin A, selain dari mata anda ada perubahan yang teruk,ia juga mampu membahayakan sistem pernafasan dan pencernaan.
Jadi  Setiap hari makan sedikit kerang, sayur sawi atau makan hati 1-2 kali setiap minggu.
Mudah emosi : Kurang zat besi
Kekurangan zat besi bukan hanya dapat menyebabkan anemia, namunia juga boleh membuat emosi kamu sangat tidak stabil dan mudah marah serta naik angin tidak menentu.
Zat besi sangat penting untuk membantu tubuh kita memproses sel darah merah, khusus bagi perempuan yang sedang datang bulan. Daging merah seperti daging lembu atau kambing, telur ayam, kacang, sayur hijau boleh diambil. selain itu kamu juga harus perbanyak makan vitamin C yang baik untuk penyerapan zat besi.

Monday, October 24, 2016

Monday, July 11, 2016

YOGURT BANTU KURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Pengambilan yogurt sebanyak lima kali seminggu berupaya mengurangkan risiko darah tinggi sebanyak 20 peratus.

Penyelidikan yang dijalankan oleh Pusat Perubatan Universiti Boston, Amerika Syarikat mendapati, yogurt mempunyai kandungan bakteria baik yang dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

Selain itu, pengambilan yogurt juga didapati mempunyai manfaat yang sama dengan memakan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang.

Menurut penyelidik, Prof. Justin Buendia, pengambilan yogurt boleh dilakukan dengan cara menambahkan yogurt ke dalam makanan untuk membantu mengawal masaalah darah tinggi.

Golongan wanita pula dilihat mempunyai kesan penurunan darah tinggi yang lebih ketara berbanding lelaki kerana golongan tersebut lebih gemar memakan yogurt.


Yogurt yang dicampur dengan buah-buahan lebih baik untuk tubuh
 badan dan mengurangkan kadar darah tinggi.


Friday, July 1, 2016

AWAS! - BENGKAK DI LEHAR ANDA

Leher adalah bahagian tubuh yang mempunyai banyak struktur penting. Antaranya salur darah utama, saraf-saraf, salur nafas, salur makan, kelenjar tiroid, kelenjar limfa dan lain-lain. Dan setiap daripadanya mempunyai fungsi yang amat penting dan saling berkaitan antara satu sama lain. 

Bengkakan di bahagian leher biasanya melibatkan kelenjar tiroid, nodus limfa atau keradangan otot, kulit serta tisu akibat jangkitan atau kecederaan.

Kenapa bengkakan leher perlu diberi perhatian ?
Antara sebabnya adalah ….
  • Kerana bahagian leher mempunyai ruang atau rongga antara struktur yang berhubung dengan ruang yang menyelaputi jantung. Jika bengkakan akibat jangkitan atau nanah ia boleh merebak ke ruang jantung.
  • Bengkakan yang kelihatan menonjol di permukaan mungkin juga membengkak ke bahagian dalam dan menyebabkan tekanan pada struktur lain seperti salur nafas, salur makanan dan lain-lain
  • Bengkakan yang kelihatan mungkin berpunca daripada struktur lebih dalam di ruang leher
  • Bengkakan leher juga boleh berkaitan dengan jangkitan atau ketumbuhan di bahagian lain tubuh
Apakah jenis bengkakan yang biasa di lihat ?
  • Kelenjar tiroid atau goitre
Bengkak kelihatan di bahagian tengah leher atau sisi.
Biasanya tidah sakit.
Bengkak kekal sama atau secara perlahan bertambah besar.
Boleh menyebabkan gejala : sukar menelan ( akibat tekanan ke atas salur makan), suara berubah menjadi garau atau serak (akibat tekanan pada saraf peti suara), sukar bernafas ( tekanan pada saluran nafas)