Wednesday, November 2, 2016

KANSER PROSTAT USAH AMBIL MUDAH

KANSER prostat menyebabkan kerap buang air kecil

Hasil kajian di Amerika Syarikat, kanser prostat menduduki nombor dua dalam carta punca kematian lelaki negara itu akibat kanser di mana kanser hati aalah penyebab utama.

Malah sepanjang 2016, Tha American Cancer Society menganggarkan sebanyak 180,890 kes terbaharu kanser prostat dengan 26,120 daripadanya mengalami kematian.

Di Malaysia, tiada kajian spesifik dilakukan berhubung gejala penyakit ini, namun berdasarkan statistik pada 2012, dianggarkan lebih 1.1 juta lelaki negara ini menghidap kanser prostat. Ia diletakkan sebagai pembunuh lelaki nombor empat selepas serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi.

MANFAAT DARAH TALI PUSAT

Sel stem adalah sel induk darah yang terdapat dalam tubuh manusia dan ia boleh menghasilkan komponen darah seperti sel darah merah. sel darah putih dan platelet. Malah, sel induk ini adalah asas pembentukan pelbagai tisu, organ dan sistem dalam keseluruhan sistem tubuh manusia.

Dua punca utama sel stem adalah sel stem dewasa yang diperolehi daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sum-sum tulang, darah dan otak, manakala sel stem embrionik pula sel diperoleh daripada tubuh embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar atau teknologi pengklonan.


Darah tali pusat diambil selepas bayi dilahirkan

Sel stem berkemampuan untuk berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu apabila boleh diprogram untuk menjadi sel ototk, sel saraf, sel jantung dan sel darah.


PROSES ujian dan pengasingan darah tali pusat di makmal sebelum dimasukkan
 ke dalam tangki pembekuan.
Oleh itu, sel stem ini boleh diguna untuk menjana sel dan tisu gantian bagi merawat beberapa penyakit Parkinson, leukemia, aplastic anaemia dan thalasaemiak, angin ahmar dan radang tulang (Rherumatoid Arthritis).

Darah tali pusat adalah sumber yang baik bagi sel stem. Darah tali pusat adalah darah yang masih tertinggal dalam tali pusat dan uri selepas kelahiran bayi. Biasanya tali pusat dibuang sebagai sisa perubatan.

Ketua Pegawai Operasi StemLife Berhad (StemLife), Zahrein Redza berkata, dari tali pusat diambil sejurus bayi dilahirkan apabila tali pusat berkenaan akan dipotong oleh doktor dan dibersihkan.

"Jarum dari beg pengumpulan yang dibekalkan oleh StemLife dicucuk pada saluran vena yang bersambung dengan uri dan darah disalurkan dari tali pusat ke dalam beg pengumpulan melalui tarikan graviti.

"Proses ini perlu dilakukan sebelum uri keluar kerana darah tali pusat akan membeku jika uri sudah keluar. Biasanya proses ini mengambil masa kira-kira lima minit dan ia tidak memudaratkan ibu dan bayinya," katanya.

MEROYAN BOLEH BERLARUTAN SEUMUR HIDUP

Gejala kemurungan lepas bersalin sering berlaku terhadap golongan ibu terutama yangkali pertama melahirkan anak. Ada yang menyebut sebagai MEROYAN.

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, meroyan atau merian hendaklah diberi perhatian kerana penyakit itu akan berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.

Satu punca penyakit berkenaan adalah darah bantal yang tidak keluar dengan sempurna atau teratur, yang seterusnya akan terjadi darah beracun. Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita.

Meroyan dikenali dalam kalangan ahli perubatan sebagai Postpartum depression (PPD) satu bentuk kemurungan klinikal (clinical depression) yang menjejaskan wanita, dan kadangkala lelaki selepas melahirkan anak.

Kajian menunjukkan kadar insiden berlaku dalam kalangan wanita antara lima hingga 25 peratus, tetapi perbezaan metodologi antara kajian menjadikan kadar berlaku sebenar tidak jelas.

Perunding Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (PHKL) Dr Shane Varma berkata antara punca utama PPD adalah masaalah psiko sosial seperti tiada sokongan daripada suami, ibu tunggal, kehamilan yang tidak dirancang/dikehendaki, masaalah kewangan, tekanan hidup, tekanan penjagaan anak, tiada sokongan masyarakat dan sebagainya.

Tuesday, November 1, 2016

HIDUP TANPA ROKOK

Image result for gambar rokok
Macam-macam usaha sudah dilakukan untuk mengurangkan jumlah perokok di negara kita termasuk meletakkan gambar yang menggerikan di kotak rokok, namun masih tidak dapat memberi kesan kerana bagi perokok ia hanyalah gambar hiasan.

Bukan tidak sedar bahawa gambar yang dipamerkan itu adalah satu hakikat dan mungkin sama keadaannya dengan organ dalam badan mereka, tetapi ia tetap tidak dapat menandingi tarikan tembakau dan asap rokok yang mengandungi beribu-ribu bahan kimia berbahaya itu.

Memang, ketagihan merokok ini amat sukar untuk ditangani. Hakikat ini diakui sendiri perokok, bekas penagih dan pakar perubatan yang menyfatkan usaha menangani ketagihan merokok lebih sukar daripada berhenti menagih dadah.

Image result for gambar rokok
Jestru tidak hairanlah jika peratusan orang yang sudah berhenti tetapi kembali merokok itu amat tinggitidak hairanlah jika peratusan orang yang sudah berhenti tetapi kembali merokok itu amat tinggi. Sebenarnya dalam kalangan perokok, ramai yang menyimpan hasrat untuk berhenti. Atas sebab itu, bermacam usaha dilakukan termasuk menguyah gula-gula getah, menggunakan kaedah terapi penggantian nikotin serta rokok elektrik (bagi mengatasi keagihan tabiatO.

Mereka sedar, antara garis panduan umum untuk mengelakkan penyakit atau mengekalkan kesihatan yang diberikan manamana doktor ialah berhenti merokok. Ini kerana merokok boleh menjadi agen perangsang kepada pelbagai masalah kesihatan dan penyakit kronik.


MEMASTIKAN BEBAS DARI DEMAM

Orang kata sekarang ini musin demam. Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan ramai yang tidak sihat kerana batuk, demam, sakit kepala, sakit tekak, pening dan sebagainya. Kanak-kanak juga tidak terkecuali dengan keadaan ini.

Pastikan jangan memandang remeh dengan demam dikalangan kanak-kanak terutama apabila suhu badan mereka agak tinggi. Jangan teragak-agak untuk membawa mereka ke klinik bertemu doktor untuk rawatn selanjutnya. Anak-anak terutama bayi amat mudah dijangkiti penyakit seperti selesema.

Jangkitan selesema kadangkala bermusim. Perhatikan tanda selsema pada anak-anak seperti mula sakit tekak, sakit kepada dan badan, mata berair, demam, hidung berair atau tersumbat dan batuk yang biasanya tanpa kahak.

Sekali terjangkit, ia mengambil masa agak lama untuk pulih sepenuhnya. Tentu sekali lebih baik jika kita dapat mencegahnya dari awal.

Selain memberikan kasih sayang sepenuhnya, bagi mencegah jangkitan selsema, ikuti panduan ini.

1. CUCI TANGAN.

Galakkan anak-anak mencuci tangan terutama jika mereka mempunyai rakan-rakan yang sedang dijangkiti di sekolah. Pastikan mereka mencuci tangan dengan bersih jika bersalaman. Mengalirkan air banyak pada tangan dapat menghilangkan kuman. Tidak kira sama ada menggunakan air suam atau air sejuk, pastikan mereka menggosol pada bahagian belakang tangan, celah-celah jari dan di bawah kuku kerana gosokkan selama sekurang-kurangnya 20 saat ini dapat menghilangkan kuman.

2. TIDUR YANG CUKUP

KEtika sakit, tubuh badan memerlukan rehat yang lebih kerana badan yang penat tidak dapat melawan penyakit atau jangkitan dengan baik. Jadi pastikan anak-anak mendapat tidur secukupnya selama 8 hingga 10 jam setiap hari.