Tuesday, November 1, 2016

HIDUP TANPA ROKOK

Image result for gambar rokok
Macam-macam usaha sudah dilakukan untuk mengurangkan jumlah perokok di negara kita termasuk meletakkan gambar yang menggerikan di kotak rokok, namun masih tidak dapat memberi kesan kerana bagi perokok ia hanyalah gambar hiasan.

Bukan tidak sedar bahawa gambar yang dipamerkan itu adalah satu hakikat dan mungkin sama keadaannya dengan organ dalam badan mereka, tetapi ia tetap tidak dapat menandingi tarikan tembakau dan asap rokok yang mengandungi beribu-ribu bahan kimia berbahaya itu.

Memang, ketagihan merokok ini amat sukar untuk ditangani. Hakikat ini diakui sendiri perokok, bekas penagih dan pakar perubatan yang menyfatkan usaha menangani ketagihan merokok lebih sukar daripada berhenti menagih dadah.

Image result for gambar rokok
Jestru tidak hairanlah jika peratusan orang yang sudah berhenti tetapi kembali merokok itu amat tinggitidak hairanlah jika peratusan orang yang sudah berhenti tetapi kembali merokok itu amat tinggi. Sebenarnya dalam kalangan perokok, ramai yang menyimpan hasrat untuk berhenti. Atas sebab itu, bermacam usaha dilakukan termasuk menguyah gula-gula getah, menggunakan kaedah terapi penggantian nikotin serta rokok elektrik (bagi mengatasi keagihan tabiatO.

Mereka sedar, antara garis panduan umum untuk mengelakkan penyakit atau mengekalkan kesihatan yang diberikan manamana doktor ialah berhenti merokok. Ini kerana merokok boleh menjadi agen perangsang kepada pelbagai masalah kesihatan dan penyakit kronik.



Untuk berhenti merokok bukan mudah, anda memang amat memerlukan sokongan terutama daripada keluarga, sahabat baik, rakan sekerja dan doktor.

setiap bari anda berhadapan dengan cabaran besar yang boleh merangsang keinginan merokok dan keadaan ini dipanggil perangsang atau pencetus. Anda mungkin terdorong untuk merokok jika,

  • Berada berhampiran orang yang merokok
  • Minum minuman beralkohol
  • Berasa marah atau kecewa. Berada dalam keadaan tertekan.
  • Mempunyai akses yang mudah untuk mendapatkan rokok.
Cuba kenali perkara yang boleh merangsang anda kembali kepada rokoo. Cuba lakukan beberapa langkah di bawah untuk membantu anda berada di landasan yang betul iaitu hidup tanpa rokok.

  1. Senaraikan semua faktor yang boleh merangsang keinginan untuk merokok dan tulis pelan bagaimana anda dapat mengelakkan atau menanganinya.
  2. Sentiasa fokus dan tanamkan tekad yang kuat untuk bebas daripada rokok. Jangan cuba capai sasaran lain ketika anda dalam usaha berhenti merokok. Ia akan mengganggu tumpuan.
  3. Bagi ganjaran kepada diri sendiri atas kejayaan setiap langkah meskipun ia usaha yang kecil. Ganjaran ini mungkin boleh diberikan atas kejayaan anda tidak merokok dalam satu hari atau satu minggu.
  4. Selalu dapatkan sokongan daripada orang terdekat. Selain keluarga, kawan-kawan dan doktor, anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan yang biasanya terdiri daripada bekas perokok dan ahli keluarga mereka. Mungkin ada kaedah mereka yang anda boleh tiru.
  5. Apabila terfikir pasal rokok, segera alihkan perhatian anda kepada perkara lain.
  6. Jadilah individu yang kreatif, supaya masa anda tidak terluang dan banyk memikirkan soal rokok.
  7. Jangan cuba-cuba merokok semula walaupun satu sedutan. Ini kerana daripada satu sedutan boleh menjadi satu batang dan akhirnya membatalkan semua usaha sebelum ini.
Manfaatkan daripada berhenti merokok ini tidak terhad kepada diri anda seorang, bahkan kesan positifnya turut dirasai seisi keluarga secara tidak langsung.

No comments: