Wednesday, November 30, 2016

TEKNIK BAHARU PEMBEDAHAN SARAF

Otak adalah bahagian paling penting dalam anatomi manusia untuk menjamin kualiti hidup yang optimum kerana ia adalah salah satu organ paling kompleks yang boleh diibaratkan sebagai taktha kepintaran, penterjemah pancaindera, pemacu pergerakan badan, dan pengawal tingkah laku. Apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini yang membabitkan rawsatan saraf, bahagian otak yang perlu diberi penjagaan paling rapi, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan prosedur invasif atau pembedahan.

Meskipun pakar bedah saraf di Malaysia paling kerap merawat pesakit yang mendapat kecederaan dalam kemalangan dan ketumbuhan otak, tetapi sebenarnya lebih ramai di alami pesakit warga emas.

Terdapat banyak penyakit kompleks lain yang memerlukan sentuhan kemahiran pakar bedah dan lebih penting lagik, keprihatinan doktor untuk menenangkan dan mengurangkan kebimbangan serta ketakutan pesakit.

Pembedahan otak boleh menimbulkan ketakutan namun kemahiran pakar perubatan professionalo boleh memberi kelegaan dan sinar harapan baharu kepada pesakit yang menghidap pelbagai penyakit atau mengalami pelbagai masalah perubatan.
Pakar Perundingan Bedah Saraf Pusat Perubatan Sunway, Dr. Syed Abdullah Al-Haddad berkata, pembedahan saraf membabitkan penjagaan pakar perubatan yang khusus terhadap pesakit dan perlu meluangkan lebih masa untuk mengdiagnosis masalah dengan tepat dan turut membabitkan penggunaan teknologi terkini.


Antara teknik canggih yang digunakan termasuklah kraniotomi otak sedar (awake brain craniotomy) dan ransangan otak dalam (deep brani stimulations).
Dalam pembedahan kraniotomi sedar, pesakit boleh berinteraksi dengan doktor semasa prosedur. Interekasi ini adalah cara paling boleh dipercayai untuk memastikan doktor tidak merosakkan tisu otak keliling yang sihat sambil mencapai silang alik kasar (gross resection) tumor.
Doktor akan meminta pesakit menjawab soalan dan melakukan tugas mudah utnuk memastikan fungsi motor dan pertuturan mereka tidak rosak," katanya dalam sesi perkongsian bersama media tentang teknologi semasa pembedahan saraf di Pusat Perubatan Sunway baru-baru ini.
Katanya, oleh sebab tiada serat kesakitan dalam otak, kawalan kesakitan bukan isu utamka tetapi ubat antiresah digunakan untuk menenangkan pesakit yang boleh mendengar bunyi penggerudian dan merasai sesuatu yang luar biasa.
Ujarnya, kraniotomi sedar adalah  teknik yang pali8ng sesuai digunakan untuk pembedahan membuang tumor yang berada berdekatan dengan bahagian kemahiran bahasa otak iaitu pusat pertuturan dan pusat motor.
Selain pakar bedah saraf, pasukan lain yang terlibat dalam prosedur kraniotomi sedar adalah perunding terapi percakapan dan ahli fisioterapi kerana keseluruhan prosedur membabiatkan interaksi antara pesakit bersama pasukan di dalam bilik bedah.
Prosedur ii menawarkan hasil yang lebih baik tanpa merosakkan tisu-tisu penting di dalam otak. Apa yang lebih penting adalah risiko pembedahan tidak berjaya adalah kecil dan pesakit tidak perlu merasa takut atau bimbang apabila memikirkan pembedahab," katanya.
Sementara itu, pakar dalam bidang yang sama, dr. Lee Foo Chiang berkongsi tentang teknologi rangsangan otak dalam (DBS) yang membantu memulihkan gejala neurologi yang melemahkan keupayaan seperti penyakit Parkinson dan Distonia.
Mereka yang menghidap Parkinson akan mengalami keadaan seperti menggeletar, kaki dan tangan kejang serta kaku, pergerakan perlahan dan masalah untuk berjalan.
DBS menggunakan alat perubatan yang menggunakan kuasa bateri yang dimasukkan ke bahagian sebelah dada menerusi pembedahan iaitu implan penjana denyut (IPG) yang seakan-akan perentak otak untuk menghantar rangsangan elektrik ke bahagian tertentu dalam otak.
Ransangan elektrik ini dihantar ke bahagian tertentu dalam otak yang mengawal pergerakan, dengan demikian menyekat isyarat saraf tidak normal yang menyebabkan gejala Parkinson," ujarnya.

Sungguhpun begitu, sesetengah pesakit masih perlu mengambil ubat selepas menjalani DBS namun mereka boleh mengurangkan pengambilan ubat mereka.
Sungguhpun begitu, sesetengah pesakit masih perlu mengambil ubat selepas menjalani DBS namun mereka boleh mengurangkan pengambilan ubat mereka.
Katanya, tahap pengurangan adalah berbeza bergantung kepada keadaah pesakit.
Menurut Dr. Lee, rangsangan daripada IPG juga boleh dilaraskan dengan mudah tanpa pembedahan selanjutnya untuk disesuaikan dengan keadaan pesakit kerana DBS menukar corak pencetusan otak tetapi tidak memperlahankan kemerosotan saraf.
Kecenderungan untuk menawarkan DBS kepada pesakit Parkinson yang berusia lebih muda sebelum berlakunya demensia yang akan memburukkan lagi keadaan pesakit boleh memberi kesan perlindungan saraf yang maksimum.
Dalam keadaan tertentu, timbang rasa dan kesabaran doktor memainkan peranan lebih penting dalam menentukan rawaan saraf pesakit.
Peskit hendaklah dimaklumkan tentang prosedur, pemulihan serta penglibatan keluarga dan menjaga sepanjang proses rawatan.
Pendidikan pesakit perlu dititik beratkan untuk membantu menguruskan aspek psikilogi apabila menjalani pembedahan otak. Apabila pesakit sudah bersedia dari segi psikologi dan fizikal, risiko komplikasi selepas pembedahan adalah rendah, membolehkan mereka pulih dengan cepat.

No comments: