Thursday, November 3, 2016

HASIL INTERAKSI OTAK, SALURAN DARAHDAN SARAF

Sakit kepada adalah gangguan yang menyakitkan di bahagian kepala dan muka. Tahap gangguan menyakitkan ini juga berbeza pada setiap kali serangan, bahagian yang terjejas dan kekerapan seranga.

Sakit kepada dikatakan hasil interaksi antara otak, saluran darah dan sarah disekitarnya. Ketika serangan sakit kepala, saraf tertentu yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah diaktifkan dan menghantar isyarat kesakita kepada otak.

Jenis sakit kepala diklasifikasikan kepada peringkat pertama (primary) iaitu kesakitan yang muncul terus daripada punca masalah pada struktur dalam kepada yang sensitif kepada kesakitan termasuk perubahan hormon, manakala peringkat kedua (secondary) adalah kesakitan disebabkan maslah kesihatan lain seperti pendarahan dalam kepala, ketumbuhan otak dan kecederaan leher.

Perunding Pakar Neurologi Pusat Perubatan Pakar Sri Kota, Dr Hasnur Zaman Hashim berkata, bagi sakit kepala peringkat pertama ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu migrain, tegang dan kelompok.



"Sakit kepada jenis tegang adalah paling kerap dialami kira-kira 69 peratus disebabkan kontraksi otot pada kepala dan leher. Banyak punca dalm rutin yang mencetuskan kontraksi ini seperti tekanan perasaan, postur tubuh yang salah, kurang tidur, segelintir makanan, cuaca sejuk, mata letih dan tabiat merokok.

"Tahap kesakitan biasanya ringan ke sederhana, tidak berdenyut dan berlaku di kedua-dua belah kepala dan boleh pulih dengan pengambilan ubat di kaunter. Namun, pengambilan ubat ini juga perlu berpada-pada keranan pengambilan berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala kronik,: katanya.

Menurutnya, migrain pula sakit kepala yang menyerang secara berulang, biasanya berlaku di sebelah bahagian kepala sahaja sebelum melarat ke kedua-dua belah bahagian kepala. Malah, migrain turut menyebabkan gejala seperti pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya.

"Sakit kepala sebegini boleh menyerang dengan amaran dan tanda-tandanya sebelum sakit kepala seperti muncul aura iaitu nampak kilauan cahaya, garisan zigzag, penglihatan berbayang dan pening.

"Namun, migrin juga boleh menyerang tanpa amaran dan biasa dialami wanita terutama ketika datang haid. Pencetus migrain juga boleh disebabkan makanan tertentu, tekanan, kurang tidur, terlebih tidur dan tabiat merokok.

"Sakit kepala akibat migrain boleh bertahan sehingga beberapa jam atau hari dan menyerang beberapa kali sebulan. Rawatan migrain selain ubatan di kaunter, ia boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelakkan perkara yang dikenal pasti sebagai pencetus migrain," katanya.

Katanya, bagi sakit kepala jenis kelompok ia jarang dialami tetapi paling menyakitkan dan sakit kepala jenis ini menyerang satu hingga tiga kali sehari dalam tempoh berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

"Sakit yang muncul di belakang mata ini disebabkan oleh pengembangan salur darah yang membekalkan darah ke otak dan muka. Pengembangan ini menekan saraf trigeminal yang memindahkan deria sensasi dari muka ke otak.

TITIK kesakitan sakit kepala

"Mereka yang mendapat sakit kepala ini akan menderita sehingga tidak boleh duduk diam kerana kesakitannya kalah wanita melahirkan anak aau patah tulang. Gejala yang biasa timbul ketika sakit kepala ini mata di bahagian yang kepala terjejas akan merah, berair, kelopak mata jatuh dan bengkak, hidung berair dan tersumbat serta dahi bengkak.

"Rawatan untuk sakit kepala kelompok membabitkan ubatan untuk melegakan dan mencegah gejala. Namun, pembedahan saraf trigeminal adalah kaedah terakhir," katanya.

Antara punca sakit kepala peringkat kedua adalah penderahan dalam tengkorak (Intracranial Hemorrhage) yang disebabkan oleh kecederaan kepala, tekanan darah tinggi, saluran darah bengkak (aneurisme) dan tumor otak.

"Tanda-tanda yang biasa ketika sakit kepala akibat pendarahan dalam tengkorak ini seperti sakit kepala tiba-tiba, rasa berat kepala, jangka panjang disusuli sakit leher.

"Pendarahan di bahagian antara otak dan tisu tipis yang menyelaputi otak (Subarachnoid hemorrhage) juga boleh mencetuskan sakit kepala yang berpunca daripada pendarhan akibat saluran darah bergumpal atau arteriovenous malformation (AVM), kecederaan kepala, tekanan darah tinggi dan tabiat merokok.

"Simptomnya sakit kepala teruk yang menyerang secara tiba-tiba (thunderclap) dan biasanya kesakitan menjejaskan di bahagian belakang kepala,; katanya.

Katanya, sakit kepala juga datang ketika seseorang mengalami demam yang berkaitan dengan selesema akibat jangkitan virus. Malah, jangkitan virus yang menyerang otak (meningitis) juga menyebabkan sakit kepala.

Jangkitan bakteria pada mata dan teloinga turut menyebabkan tekanan pada sekeliling muka dan kepala dan ini mengakibatkan kesakitan otot yang mencetuskan sakit kepala.

"Sakit kepala boleh menjadi simptom kepada masalah kesihatan lebih serius. Oleh itu, penting mendapatkan nasihat doktor jika mendapat sakit kepala yang teruk, kerap menyerang dengan konsisten.

"Rawatan segera diperlukan jika sakit kepala lebih buruk daripada sebelumnya dan gagal dipulihkan menggunakan ubatan sedia ada atau sakit kepala disusuli simptom lain seperti keliru, demam atau muntah," katanya.

No comments: