Thursday, November 3, 2016

HASIL INTERAKSI OTAK, SALURAN DARAH, SARAF

Sakit kepala adalah gangguan yang menyakitkan di bahagian kepada dan muka. Tahap gangguan menyakitkan ini juga berbeza pada setiap kali serangan, bahagian yang terjejas dan kekerapan serangan.

Sakit kepala dikatakan hasil interaksi antara otak, saluran darah dan saraf di sekitarnya. Ketika serangan sakit kepala, saraf tertentu yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah diakrifkan dan menghantar isyarat kesakitan kepada otak.

Jenis sakit kepala diklasifikasikan kepada peringkat pertama (primary) iaitu kesakitan yang muncul terus daripada punca masalah pada struktur dalam kepada yang sensitif kepada kesakitan termasuk perubahan hormon, manakala peringkat kedua (secondary) adalah kesakitan disebabkan masalah kesihatan lain seperti pendarahan dalam kepala, ketumbuhan otak dan kecederaan leher.

Perunding Pakar Neurologi Pusat Perubatan Pakar Sri Kota, Dr Hasnur Zaman Hashim berkata, bagi sakit kepala peringkat pertama ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu migrain, tegang dan kelompok,

"Sakit keapda jenis tegang adalah paling kerap dialami kira-kira 69 peratus disebabkan kontrksi otot pada kepada dan leher. Banyak punca dalam rutin kita yang mencetuskan kontraksi ini seperti tekanan perasaan, postur tubuh yang salah, kurang tidur, segelintir makanan, cuaca sejuk, mata letih dan tabiat merokok.

"Tahap kesakitan biasanya ringan ke sederhana, tidak berdenyut dan berlaku di kedua-dua belah kepada dan boleh pulih dengan pengambilan ubat di kaunter. Namun, pengambilan ubat ini juga perlu berpada-pada kerana pengambilan berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala kronik," katanya.

No comments: