Wednesday, November 30, 2016

KAWAL KOLESTROL

Apa itu Kolestrol?
  • Kolestrol merupakan sejenis lemak, bahan seperti lilin yang dihasilkan oleh hati bagi melindungi saraf, menghasilkan membran dan beberapa jenis hormon.
  • Walaubagaimanapun, kolestrol yang berlebihan boleh melekat pada dinding arteri-arteri dan membentuk plak yang selalunya akan membawa kepada penyakit arteri koronari (jantung).
  • Kebanyakan kolestrol adalah dibentuk oleh badan kita, hanya sebahagian kolestrol datang daripada sumber makanan seperti telur, daging dan makanan tenusu.
  • Jenis Kolestrol - (Lipoprotein Ketumpatan Rendah (LDL) - biasanya dipanggil kolesterol jahat) - Lipoprotein Ketumpatan Tinggi (HDL) - biasanya dipanggil kolesterol baik) - Trigliserida merupakan lemak yang kebanyak di dapati daripada makanan.

Apakah paras Kolestrol saya.

Jumlah kolesterol < 5.17 mmol/L
Lipoprotein Ketumpatan Tinggi (HDL) > 1.03 mmol/L
Lipoprotein Ketumpatan Rendah (LDL) < 3.36 mmol/L
Trigliserida < 1.71 mmol/L

Apakah yang menyebabkan Kolesterol Tinggi?
  • Sumber makanan yang mengandungi lemak tepu dan kolesterol yang tinggi
  • Berat badan berlebihan
  • Gaya hidup yang kurang aktif
  • Berumur tinggi
  • Keturunan
  • Merokok
Apakah kesan Kolesterol Tinggi?

Kebiasaannya, tiada sebarang tanda atau gejala ditunjukkan apabila paras kolesterol tinggi dalam darah. Ramai orang tidak mengetahui paras kolesterol mereka adalah tinggi.

Komplikasi bagi kolesterol tinggi adalah seperti berikut:
  • Artherosklerosis
  • Strok
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang kronik
Bilakah pemeriksaan tahap Kolesterol saya perlu dimulakan?
  • Lelaki berumur 35 tahun dan ke atas
  • Wanita berumur 45 tahun dan ke atas
  • Atau sekiranya anda mempunyai faktor-faktor risiko seperti berikut:-
      - Pernah mengalami serangan jantung
      - Sejarah keluarga bagi penyakit jantung
      - Merokok
      - Sejarah mempunyai tekanan darah tinggi atau diabetes
      - Berat badan berlebihan

a) Apakah yang patut saya lakukan jika paras Kolesterol saya tinggi?

a) Mengubah Tabiat Pemakanan
  • Hadkan pengambilan kolesterol kepada kurang daripada 300 mg sehari
  • Pilih bahagian daging yang kurang berlemak dan buang lemak yang kelihatan, organ dalaman dan kuning telor.
  • Gunakan produk soya bagi menggantikan daging
  • Pilih makanan yang rendah lemak dan kurangkan pengambilan lemak tepu
Jenis Lemak : Lemak tepu - Fungsi nya - Lemak tepu tidak diperlukan oleh badan kita. Ia sukar untuk dicernakan dan boleh meningkatkan kolestrol badan. Lemak tepu akan menyumbat jumlah kolesterol dan LDL (kolestrol jahat).
Sumber: Daging, mentega, minyak sapi, telur, keju, produk tenusu, minyak kelapa dan minyak kelapa sawit.

Jenis LEmak: - Lemak atau Lemak Terhidrogen. SEjenis lemak tidak tepu tetapi ia dapat meningkatkan jumlah kolestrol dan LDL (kolestrol jahat) dan juga merendahHDL (kolestrol baik). Kebiasaan nya digunakan untuk memanjangkan jangka hayat makanan terproses, seperti biskut, kek, kentang goreng dan donat.

Sumber: Makanan ringan, snek ringan (kerepek, keropok), makanan bergoreng, makanan yang dibakar dengan menggunakan lemak-lemak terutamanya jika ianya disediakan secara komersial (kek, pastri, biskut).

Lemak mono tidak tepu - Merendahkan kolestrol terutamanya tahap LDL (kolestrol jahat) dan juga meningkatkan HDL (kolestrol baik).

Sumer: Zaitun, minyak zaiton, kacang, minyak kacang, minyak kanola dan avokado.

LEmak Poli - Tidak Tepu - Omega 3 dan Omega 6 - Merendahkan kolestrol terutamanya LDL (kolestro jahat) namun pengambilan yang berlebihan juga boleh merendahkan HDL (kolestrol baik).

Sumber - Minyak sunflower, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji kapas, minyak kacang soya, makerel, kering, salmon, sardin, tuna dan minyak biji flaks.


  • Pilih cara mamasak yang sihat seperti memanggang, merebus, stim dan membakar. Elakkan makanan bergoreng.
  • Makan ikan yang tinggi kandungan asikd lemak Omega 3 seperti makerel, sardin, tuna, dan salmon 2-3 kali seminggu.
  • Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran, 5-6 hidangan sehari.
  • Makan makanan yang tinggi serat larut seperti oatmil, oat bran, barli, beras bran, buah sitrus dan kekacang.
  • Pilih roti bijirin penuh dan bijirin. Kurangkan atau elakkan pengambilan makanan terproses.
  • Hadkan pengambilan garam, gula, daging merah dan alkohol.
b) Perubahan Gaya Hidup

  • Amalkan gaya hidup aktif. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi, 3 kali seminggu untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan meningkatkan HDL (kolestrol baik)
  • Berhenti merokok kerana merokok merendahkan HDL (kolestrol baik) dan akan meningkatkan risiko untuk mendapatkan penyakit jantung.
  • Kurang Stress
  • Kerap melakukan pemeriksaan kesihatan untuk memantau paras kolestrol darah. Pengesanan awal adalah penting untuk memantau dan memperbaiki tahap kesihatan.
  • Ubat-ubatan
  • Ubat-ubat akan dicadangkan oleh doktor anda bersama dengan perubahan gaya hidup jika tahap kolestrol adalah tinggi dan anda dikategorikan sebagai berisiko tinggi.
Bagaimanakah paras kolestrol berkait dengan penyakit buah pinggang?

Paras kolestrol yang tinggi selalunya berkait rapat dengan tekanan darah tinggi dan diabetes yang merupakan punca utama kepada penyakit buah pinggang. Ramain orang mempunyai beberapa masalah kesihatan pada masa yang sama. Kombinasi ini dikenali sebagai sindrom metabolik yang selalunya didefiinikan sebagai kehadiran tiga daripada keadaan di bawah:

  • Berlebihan berat badan di sekeliling pinggang
  • Tinggi paras trigliserida dan LDL (kolestrol jahat)
  • Rendah paras kolestrol HDL (kolestrol baik)
  • Tekanan darah tinggi
  • Tahap glukosa darah puasa tinggi
Mengawasi dan mengawal semua di atas membantu mengurangkan risiko menghidap panyakit buah pinggang.

Penyakit buah pinggang merupakan pembunuh senyap! Tanda-tanda dan gejala-gejala hanya muncul pada peringkat akhir penyakit buah pinggang. Ujian pemeriksaan awal adalah penting terutamanya jika anda berisiko tinggi.

Perkembangan penyakit buah pinggang boleh dilambatkan atau dihentikan jika dikesan lebih awal.

No comments: