Tuesday, November 15, 2016

GUNA MINYAK MASAK BERULANG TINGKATKAN RISIKO SAKIT JANTUNG

Walaupun berhadapan kesukaran mendapatkan bekalan minyak masak ketika ini, namum orang ramai di ingatkan supaya tidak menggunakan nya berulang kali bagi mengelakkan risiko kepada kesihatan jantung.

Pensyarah Rogram Sains Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Dr. Ruzita Abd Talib berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan untuk menggoreng lebih daripada sekali.

Menurut beliau, minyak masak akan bertukar menjadi lemak tepu apabila digunakan berulang kali yang boleh mendatang kemudaratan kepada kesihatan terutama menyebabkan saluran darah menjadi sempit.

"Apabila saluran darah tersumbat, maka besar kemungkinan seseorang individu itu akan mengehadapi serangan jantung lebih-lebih lagi kepada mereka yang jarang melakukan aktiviti fisikal.

"Oleh yang demikian, orang ramai digesa untuk menggunakan minyak dalam kuantiti yang sedikit, dan seelok-eloknya dengan menukar kaedah masakan daripada menggoreng kepada kukus dan panggang yang dilihat lebih menyihatkan."

No comments: