Jangkitan Hepatitis C boleh menyebabkan sirosis, kegagalan hati serta kanser hati tetapi apa yang lebih berbahaya adalah perkembangan Hepatitis C kronik adalah perlahan dan senyap mengambil masa antara 20 hingga 30 tahun untuk menimbulkan sebarang komplikasi.
Hepatitis C boleh dikatakan pembunuh senyap kerana tiada simpton tertentu yang mudah dikenalpasti kecuali simpton seperti jaundis (warna kuning pada mata), penat atau bengkak air (water retention) berlaku apabila penyakit hati, kegagalan hati atau kanser hati semakin serius," katanya.
Apabila penyakit Hepatitis C semakin kritikal dan kronik, kemungkinan besar organ hati sudah rosak dan lama-kelamaan sel-sel hati bertukar menjadi tisu fibrous dan meninggalkan parut di panggio sirosis hati.
Dianggarkan lebih 400,000 orang dewasa hidup dengan hepatitis di negara ini dengan 2.5 peratus populasi dewasa dijangkiti Hepatitis C dan apa yang membimbangkan ramai tidak tahu mereka dijangkiti.
"Malahan terdapat peningkatan bilangan Hepatitis C dilaporkan sejak tahun 2010 yang menyebabkan bebanan penyakit Hepatitis C di Malaysia terlalu tinggi dan diramalkan meningkat dalam masa 10 tahun akan datang.
"Kajian menunjukkan terdapat peningkatan tahunan sirosis hati dan kematian disebabkan oleh penyakit hati tahap akhir dan kanser hati," katanya.
Tanpa sebarang simpton awal, rawtan bagi Hepatitis C diberikan apabila penyakit kronik dan menyebabkan kos yang tinggi terutama apabila pesakit berada di peringkat akhir kanser hati.
"Tujuan utama terapi Hepatitis C adalah untuk merawat jangkitan HCVdan akan mengurangkan risiko kanser hati dan kematian. Rawatan berkenaan amat berfaedah bagi pesakit dengan sirosis dan pesakit yang dijangkitiHIV-HCV,l" katanya.
Rawatan
Kajian terkini menunjukkan Hepatitis C boleh dirawat. Semua pesakit baharu dan pesakit yang pernah mendapat rawatan penyakit hati kronik akibat HCV sesuai mendapatkan rawatan dan perlu dilakukan secepat mungkin ke atas pesakit dengan fibrosis atau sirosis.
Dr. Rosmawati berkata, pelbagai kaedah rawatan terkini bergantung kepada genotip virus di mana agen antiviral bertindak terus dengan menyasarkan protein bukan struktur dalam kitar hidup Hepatitis C (hasil taburan replikasi dan jangkitan virus).
"Buat masa ini, rawatan biasa untuk HCV mengambil masa sehingga 48 minggu dengan rawatan pegylated interferon/ribavirin dan hanya berupaya mencapai pembersihan penuh virus kurang daripada 50 peratus kes bagi jenis HCV yang tertentu.
"Pesakit HEpatitis C boleh disembuhkan dengan kadar penyembuhan lebih 90 peratus dengan antiviral bertindak terus dan terapi berjaya mengurangkan risiko, komplikasi HCV, Data masa sebenar menunjukkan keberkesanan ujian klinikal.
Rawatan terkini hanya memerlukan pesakit mengambil pil oral sekali sehari tanpa perlu mengambil suntikan intterferon yang menyebabkan pesakit mengalami kesan sampingan yang tidak diigini dan mungkin tidak sesuai bagi pesakit yang menghidap penyakit hati lanjutan.
Kajian menunjukkan ubat baru ini mempunyai kadar penyembuhan yang tinggi dengan pengurangan tempoh rawatan kepada 12 minggu. Jika HCV tgidak boleh dikesan selepas mencapai tindak balas Virologi berterusan (SVR) dalam tempoh 12 hingga 24 minggu, pesakit dianggap sembuh daripada HCV dan sebarang kejadian relapse atau jangkitan berulang adalah di bawah kadar satu peratus.
Walaupun terdapat beberapa ubatan baharu yang boleh mengawal perkembangan HCV, pesakit perlu mengamalkan gaya hidup sihat termasuk menjauhi alkohol, berhenti merokok serta tidak mengambil pil dan ubat rawatan tanpa memberitahu doktor bahawa anda menghidap Hepatitis C. Pesakit juga mesti mendengar nasihat doktor.
No comments:
Post a Comment