Thursday, November 3, 2016

PETI AIS CEGAH BAKTERIA

Bakteria wujud di mana-mana sama ada di dalam tanah atau air serta di dalam makanan yang kita makan.Ia membiak dengan pantas apabila mempunyai makanan mencukupi, kelembapan dan suhu yang baik. Malah, peningkatan mendadak bilangan segelintir bakteria mampu mencecah tahap ia menyebabkan penyakit.

Mikroorganisma ini juga membiak paling pesat dalam julat suhu antara 4.4 hingga 60 Celsius. Oleh itu, pendingin atau peti sejuk yang mempunyai suhu bawah 4.4 Celsius akan melindungi kebanyakan makanan.

Bagaimanapun, pendinginan hanya memperlahankan pertubuhan bakteria, dan makanan dalam peti sejuk masih boleh rosak jika tidak disimpan mengikut panduan yang betul.

Ada dua jenis bakteria yang boleh membiak di dalam makanan dalam peti sejuk. Jenis patogenik adalah bakteria yang menyebabkan penyakit bawaan makanan dan jenis kerosakan pula adalah bakteria yang menyebabkan makanan membusuk hingga menjejaskan bau, rasa dan tekstur.

Bakteria patogenik boleh membiak dengan pantas dalam julat suhu dari 4.4 hingga 60 Celsius tetapi secara keseluruhannya ia tidak menjejaskan rasa, bau dan rupa makanan. Ini menyebabkan kita tidak tahu jika sesuatu makanan itu sudah dihinggap bakteria.

Bakteria juga membiak pada suhu yang rendah seperti dalam peti sejuk dan ia menyebabkan makanan rosak, berbau dan rasa yang tidak menyenangkan. Bakteria seperti Listeria monocytogenes boleh hidup dalam suhu sejuk dan membiak di dalam peti sejuk dari semasa ke semasa dan boleh menyebabkan penyakit.

Pengurus Produk dan Kategori Electrolux Home Appliances (Electrolux), Desmond Chan berkata, peti sejuk untuk kegunaan rumah tidak sahaja perlu cekap tenaga, malah mampu mengekalkan makanan selamat.


"Kegunaan peti sejuk adalah penting untuk memastikan makanan tahan lebih lama dan berada dalam keadaan yang selamat sehingga dimakan, mengekalkan tekstur, rasa dan kandungan nutrien.

CHAN bersama Pengarah Pemasaran Electrolux Malaysia dan Singapura, Wendy Ho pada majlis pelancaran peti sejuk NutriFresh Inverter yang cekap tenaga dan mengekalkan kesegaran makanan.

"Oleh itu, peti sejuk juga sewajarnya berperanan mengekalkan kesegaran makanan yang disimpan, di samping mengelakkan pembaziran akibat makanan sudah rosak dan perlu dibuang," katanya dalam majlis pelancaran peti sejuk terbaru dari Electrolux, NutriFresh Inverter di ibu negara, baru-baru ini.

Menurutnya, menyimpan makanan dalam peti sejuk dengan cara betul juga sebenarnya membantu meminimumkan makanan menjadi basi, tercemar dan rosak.

"NutriFresh Inverter berkemampuan mengekalkan kadar kelembapan lima kali lebih tinggi daripada biasa bagi membolehkan suhu lebih stabil sekali gus membantu penyimpan makanan segar sama seperti waktu dibeli walaupun lebih tujuh hari.

"RuangFresh Inverter berkemampuan mengekakkan kadar kelembapan lima kali lebih tinggi daripada biasa bagi membolehkan suhu lebih stabil sekali gus membantu penyimpanan makanan segar sama seperti waktu dibeli walaupun lebih lanjut tujuh hari.

"Ruang penyimpanan yang lebih cekap dan mempunyai fungsi penyimpanan makanan tersendiri membantu pengguna mengasingkan makanan supaya kesegarannya lebih terjamin seperti bahagian untuk makanan masak, makanan mentah, sayuran dan buah-buahan," katanya.

Katanya, sistem penghilang bau juga membantu menyingkirkan 99.8 peratus bakteria yang menyebabkan bau busui. Walaupun suhu sejuk tidak membunuh bakteria, sebaliknya hanya menghalangnya membiak kerana pertumbuhan bakteria masih berlaku tetapi pada kadar terkawal.


No comments: