Friday, November 4, 2016

PELBAGAI KHASIAT DAN KEBAIKAN STRAWBERI

Sebiji Strawberi sehari boleh elakkan doktor?

Buah strawberi selayaknya dinobatkan sebagai buah yang paling romantik bukan hanya kerana berbentuk hati malah mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan.

Strawberi merupakan antara buah beri yang paling terkenal di dunia dan khasiatnya standing dengan buah beri yang lain.Lebih menarik, strawberi merupakan satu-satunya buah yang mempunyai biji di bahagian luarnya. Selain itu, buah yang berbentuk hati ini juga rendah kalori, serta bebas sodium, kolestrol dan lemak.

Kaya dengan antioksidan.

Strawberi mempunyai kandungan "polyphenol" yang tinggi, sejenis antioksidan yang melindungi sel daripada radikal bebas. Antosianin, yang memberikan warna menonjol kepada strawberi merupakan phenol yang paling ketara. Ia mampu melindungi struktur sel serta organ di dalam badan. Ellagitanin, sejenis phenol yang mempunyai ciri antioksidan juga boleh didapati dengan kandungan yang tinggi di dalam strawberi. Gabungan antosianin dan ellagitannin bersama kandungan vitamin C, folat serta kalium yang tinggi membuatkan strawberi dikategorikan sebagai buah-buahan pembekal utama antioksidan.


Ciri Anti-keradangan

Vitamin C seringkali dikaitkan dengan buah-buahan yang berwarna jingga (seperti buah oren), tetapi tahukah anda bahawa strawberi juga tinggi kandungan vitamin C yang mampu melawan keradangan.

Strawberi mempunyai cirianti-keradangan yang kuat kerana kandungan phenolnya yang tinggi mampu mengurangkan aktiviti enzim cyclooxygenase, mempertingkatkan pertahanan penyakit berkaitan keradangan seperti artirits rheumatoid dan osteoarthritis.

No comments: