Tuesday, November 15, 2016

JANGAN ABAIKAN PENGAMBILAN VAKSIN

Ramai rakyat Malaysia mengandaikan bahawa pengambilan vaksin hanya untuk kanak-kanak sahaja atau diberikan sebelum mengembara ke luar negara.

Namun, tahukah anda bahawa individu dewasa di negara ini mempunyai risiko 100 kali lebih tinggi untuk meninggaldunia akibat daripada penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin jika tidak mengambil vaksin?

Salah satu daripada penyakit boleh dicegah memalui vaksin yang kurang diberi perhatian ialah influenza atau lebih dikenali sebagai flu, yang kini menjadi isu kesihatan utama dan membimbangkan seluruh dunia.

Influenza bukan sekadar sakit selsema yang teruk tetapi penyakit yang serius dan berisiko tinggi kepada semua orang terutama warga emas dan pesakit kronik yang mana jangkitan boleh merebak dengan cepat kepada kumpulan penduduk tersebut.

Menurut president Persatuan PEnyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia (MSIDC), Prof. Dr. Zamberi Sakawi, walaupun beberapa simptom influenza seperti demam, batuk dan selsema adalah serupa seperti demam selsema, tetapi kedua-duaya adalah penyakit berlainan yang boleh menyebabkan pesakit kehilangan nyawa jika tidak dirawat segera.

"Apa yang membezakan dua jangkitan tersebut adalah mereka dijangkiti influenza akan mengalami demam lebih tinggi, batuk berkahak, dan menyebabkan komplikasi kepada paru-paru seperti keradangan.

"SElain itu, kita juga menganggap bahawa jangkitan influenza itu bermusim. Walaupun ini mungkin benar bagi negara beriklim sederhana, tetapi memandangkan Malaysia sering mengalami hujan, terdapat kemungkinan dijangkiti influenza pada bila-bila masa sepanjang tahun memandangkan virus mudah tersebar dalam iklim sebegini," katanya dalam sesi dialog media mengenai pengabaian pengambilan vaksin oleh orang dewasa anjuran MSIDC dan disokong oleh Sanofi Pasteur.

Menurut Dr. Zamberi, penvaksinan atau pengambilan vaksin langkah paling penting yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan influenza.

Namun, masyarakat negara ini jarang melihat penvaksinan sebagai cara untuk melindungi kesihatan anak-anak kita, tetapi apabila meningkat dewasa kita mengabaikan keperluan tersebut kerana berfikiran bahawa sistem imunisasi kita sudah cukup kuat untuk melawan virus.

"Persepsi ini adalah salah kerana gaya hidup yang semakin berubah sebenarnya boleh menyebabkan sistem imunisasi kadangkala menjadi semakin lemah, sedangkan bakteria dan virus pula terus mengalami evolusi menjadikannya mudah untuk menyerang sistem badan manusia," katanya.

Walaupun pandangan tentang penvaksinan dewasa tidak jauh berbeza berbanding beberapa negara lain di Asia Tenggara realitinya penggunaan vaksin influenza di Malaysia adalah sangat rendah dan kurangnya kesedaran terhadap pengambilan vaksin oleh orang dewasa. Sementara itu, Pakar Perunding Perubatan Kanan (Penyakit Berjangkit) Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr. Christopher Lee Kwok Choong berkata, golongan dewasa yang berisiko terhadap penyakit, bahkan kepada risiko influenza yang membawa kesan lebih buruk.

Katanya, kumpulan yang dimaksudkan adalah warga tua dan golongan usia pertengahan yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes dan masalah jantung, serta kumpulan penjaga pesakit yang termasuk dalam kumpulan ini berisiko untuk dijangkiti influenza.

"Apabila seseorang itu menghidapi risiko yang lebih tinggi, penyakit berjangkit seperti influenza boleh mendatangkan kesan serius jika tidak dirawat sehingga menyebabkan kemasukan hospital dan dalam kes tertentu boleh menyebabkan kehilangan nyawa," ujarnya.

No comments: