Thursday, November 17, 2016

KALIUM DIKAITKAN DENGAN PENGURANGAN STROK DIKALANGAN WANITA

Menurut satu kajian baru, makan makanan yang kaya dengan kalium boleh membantu dalam pencegahan strok di kalangan wanita. Dalam kajian tersebut, yang disiarkan di dalam jurnal Stroke penyelidik memantau lebih daripada 90,000 wanita menopaus berumur 50 - 79 untuk tempoh puratga 11 tahun. Pengambilan harian purata kalium adalah tinggi sedikit daripada 2,600 mg sehari. Kajian menyatakan kumpulan terendah makan kurang daripada 1.925 mg setiap hari. Kumpulan yang paling tinggi makan lebih daripada 3194 mg sehari.
Para penyelidik mendapati bahawa wanita yang mengamalkan kalium yang paling adalah 10 peratus kurang bermungkinan untuk mati dalam tempoh kajian dan 12 peratus kurang berkemungkinan mengalami strok berbanding mereka yang makan kalium paling sedikit. Di samping itu, penyelidik mendapati bahawa risiko strok iskemia - jenis yang disebabkan saluran darah di dalam otak tersumbat - dikurangkan sebanyak 16 peratus bagi mereka yang makan kalium paling banyak berbanding dengan yang makan paling kurang. Walau bagaimanapun, makan lebih atau kurang kalium tidak memberi kesan kepada risiko strok pendarahan yang berlaku apabila saluran darah pecah.
Jika anda seorang wanita tua yang sedang mencari jalan untuk mengurangkan risiko strok, pastikan anda makan pisang dan lain-lain sumber makanan yang secara semula jadi kaya dengan kalium.

CARA UNTUK WARGA EMAS MENGEKALKAN MENTAL TAJAM

Tidur malam selama 7 jam dan banyak membaca.

Nampaknya itu formula ajaib untuk membuat mental selalu cergas ketika usia tua. Seleps menganalisis gaya hidup 245 orang warga emas berusia 65 tahun dan ke atas, penyelidik daripada Universiti Cerdenal Herrera, Valencia, Sepanyol mendapati mereka yang tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit dan menjauhkan diri daripada aktiviti yang merangsang otak seperti membaca mempunyak risiko peningkatan kemerosotan kognitif yang lebih tinggi.

Mengikut kajian yang diterbitkan di dalam jurnal Revista de Investigaction Clinica, warga emas yang tidur lebih daripada lapan jam atau kurang daripadaenam, adalah 2.6 kali ganda berkemungkinan akan mengalami isu kogninif berbanding mereka yang mendapat enam hingga lapan jam tidur satu malam.

Begitu juga dengan ketiadaan aktivii yang merangsang minda seperti membaca menyumbang kepada penurunan kognitif. Mereka yang tidak membaca mempunyai risiko sebanyak 3.7 kali ganda, mereka yang membaca sekali sekala mempunyai risiko sebanyak 2.5 kali ganda.

Cara lain untuk membuat warga emas mengekalkan ketajaman mental mereka adalah bersenam secara kerap, makan makanan seimbang, yang turut mengandungi makanan perangsang minda yang kaya dengan omega-3s dan antioksidan.

No comments: