Semuanya bermula Februari lalu. Sejak itu saya berasa selesa dengan tunjuk ajar yang diberikan kerana jurulatih banyak memberikan panduan berkaitan senaman, pemakanan dan aktiiti kecergasan lain,' katanya.
Dengan ketinggian 168 sentimeter dan berat 52 kilogram, Dr Nadzirah turut menekankan, seseorang perlu mencapai indeks jisim tubuh (BMI) ideal bagi memastikan berada dalam keadaan sihat.
"Prinsip saya, kita mempunyai kecantikan sendiri dan ia adalah subjektif. Misalnya saya lebih suka bersenam untuk mendapatkan bentuk badan idaman sekali gus dapat menjaga kesihatan."
"Mengenai rutin kecantinkan pula, saya lebihterarah kepada cara moden seperti pengambilan multi vitamin dan untungnya saya berlatar belakangkan perubatan dan kini menceburi bidang kecantikan iaitu medispa," katanya.
Rutin kecantikan pula, beliau akan memastikan melakukan rawatan wajah seminggu sekali untuk menyingkirkan sel kulit mati, merawat jerawat di samping mendapatkan tidur yang mencukupi.
"Kecantikan kita bergantung apa yang kita amalkan, makan dan jestru untuk sihat luar, kita perlu menjaga kecantikan dalaman menerusi pemakanan, gaya hidup dan senaman.
"Misalnya saya akan minum air putih yang mencukupi iaitu tiga liter sehati, menjaga pemakanan kerana sudah bersusah payah bersenam, jika pemakanan tidak terjaga, sia-sia saja senaman yang dilakukan," katanya.
Beliau yang suka tampil cantik sejak kecil, memudahkan proses untuk menjadi lebih sihat, malah diteruskan apabila memilih bidang kedoktoran sebagai jurusan pengajian.
Meskinpun kini bidang beralih kepada kecantikan, saya tetap mahu mendidik masyarakat menjaga kecantikan, kerana setiap orang mempunyai keistimewaan dan tidak patut membiarkannya begitu saja.
"Misalnya untuk menjadi cantik, bukan sesuatu yang mustahil, kerana yang penting adalah usaha konsisten dan setiap wanita perlu mengambil berat mengenainya kerana ia satu anugerah," katanya.
Rahsia cantik.
Tidak lengkap sekiranya tidak mencungkil rahsia gadis ini menjaga kecantikan dan kelangsingan tubuhnya. Katanya, rutin kecantikan biasa saja dan boleh diikuti sesiapa saja.
"Mungkin saya rajin bersenam, pergi gimnasium dan kawal pemakanan. Jika dianyakan rahsia, saya tiada yang khusus, iaitu minum air kosong dan eat clean.
"Selain itu, untuk menjadi cantik, kita kena yakin diri sendiri. Selain gemar bersenam di gimnasium, saya sukakan panorama semula jadi iaitu berjoging di Taman KLC, Tasik Titiwangsa dan memperuntukkan masa lima kali seminggu untuk bersenam," katanya yang sebelum ini terbabit tiga tahun dalam dunia perubatan termasuk dua tahun berkhidmat di Hospital Selayang.
Beliau yang menyertai Hannan Medispa awal tahun ini, berkata rutin pemakanannya pula agak ketat dan mengakui dirinya seorang yang mengambil berat pemakanan kerana ia kunci kelangsingan tubuh.
"Saya mengawal karbohidrat dan memilih beras perang, hitam atau merah berbanding beras biasa yang berkanji. Makanan pula mengikut waktu, iaitu tidak meninggalkan sarapan, makan tengahari dan malam.
"Sarapan sebelum jam 9 pagi, 11 pagi mengalas perut dengan sebiji epal, pilihan makan tengahari seperti salad atau isi ayam, jam 3 petang mengambil protein bar dan makan malam salad dan hidangan protein," katanya.

No comments:
Post a Comment