Sejajar Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2016, Philips bekerjasama dengan Persekutuan Pergigian Dunia (FDI) untuk meningkatkan kesedaran kepentingan kesihatan mulut.
Bertema ‘Mulut Sihat, Tubuh Sihat’ disertai lebih sejuta doktor gigi di seluruh dunia. Kesihatan mulut bukan sekadar gigi sebaliknya merangkumi kesihatan gusi, lelangit keras dan lembut, lapisan permukaan mulut dan tekak, lidah, bibir, kelenjar air liur, otot mengunyah serta rahang bawah dan atas.
Apabila memiliki gigi dan gusi yang sihat, ia akan mengurangkan bakteria dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan keyakinan diri secara optimum.
Pakar Pergigian Klinik Pergigian Halina, Dr Halina Haron berkata, kajian Kementerian Kesihatan mendapati 98.3 peratus rakyat negara ini tidak menjaga kesihatan mulut secukupnya manakala 94 peratus mempunyai masalah gusi.
“Penjagaan mulut adalah wajib bagi mendapatkan kesihatan mulut yang optimum. Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan flos gigi sekali sehari antara rutin mendapatkan kesihatan mulut yang baik.
“Ramai tidak sedar masalah gusi boleh membawa pelbagai kesan kepada kesihatan umum mereka. Penyakit gusi adalah permulaan kepada pelbagai komplikasi terutama risiko mendapat kencing manis.
“Mulut yang menjadi takungan bakteria boleh menyebabkan ulser di perut selain turut dikaitkan mendapat keradangan hati.
“Selain itu, ia boleh menyebabkan peningkatan risiko pneumonia yang lebih tinggi dan akan memberi kesan kepada kelahiran bayi pramatang serta bayi yang dilahirkan kurang berat badan.
“Semuanya berpunca akibat bakteria yang banyak di dalam mulut disebabkan gigi tidak dibersihkan dengan betul. Pembentukan plak pada gigi akan berlaku dalam masa yang cepat iaitu 20 minit selepas makan,” katanya ketika memberi penerangan mengenai penjagaan kesihatan mulut yang betul bersempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia di Bangsar baru-baru ini.
Menurutnya, kajian mendapati mereka yang mempunyai masalah gusi atau periodontal yang kronik 40 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mempunyai masalah itu.
“Tanda awal masalah gusi apabila memberus gigi, keluar darah. Jika keadaan berterusan setiap hari, elok berjumpa doktor gigi segera bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.
Pengurus Philips Malaysia, Muhammad Ali Jaleel berkata, memberus gigi dan flos bukan sekadar dapat memberikan senyuman yang manis dan nafas yang baik sebaliknya dapat meningkatkan kualiti kesihatan badan.
HALINA (kanan( Chungketika pelancaran berus gigi terbaru keluaran Philips, Sonicara baru-baru ini.
“Bagi memperbaiki penjagaan kesihatan mulut, inovasi rangkaian produk kesihatan Oral Sonicare direka untuk membantu orang ramai tanpa perlu bersusah payah.
“Menggunakan kuasa elektrik, berus gigi terbaharu Sonicare FlexCare dapat mengurangkan masalah gusi dan membuang 90 peratus kekotoran pada gigi,” katanya.
Ia menyamai 31,000 kali memberus menggunakan berus gigi biasa pada setiap satu minit penggunaannya. Dicadangkan dua minit setiap kali penggunaan. Hadir sama, Pengurus Pemasaran Health&Wallness Philips Malaysia, Chung Ngan Leng.
No comments:
Post a Comment