Thursday, November 3, 2016

HASIL INTERAKSI OTAK, SALURAN DARAH, SARAF

Sakit kepala adalah gangguan yang menyakitkan di bahagian kepada dan muka. Tahap gangguan menyakitkan ini juga berbeza pada setiap kali serangan, bahagian yang terjejas dan kekerapan serangan.

Sakit kepala dikatakan hasil interaksi antara otak, saluran darah dan saraf di sekitarnya. Ketika serangan sakit kepala, saraf tertentu yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah diakrifkan dan menghantar isyarat kesakitan kepada otak.

Jenis sakit kepala diklasifikasikan kepada peringkat pertama (primary) iaitu kesakitan yang muncul terus daripada punca masalah pada struktur dalam kepada yang sensitif kepada kesakitan termasuk perubahan hormon, manakala peringkat kedua (secondary) adalah kesakitan disebabkan masalah kesihatan lain seperti pendarahan dalam kepala, ketumbuhan otak dan kecederaan leher.

Perunding Pakar Neurologi Pusat Perubatan Pakar Sri Kota, Dr Hasnur Zaman Hashim berkata, bagi sakit kepala peringkat pertama ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu migrain, tegang dan kelompok,

"Sakit keapda jenis tegang adalah paling kerap dialami kira-kira 69 peratus disebabkan kontrksi otot pada kepada dan leher. Banyak punca dalam rutin kita yang mencetuskan kontraksi ini seperti tekanan perasaan, postur tubuh yang salah, kurang tidur, segelintir makanan, cuaca sejuk, mata letih dan tabiat merokok.

"Tahap kesakitan biasanya ringan ke sederhana, tidak berdenyut dan berlaku di kedua-dua belah kepada dan boleh pulih dengan pengambilan ubat di kaunter. Namun, pengambilan ubat ini juga perlu berpada-pada kerana pengambilan berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala kronik," katanya.

PETI AIS CEGAH BAKTERIA

Bakteria wujud di mana-mana sama ada di dalam tanah atau air serta di dalam makanan yang kita makan.Ia membiak dengan pantas apabila mempunyai makanan mencukupi, kelembapan dan suhu yang baik. Malah, peningkatan mendadak bilangan segelintir bakteria mampu mencecah tahap ia menyebabkan penyakit.

Mikroorganisma ini juga membiak paling pesat dalam julat suhu antara 4.4 hingga 60 Celsius. Oleh itu, pendingin atau peti sejuk yang mempunyai suhu bawah 4.4 Celsius akan melindungi kebanyakan makanan.

Bagaimanapun, pendinginan hanya memperlahankan pertubuhan bakteria, dan makanan dalam peti sejuk masih boleh rosak jika tidak disimpan mengikut panduan yang betul.

Ada dua jenis bakteria yang boleh membiak di dalam makanan dalam peti sejuk. Jenis patogenik adalah bakteria yang menyebabkan penyakit bawaan makanan dan jenis kerosakan pula adalah bakteria yang menyebabkan makanan membusuk hingga menjejaskan bau, rasa dan tekstur.

Bakteria patogenik boleh membiak dengan pantas dalam julat suhu dari 4.4 hingga 60 Celsius tetapi secara keseluruhannya ia tidak menjejaskan rasa, bau dan rupa makanan. Ini menyebabkan kita tidak tahu jika sesuatu makanan itu sudah dihinggap bakteria.

Bakteria juga membiak pada suhu yang rendah seperti dalam peti sejuk dan ia menyebabkan makanan rosak, berbau dan rasa yang tidak menyenangkan. Bakteria seperti Listeria monocytogenes boleh hidup dalam suhu sejuk dan membiak di dalam peti sejuk dari semasa ke semasa dan boleh menyebabkan penyakit.

Pengurus Produk dan Kategori Electrolux Home Appliances (Electrolux), Desmond Chan berkata, peti sejuk untuk kegunaan rumah tidak sahaja perlu cekap tenaga, malah mampu mengekalkan makanan selamat.

Wednesday, November 2, 2016

TOMPOK MERAH SISIK TEBAL

Dianggarkan dua peratus populasi penduduk dunia menghidap psoriasis. Di Malaysia, seramai 14,486 orang dilaporkan menghidap penyakit ini (data Registri Psoriasis Malaysia 2007-2015). Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit yang berpanjangan dan berulang.

Ia terjadi berikutan gangguan sistem imun badan yang menyebabkan pertumbuhan sel-sel kulit lebih cepat iaitu tiga hingga tujuh hari berbanding 21 hingga 28 hari dalam keadaan biasa.

Proses ini menyebabkan sel-sel bergerak ke atas kulit dengan cepat seterusnya menjadikan kulit muncul sebagai tompok-tompok merah dengan sisik yang tebal dipermukaan kulit.

PSORIASIS setakat ini tiada penyembuh, namun rawatan jangka 
panjang mampu mengawal penyakit.

Selain kulit tubuh dan anggota badan, penyakit ini juga membabitkan kulit kepala, kuku dan sendi. Saluran darah di bawah kulit juga menjadi lebih lebar lalu meningkatkan aliran darah. Peningkatan bekalan darah menyebabkan tompok merah jelas kelihatan.

Pakar dermatologi Hospital Kuala Lumpur (HKL). Dr Azura Mohd Affendi berkata, psoriasis adalah penyakit keradangan kulit kronik yang menyebabkan kulit menebal lebih cepat.

Psoriasis adalah penyakit yang setakat ini tiada penyembuh, namun rawatan jangka panjang mampu mengawal penyakit ini. Ia berlaku disebabkan faktor keturunan, misalnya jika ibu atau bapa menghidap penyakit ini, kebarangkalian anak mendapat penyakit berkenaan adalah lebih tinggi.

Bagaimanapun, anda juga boleh menghidap penyakit psoriasis walaupun tiada sesiapa dalam keluarga yang menghidap penyakit itu. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut, siku, lengan dan kaki. Sehingga kini, punca psoriasis masih tidak diketahui," katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Tahunan Persatuan Psoriasis Malaysia di HKL baru-baru ini.

Menurutnya, psoriasis tidak berjangkit. Namun, sejarah keluarga yang positif psoriasis meningkatkan risiko seseorang mendapat psoriasis.

Kira-kira 40 peratus daripada pesakit psoriasis mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit berkenaan meskipun data daripada Registri Psoriasis Malaysia 2007 hingga 2015 menunjukkan jumlah penghidap yang disebabkan sejarah keluarga lebih rendah iaitu sebanyak 23 peratus.

Mengulas mengenai bahaya psoriasis, Dr Azura memberitahu, penyakit itu membawa kesan negatif kepada psikologi pesakit. Faktor lain menjadi penyebab psoriasis bertambah buruk termasuk tekanan perasaan, pengambilan alkohol berlebihan, jangkitan kuman, kecederaan kulit dan tidak balas ubat-ubatan tertentu seperti ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan antibiotik.






PSORIASIS setakat ini tiada penyembuh, namun rawatan jangka panjang mampu mengawal penyakit.

"Tahap keterukan psoriasis bermula daripada tompok kecil pada satu bahagian hinggalah ke keseluruhan permukaan badan. Psoriasis menyebabkan tompok tebal dan bersisik dikenali sebagai plak psoriasis.

"Seterusnya kulit menjadi tebal dan keras di kawasan radang serta mengakibatkan sisik di permukaan kulit. Ia sering terjadi di bahagian siku, lutut, tetapi juga boleh terjadi di mana-mana bahagian badan, termasuk kulit kepala, punggung, tapak kaki dan kemaluan," katanya.

HAMIL DENGAN SATU OVARI

Lumrahnya, setiap wanita dilahirkan dengan sepasang ovari yang berfungsi menghasilkan telur atau ovum. Organ pembiakan itu amat penting dalam menyokong kehamilan.

Bagaimanapun pada masa kini, endometriosis, fibroid dan cyst antara masalah yang sering muncul dalam kalangan wanita hinggakan ada kalanya ia menjejaskan fungsi ovari.

Ada wanita yang terpaksa berdepan situasi apabila sebahagian atau sebelah ovari dibuang menerusi pembedahan akibat terjejas teruk kesan daripada masalah terbabit.

Dalam keadaan begitu, wanita berkahwin khususnya yang menunggu kehadiran cahaya mata mula berputus harap dan menganggap peluang itu sudah terkubur.

DR Prashant (kiri) dan Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Pakar Kesuburan, Pusat Perubatan Sunway (SunMed). 
Dr. P Kannappan pada perbincangan meja bulat masalah kesuburan.

Pengarah Perubatan Pusat Kesuburan Kuala Lumpur, Datuk Dr. Prashant Nadkarni, berkata peluang menimang cahaya mata masih wujud selagi wanita terus berikhtiar dan melakukan pemeriksaan secara konsistant.

Jelas beliau, bagi wanita yang memiliki satu ovari ditambah pula dengan usia sudah menjangkau 30-an, perlunya kehamilan disegerakan tanpa ada hasrat untuk berbulan madu terlebih dulu.

"Kebiasaanya, pasangan berkahwin yang tidak 'merancang' akan memperoleh anak dalam tempoh dua tahun pertama perkahwinan. Selepas tempoh itu, boleh dianggap pelik jika belum hamil. Oleh itu suami dan ister perlu melakukan pemeriksaan doktor. 

PEKAK JIKA GEGENDANG BOCOR

Terdapat tiub atau corong yang menghubungkan telinga tengah dengan kerongkong manusia. Ia sangat dipengaruhi oleh tekanan persekitaran atau tekanan atmosfera. Telinga tengah dipisahkan dengan telinga luar oleh gegendang telinga.

Gegendang telinga boleh pecah disebabkan perubahan tekanan paa atmosfera. Contohnya bagi mereka yang turundari tempat inggi secara mendadak seperti dalam kapal terbang, turun dari gunung atau kawasn tanah tinggi.

Ia juga boleh berlaku kepada penyelam skuba selain berlaku akibat terdedah pada bunyi yang kuat. Dalam kebanyakan kes, tekanan atmosfera yang berubah secara mendadak menyebabkan peningkatan tekanan dalam telinga tengah seterusnya menyebabkan gegendang telinga bocor atau pecah kerana ia tidak dapat menampung tekanan berkenaan.


Pesakit akan mengalami sakit telinga yang teruk disertai darah keluar dari corong telinga. Darah yang keluar akan menitis sedikit demi sedikit.

SElain daripada itu pesakit mengalami pening dan loya. Ini disebabkan oleh gangguan secara tidak alngsung pada bahagian telinga yang juga berfungsi sebagai sistem keseimbangan badan.

Pendengaran juga akan terjejas pada bahagian telinga yang bocor. In disebabkan gegendang telinga yang tidak bergetar seperti biasa untuk menyampaikan denyutan kepada telingan tengah dan saraf ke otak. Adakala pesakit mendengar bunyi bising berdesing yang tidak selesa pada bahagian telinga berkenaan.

Ketika pemeriksaan awal di klinik atau wad kecemasan, kebiasaannya gegendang telinga yang bocor tidak dapat disahkan. Ini kerana darah pada corong telinga luar akan mengganggu pandangan doktor untuk melihat gegendang telinga.

Oleh itu, pakar atau doktor di jabatan telinga, hidung dan tekak (ENT) terpaksa menyedut keluar darah dan ketulan daripada corong telinga luar. Selepas itu barulah kebocoran pada gegendang telinga dapat dikenal pasti.

SElain itu, ketika pemeriksaan, kemungkinan lain selaku penyebab telinga berdarah juga dapat dikesan. Dalam kebanyakan kes, gegendang telinga yang bocor akn sembuh atau tertutup sepenuhnya lepas beberapa minggu. Paling utama ialah memastikan telinga sentiasa kering untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Ada kala ubat titisan telinga mengandungi antibiotik atau antibiotik diberi sama ada untuk dimakan atau suntikan bagi mengelakkan jangkitan kuman yang boleh melewatkan proses penyembuhan juga mengeruhkan keadaan.

Pendengaran akan baik seperti sedia kala sebaik sahaja kebocoran gegendang telinga tertutup sepenuhnya. Jika ini tidak berlaku, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk menutup kawasan bocor itu.