Tuesday, April 25, 2017

BAHAYA MINUMAN 3-IN-1 DAN KRIMER BUKAN TENUSU

Masa kerja dulu, wajib ada stok minuman 3-in-1 di dalam laci. Yelah, pagi-pagi dah kelam kabut uruskan hal anak-anak sebelum bertolak ke ofis. Jadi, mana lah sempat nak bancuh air panas dan breakfast di rumah, apatah lagi nak bawa bekal air panas ke tempat kerja.

Jadi, pagi-pagi biasanya minum minuman segera 3-in-1 aje.


Masa kerja dulu, wajib ada stok minuman 3-in-1 di dalam laci. Yelah, pagi-pagi dah kelam kabut uruskan hal anak-anak sebelum bertolak ke ofis. Jadi, mana lah sempat nak bancuh air panas dan breakfast di rumah, apatah lagi nak bawa bekal air panas ke tempat kerja.
Jadi, pagi-pagi biasanya minum minuman segera 3-in-1 aje.

Di pantry ofis pun ada disediakan vending machine percuma. Minuman yang ditawarkan pun sedap-sedap juga macam white coffee, caffe latte, cappucino, dan coklat. Jadi, bila waktu petang, wajib lah minum secawan lagi minuman yang menggunakan krimer bukan tenusu ini.
Malamnya, bila dah penat selesaikan urusan rumah, kadang-kadang bancuh lagi secawan air panas sambil berehat menenangkan badan. Kat rumah pun kadang-kadang guna minuman 3-in-1 juga sebab nak cepat, dan tidak dinafikan, minuman instant nie sedap-sedap belaka.
Haa sedar tak sedar, dalam sehari, lebih kurang 2-3 cawan juga kan kita minum minuman 3 in 1, ataupun yang mengandungi krimer bukan tenusu nie. Ehh, macam sama ke kita? ðŸ˜›

Bahaya Minuman 3 in 1 

Minuman 3 in 1 boleh mendatangkan bahaya kerana minuman ini sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan dalam setiap hidangan, iaitu lebih dari 3 sudu teh gula.

engikut Pensyarah Program Diatetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, bahaya minuman 3 dalam 1 kepada kita ialah:
  1. Minuman 3 in 1 mengandungi lebih dari 3 sudu teh gula dalam setiap pek.
  2. Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit di dalam minuman 3 in 1 tersebut.
  3. Minuman 3 in 1 menggunakan krimer bukan tenusu, yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit, iaitu sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
  4. Minuman 3 in 1 turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi), dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
  5. Setiap pek minuman 3 in 1 mengandungi sehingga 200 kalori.
  6. Jumlah 200 kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.
  7. Jika di ambil 3 paket minuman 3 in 1 sehari, ia bersamaan 600 kalori, sekaligus menyumbang kepada berat badan berlebihan.
  8. Bagi minuman 3 in 1 yang dikatakan membantu meningkatkan tenaga, kandungan seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana ianya mahal dan sukar untuk diperolehi.
Apapun, pengambilan minuman 3 in 1, ataupun krimer bukan tenusu bukanlah tak dibolehkan langsung, tetapi perlulah diambil secara bersederhana, demi menjaga kesihatan kita.
Kalau boleh, kita elakkan. Usahakanlah untuk membancuh minuman dengan cara yang betul. Gunalah susu segar, dan elakkan penggunaan krimer bukan tenusu.
Tambahan lagi, kalau kita sedang berdiet. berat badan tidak turun  walaupun dah jaga makan dengan penuh disiplin. Gula putih perosak diet nombor 1 dalam berdiet!!!

6 TANDA SERANGAN JANTUNG OLEH WANITA

Dengan cara pemakanan kebanyakan wanita sekarang yang tidak dijaga selain gaya hidup tidak sihat, wanita turut berisiko dengan serangan jantung.


Bagaimana pun kesedaran terhadap ancaman penyakit jantung kalangan wanita ini kurang kerana kita lebih prihatin dengan masalah kanser payu dara dan kanser pangkal rahim yang sangat membimbangkan ketika ini.

Walaupun serangan jantung lebih banyak berlaku kalangan wanita berusia 65 tahun ke atas namun ancaman sakit jantung koronori kalangan wanita muda tidak boleh dipandang ringan.

Makanan tinggi kalori, lemak, gula dan tidak bersenam yang menjadi gaya hidup sebahagian besar kita mendekatkan kaum wanita dengan masalah serangan jantung.

Sunday, April 9, 2017

JANGAN BUANG BIJI KURMA SELEPAS MAKAN, KETAHUI KHASIAT HEBAT BIJI KURMA KEGEMARAN RASULLULLAH INI


Hari ini 19 June 2015 bersamaan 2 Ramadan 1436 H merupakan hari kedua umat Islam menunaikan ibadah puasa di mana kita masih ada lagi 28 hari untuk mencapai hari kemenangan melawan godaan nafsu dan syaitan.

Bulan Ramadan adalah penghulu segala bulan di mana bulan suci ini Allah menjanjikan pelbagai ganjaran yang hebat kepada hambaNya jika melakukan ibadat dan berbuat kebaikan.

Ramadan pasti secara ironinya kita umat Islam tidak dapat dipisahkan dengan tamar atau pun kurma. Buah kegemaran Rasulullah ini pasti terjual di mana-mana sahaja pada bulan Ramadan terutamanya pasaraya dan bazar Ramadan.

Buah hebat ini mempunyai pelbagai khasiat kepada manusia seperti memberi tenaga segara kepada kita, Kaya dengan serat dan potassium, menajamkan ingatan, penawar racun, mengubati penyakit usus mahupun sembelit dan pelbagai lagi jika kita kerap mengamalkan pemakanan buah ini.

Tetapi tahukah anda bukan isi buah ini saja mempunyai khasiat hebat malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang hebat.

Thursday, March 16, 2017

7 KHASIAT HALIA UNTUK KURUS DAN CANTIK

Halia antara herba yang sangat bermanfaat untuk kecantikan dalaman dan luaran. Halia boleh digunakan untuk merawat masalah kulit dan juga membersihkan dalaman. Kalau pembaca semua ingin tahu halia juga membantu untuk menurunkan berat badan secara semulajadi. 


Saya bongkarkan 7 khasiat halia untuk kurus dan cantik..
HALIA
1. Merahkan Bibir - Kupas halia muda , kemudian tumbuk separuh hancur. Sapu halia yang di tumbuk ini pada bahagian bibir tetapi dilarang menggosok kuat sangat takut bibir akan berdarah.
Amalkan petua ini sekali sehari bagi membuang kulit mati dan jadikan bibir kemerahan bak delima.

2. Buang Angin & Toksin - Khasiat halia seterusnya adalah bagi membuang angin & toksin di dalam badan. Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh (kalau teh hijau lagi bagus), saya tak masukkan gula nak jaga kesihatan dik, tanpa gula pun elok aje rasanya. Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan bebas terbuang dan badan pun kembali segar. 


3. Langsingkan Badan - Ini pasti ramai yang suka kan, sebut sahaja nak langsingkan atau cara untuk kuruskan badan jadi isu hangat. Halia boleh membantu memecahkan lemak dan menurunkan berat badan secara semulajadi. Hiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas , madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, amalkan setiap hari pasti ketika perut kosong dijamin akan merasai perbezaan. 


4. Menghilangkan Bau Badan - Ramai wanita yang alami masalah ini . Badan dah lawa , muka dan cantik tapi badan berbau, Untuk atasi masalah ini boleh gunakan cara ini, amalkan minum halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur. Juga selalu gunakan halia dalam masakan seharian.


5. Menaikkan Seri Wajah - Caranya mudah sahaja, ketuk halia separuh hancur, rendamkan bersama sesudu madu dan air panas dalam 300ml. Setelah direndam minumlah setiap pagi, ini akan membantu melancarkan perjalanan darah dan membuatkan tubuh berasa panas. Ia sekaligus menaikkan seri wajah. Untuk mendapatkan hasil terbaik amalkan sekerap mungkin.
6. Bersihkan Kulit - Nak kulit mulus bersih boleh cuba petua ini. Tumbuk halia, campurkan dengan tepung beras yang dikisar kering. Satukan bahan ini, bancuh sehingga pekat dan boleh dijadikan luhur.

7. Redakan Tekanan - Halia boleh dibuat minuman dan dijadikan ramuan masakan. Halia juga dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman badan. Amalkan minum air halia dengan madu setiap hari pasti anda dapat merasai kelainan dan wajah juga tubuh tampak segar. Sekaligus menyerlahkan kecantikan semulajadi.

 

DARAH JENIS O WAJIB BACA..TITIK KELEMAHAN ORANG BERDARAH O KENA AMBIL

Orang-orang dengan golongan darah O adalah orang yang istimewa, kerana mereka boleh mendonorkan darahnya kepada semua golongan darah lain, namun orang-orang dengan golongan darah O cuma boleh menerima darah dari sesama golongannya.
Orang Darah O Wajib Baca! Inilah Titik Kelemahan Orang Berdarah O Kena Ambil Tahu..Kongsikan..

Orang-orang bergolongan darah O, senantiasa kelihatan menonjol diantara yang lain. Mereka mempunyai jiwa kepemimpinan, proaktif, bertenaga serta mempunyai kemampuan untuk selalu terus fokus. Mereka juga cenderung sangatlah kuat serta produktif.

Di Jepun, orang-orang bergolongan darah O senantiasa dikaitkan dengan jenis ciri-ciri tertentu. Waktu lakukan temuduga kerja, penemuduga sering menanyakan apa golongan darah mereka.

Orang-orang dengan kumpulan darah O digambarkan sebagai orang yang bertanggung jawab, komited, terancang, fokus, teliti serta praktikal. Mereka juga diakui lebih pintar serta lebih baik dari pakar logik. Hal semacam ini kerana nenek moyang mereka iaitu seorang pemburu, yang sentiasa tepat dalam menganggarkan serta mengamati persekitaran sekitar untuk dapat bertahan hidup.

Lalu, apakah orang-orang yang mempunyai golongan darah O mempunyai kelemahan? Ya, sudah pasti ada, kerana tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Orang bergolongan darah O lebih terdedah pada penyakit tertentu, seperti ulu hati, disfungsi tiroid, rendahnya tahap hormon tiroid serta kekurangan iodin. Disfungsi tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan, seperti kelebihan berat badan serta pengekalan air.

Ketika sedang stres mereka boleh sangatlah marah, jadi hiperaktif serta impulsif. Pola makan yang buruk, kurang olahraga, lakukan kebiasaan tak sihat serta kecenderungan untuk stres bikin mereka rawan semulajadi sistem metabolik yang berbahaya, seperti rintangan insulin, melambatkan kesibukan kelenjar tiroid serta obesiti.

Mereka juga mempunyai tahap lebih tinggi asid gastrik di banding golongan darah yang lain, mempunyai keadaan perut yang sensitif serta terdedah menderita ulser. Orang-orang dengan kumpulan darah O, mesti elakkan cafein serta alkohol. Cafein sangatlah berbahaya untuk mereka kerana boleh meningkatkan adrenalin, yang memanglah telah tinggi pada orang-orang bergolongan darah itu. Orang-orang bergolongan darah O disyorkan untuk melakukan aktiviti fizikal, sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu.