LAPORAN media baru-baru ini menyatakan bahawa Malaysia menduduki
tempat ke enam di rantau Asia Pasifik bagi penduduk paling ramai
mengalami obesiti (kegemukan) dan senarai teratas di Asia Tenggara dari
segi obesiti dan diabetes (kencing manis).
Malah Kementerian Kesihatan baru-baru ini mengumumkan terdapat
kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang obes atau gemuk dan bilangan
ini semakin meningkat. Keadaan ini amat membimbangkan dan membangkitkan
cadangan untuk menyenaraikan obesiti secara rasmi sebagai satu penyakit
yang perlu dirawat.
Justeru, ungkapan mencegah lebih baik daripada mengubati dan biarkan
makanan menjadi penawar memberi inspirasi kepada kedai buah terkenal,
MBG untuk melancarkan kempen MBG Golden Ho7se Bonanza, bertujuan
menggalakkan orang ramai mengambil buah-buahan sepanjang musim perayaan
Tahun Baru Cina dan Hari Kekasih tahun ini.
Pengarah urusannya, Adnan Lee berkata, sudah tiba masanya rakyat
negara ini
"Buah-buahan adalah makanan serba guna dan sangat sihat yang boleh
disesuaikan dengan apa jua jenis sajian. Malah, buah boleh dimasukkan ke
dalam resipi tradisional seperti sajian untuk Tahun Baru Cina.
"Makanan dan kudapan Tahun Baru Cina seperti kuih bakul, serunding
daging, kuih badam dan nasi pulut memang sukar untuk ditolak apabila
kita menghadiri rumah terbuka. Tetapi semua makanan ini mengandungi
banyak lemak, minyak, garam dan gula yang boleh memberi kesan buruk
kepada kesihatan.
"Kita boleh menikmati semua makanan kegemaran ini tetapi kita perlu
bijak memilih dan makan dengan sederhana. Lebih baik lagi, gantikan
makanan tertentu dengan buah-buahan untuk menjadikannya resipi musim
perayaan yang lebih sihat," nasihat Adnan yang menyarankan orang ramai
mengambil lima hidangan sayuran dan buah-buahan warna-warni sehari
sebagai sebahagian daripada diet dan gaya hidup sihat.
Katanya, promosi MBG Golden Ho7se Bonanza yang berlangsung dari 6
Januari hingga 9 Februari ini pada asasnya adalah kempen makan secara
sihat selain ganjaran tahun baharu untuk menggalakkan rakyat Malaysia
mengambil buah-buahan sebagai sebahagian daripada diet pada bila-bila
masa.
Tema kempen MBG Golden Ho7se Bonanza mengandungi huruf 'r' terbalik
untuk menunjukkan jumlah nombor â2014â dan menggambarkan kedudukan
âkudaâ dalam kitaran kalendar Cina. MBG juga berharap angka 7 yang
melambangkan tuah dalam adat resam Cina akan membawa kemakmuran,
kesihatan dan segala kebaikan kepada rakyat Malaysia pada Tahun Kuda.
Sementara itu Chef Christopher Yee dari Top Shelf French Restaurant
berkata, dengan sedikit kreativiti seseorang mampu menggunakan
buah-buahan sebagai bahan masakan atau sekurang-kurangnya sebagai
pencuci mulut termasuk sajian ketika sambutan Tahun Baru Cina.
"Kita hanya memerlukan sedikit kreativiti, gerak hati dan sedikit
keupayaan untuk bermain dengan perasa, tekstur dan warna buah-buahan
untuk menambah kelazatan rasa serta gaya persembahan sajian," kata Chef
Yee diminta mencipta beberapa resipi Tahun Baru Cina menggunakan
buah-buahan.
Sajian kegemaran Tahun Baru Cina versi Chef Yee yang lebih sihat dan lebih segar adalah yee sang buah-buahan dan sayuran.
Salad moden ini mudah disediakan dan membuka selera ini ditambah
konsome ceri dan dipadankan dengan sos plum. Boleh gunakan buah-buahan
seperti lobak merah, pear, tembikai, limau Mandarin, dan limau bali
untuk menambah tekstur, kesegaran dan kerangupan ke dalam bahan asas yee
sang.
Dalam pada itu, MBG menganjurkan promosi buah-buahan di semua
cawangannya. Orang ramai hanya perlu menjawab satu soalan mudah tentang
resipi Chef Yee untuk merebut peluang memenangi hadiah menarik.
No comments:
Post a Comment