Sel-sel kanser ini tidak akan dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ia telah berganda sehingga tahap billion.
Setiap individu ada risiko. Sebelum ia merebak, ayuh berjaga-jaga.
Ada beberapa tips yang membantu merencatkan sel-sel kanser :
1) Gula merupakan makanan kepada sel kanser. Dengan berhenti mengambil
gula, anda sebenarnya telah menamatkan satu sumber bekalan makanan yang
penting untuk sel kanser. Stevia,manisan tanpa kalori boleh digunakan
sebagai alternative kepada penggunaan gula.
2) Sel kanser hidup dalam persekitaran yang asidik. Makanan berasaskan
daging adalah bersifat asidik juga. Mengurangkan segala makanan yang
berdaging terutamanya daging merah adalah pilihan yang bijak. Di
kebanyakan ladang ternakan, haiwan-haiwan ternakan disuntik dengan
antibiotik dan hormon tumbesaran bagi mempercepatkan kadar penghasilan
daging.
3) Kurangkan kekerapan minuman kopi, teh dan coklat yang mengandungi
kafein yang tinggi. Teh hijau lebih baik dan mempunyai khasiat dalam
melawan sel kanser. Bagi air kosong pula, minumlah minuman yang telah
ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan toksin dan logam yang terdapat
dalam air paip memasuki tubuh anda.
4) Diet yang terdiri daripada sayur-sayuran yang segar, kekacang dan
makan buah-buahan adalah tabiat yang sangat kerana makanan-makanan
tersebut akan menukarkan badan kepada persekitaran yang lebih berakali.
5) Makanan tambahan seperti antioksida, resveratrol, vitamin dan
mineral pula mampu membina sistem imun bagi membolehkan sel pembunuh di
dalam badan dapat menghapuskan sel-sel kanser. Vitamin E pula terkenal
sebagai pembunuh sel iaitu satu kaedah bagi tubuh untuk menghapuskan sel
yang telah rosak atau yang tidak diperlukan secara normal.
6) Senaman secara berkala akan membantu meningkatkan sistem imun dan
menggalakkan pengaktifan stem sel dalam badan yang bertindak untuk
melawan sel-sel kanser.
Kanser juga merupakan satu penyakit minda, badan dan spiritual. Sikap
yang proaktif dan positif dapat membantu melawan penyakit kanser. Sikap
seperti pemarah, pendendam dan sering berasa kecewa mampu membuatkan
tubuh anda menjadi lebih stress dan dalam keadaan asidik.
No comments:
Post a Comment