Friday, February 28, 2014

KISAH DARI QL-QURN: DOA NABI ZAKARIA DAN IMRAN UNTUK DAPAT ANAK SOLEH

Kisah Imran, Maryam, Nabi Zakaria, Yahya, dan Isa ini diceritakan dalam surah Al-Imran, ayat 33-55.
Maryam dilahirkan dalam keluarga Imran. Sebelum kelahirannya, ibunya telah berdoa (seperti mana yang dicatatkan dalam ayat 35):

(Ingatlah) ketika Isteri Imran berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepadamu, apa yang ada dalam kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdi (kepada-Mu), maka terimalah (nazar itu) dariku. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Ketika bernazar seperti itu, Imran dan isterinya menyangka mereka akan mendapat anak lelaki. Namun, yang lahir adalah anak perempuan yang diberi nama Maryam.

Maka ketika melahirkannya, dia berkata, "Wahai Tuhanku, aku telah melahirkan anak perempuan." Padahal Allah lebih tahu apa yang dia lahirkan. Dan laki-laki tidak sama dengan perempuan. "Dan aku memberi namanya Maryam, dan aku mohon perlindungan-Mu untuknya dan anak cucunya dari (gangguan) syaitan yang terkutuk." - Al-Imran, ayat 36.

Seperti mana yang telah dinazarkan (agar beribadat kepada Allah), Maryam kemudian diletakkan di bawah jagaan Zakaria (Nabi Zakaria). Beliau mempunyai bilik ibadah khusus di Baitul Maqdis. Setiap kali Nabi Zakaria melawatnya, pasti ada hidangan di sisinya. Pastinya bukan hidangan biasa. Nabi Zakaria bertanya, "Wahai Maryam, dari mana datangnya hidangan ini?" Jawab Maryam, "Itu dari Allah." Allah Maha Pemberi kepada siapa yang dia kehendaki.

Nabi Zakaria kemudian menadah tangan berdoa kepada Yang Maha Pemberi,

"Wahai Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa". - Al-Imran, ayat 38.


Tidak lama kemudian, datanglah Jibril membawa berita kehamilan isterinya (mengandungkan nabi Yahya yang menjadi sekutu Nabi Isa kemudiannya). Ketika itu Nabi Zakaria sudah berusia 93 tahun. Isterinya pula mandul. 2 faktor ini menyebabkan Nabi Zakaria sukar mempercayai khabar dari Jibril. Lalu baginda meminta bukti dari Tuhan jika benar isterinya yang mandul itu sedang hamil.

Allah berfirman, "Tanda bagimu adalah engkau tidak berbicara dengan manusia selama 3 hari, kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah nama Tuhanmu banyak-banyak, dan bertasbihlah (memujiNya)  pada waktu petang dan pagi." - Al-Imran, Ayat 41.


Dalam ayat seterusnya, diceritakan kelahiran Isa Al-Masih dari ibunya Maryam yang suci tanpa seorang bapa. Kisah kelahiran paling unik di dunia.

Nabi Isa terpilih dari keturunan yang mulia, dari datuknya Imran yang soleh, kemudian ibunya Maryam perempuan yang taat beribadat. Nabi Isa dikurniakan beberapa mukjizat.

Antara yang disebutkan dalam surah ini (ayat 49):
1. Berbicara ketika masih dalam buaian. (Mempertahankan ibunya Maryam dari terus difitnah Bani Israel kerana melahirkan bayi tanpa bapa).
2. Menghidupkan burung dari tanah.
3. Menyembuhkan orang buta sejak lahir.
4. Menyembuhkan penyakit kusta.
5. Menghidupkan orang mati.
6. Mengetahui apa yang dimakan dan makanan yang disimpan oleh seseorang.
7. Memahami kitab Taurat (diturunkan kepada Nabi Musa).
8. Diturunkan kitab Injil kepadanya.
9. Roh dan jasad baginda diangkat ke langit dan akan diturunkan kembali pada akhir zaman.

Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa bagi Allah, seperti (penciptaan) Adam. Dia menciptakannya dari tanah, kemudian Dia berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu. -Al-Imran, ayat 59.

Pengajaran:
1. Ibu bapa perlu berdoa agar dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.
2. Ibu bapa perlu mendoakan supaya anak-anak ter[elihara dari gangguan syaitan.
3. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, dan kuasa Allah melewati batas logik pemikiran manusia.
4. Doa mengubah nasib, walaupun mandul, isteri Nabi Zakaria tetap mampu hamil dengan izin Allah.
5. Nazar wajib ditunaikan.
6. Perempuan perlu memelihara kesucian diri.
Kata-kata ustaz Pahrol dalam perkongsiannya dalam IKIM bertajuk "DINAMIKA DOA" penghujung tahun 2012 kembali terngiang-ngiang di telinga. Katanya doa itu makbul pada saat kita mula berusaha. Atau kata lainnya, doa kita makbul setelah kita berusaha. Jika tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya, jika tidak berusaha untuk hamil, bagaimana mungkin nak dapat anak. Usha, doa dan tawakkal itu perlu seiring. Malah dalam doa harus yakin dan dan harap 100% pada Allah.

Saturday, February 8, 2014

TELEPHONE BIMBIT - YANG TAK TAHU...

Sekarang ni hampir setiap seorang mempunyai telifon bimbit. Walaubagaimanapun, ada beberapa pekara yang kita tidak tahu tentang telifon bimbit ini.Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -


1) NOMBOR KECEMASAN 


Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock \)

2) KERETA TERKUNCI 

 Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera (alarm) sahaja .

TAYAR - JAGA KESELAMATAN....JANGAN ABAI!!!

Ramai yang tak fokus kepada TAYAR sedangkan itulah satu-satunya komponen kenderaan yang memastikan kereta kita masih berada di atas jalan raya!

Kita sering memandu laju-laju tetapi tahukah kita bahawa bahagian kereta kita yang menyentuh jalan raya adalah kecil? Kalau dilihat dari sisi memanglah tayar itu besar dan lebar dan ada empat (4) pula. Cuba lihat betul-betul, permukaan tayar yang menyentuh jalan hanyalah sebesar TAPAK TANGAN setiap satu.





Ianya seperti kita merangkak dengan dua kaki dan dua tangan, dan kita merangkak pada kelajuan 100km/j atau lebih. Jangan ambil sambil lewa tentang tayar.

1. Tayar terpaksa menampung berat kereta dan segala bebannya. Dan jumlah berat itu ditampung oleh permukaan tayar seluas empat tapak tangan sahaja.

Kereta jenis sedan biasanya mempunyai berat melebihi 1 tan (tanpa muatan). Kalau kereta itu sendat dengan penumpang yang puratanya 60kg setiap seorang, berat kereta sedan itu akan bertambah lagi sebanyak 240kg atau lebih. Kereta yang lebih mewah dan kukuh mempunyai berat yang lebih tinggi.

Kereta jenis kompak seperti kancil dan viva mempunyai berat kira-kira 800kg dan lebih. Kalau ditambah dengan penumpang dan segala beban yang dibawa, jumlah beratnya akan melebihi 1 tan juga.

2. Tayar mempunyai tempoh hayat tertentu dan tempoh 'shelf life' tertentu juga.
Biasanya, tempoh hayat 'shelf life' adalah 3 tahun dari tarik ia dikilangkan.
Jika sedang digunakan, tempoh hayatnya adalah bergantung kepada kadar kehausan (wear) tayar. Secara teori, kadar kehausan tayar adalah berkadar langsung dengan jarak pemanduan. Secara purata, tayar akan haus dalam tempoh 35,000km - 40,000km, jadi sila lihat meter anda. Namun begitu, ianya bergantung kepada jenis / jenama tayar. Tayar yang lembut agak sedap dipandu kerana lebih senyap dan lebih mencengkam tetapi cepat haus.

Tayar yang 'keras' akan haus lebih lambat dan kadang-kadang melebihi 40,000km. Tapi kalau sudah melebihi tempoh hayatnya (lebih kurang 3 tahun) tayar mesti ditukar juga.

Jarak 40,000km itu secara puratanya dicapai dalam tempoh 2 tahun. Jadi, 6 bulan sebelum mencecah jarak itu, eloklah mula menabung. Harga sebiji tayar lebih kurang RM160 - RM200, itu tak termasuk upah 'alignment' dan 'balancing'.

Getah tayar akan menjadi 'tua' apabila terdedah dengan panas dan cuaca. Getah yang telah tua akan mengeras. Selain menjadi keras, sempadan butir (grain boundary) akan menjadi nyata atau dengan kata lain, permukaan tayar akan merekah kerana rantaian polimer getah itu sudah mulai putus-putus. Jika tidak ditukar, dikhuatiri tayar akan meletup akibat tekanan.

3. Alur (groove) atau 'bunga' pada tayar berfungsi untuk 'menyalirkan' air pada permukaan jalan. Jika air tidak dialirkan dengan cepat dan sempurna, tayar tidak dapat mencengkam jalan dan fenomena ini digelar 'aqua planning/panning'.

Berat kereta akan menekan tayar kepada permukaan jalan yang basah. Bunga tayar bertindak seperti 'pam air' yang akan memancutkan air ke dalam alur bunga tayar itu dan juga keluar dari tayar.

Jika bunga tayar sudah nipis, proses 'mengepam air' menjadi tidak cekap dan tidak efektif. Ini akan menyebabkan kereta tidak mampu bertindak seperti yang kita inginkan. Maksudnya, kalau kita nak brek, kereta tak mahu berhenti. Kalau kita membelok, kereta akan meluncur terus dan terlajak atau terbabas.

Pada tayar jenama tertentu, ada tanda yang diletakkan. Biasanya pada alur itu akan terdapat satu 'jambatan' atau 'bridge' getah yang biasanya kita anggap itu adalah 'menufacturing defect' atau lebihan getah ketika acuan. Sebenarnya, jika permukaan tayar sudah sama rata dengan 'bridge' itu bermakna bunga tayar sudah nipis. Ada juga tanda tiga segi atau 'diamond' atau 'arrow' di tepi tayar. Jika ada kesan lelas pada 'diamond' ini bermakna bunga tayar sudah nipis.

4. Fungsi tayar dibantu oleh sistem suspensi (sistem spring) dan penyerap hentak (absorber). Jika dua sistem ini gagal, tayar akan gagal berfungsi secara optimum.

Sistem suspensi bertujuan untuk menjadikan pemanduan itu selesa. Jika tidak, kita terasa seperti memandu kereta lembu. Namun, spring akan menjadikan kereta membuai-buai jika jalan tidak rata atau jalan berlopak.

Penyerap hentak pula akan bertindak pada arah berlawanan daripada arah hayunan spring tadi, menjadikan kereta tidak berbuai-buai.
ereta yang membuai-buai adalah bahaya, lebih-lebih lagi jika mengambil selekoh dan menjadi lebih bahaya jika kereta membawa ramai orang.

Sebenarnya cengkaman tayar berfungsi dengan berat kereta yakni daya geseran (atau cengkaman) berkadaran dengan koefisien geseran dan berat kereta. Jikalau kita mengambil selekoh dan pada ketika itu kereta melambung ke atas dek kereta berbuai, berat kereta pada ketika itu berada di udara dan cengkaman tayar akan menjadi lemah dan kereta boleh terbabas.

Sila tukar penyerap hentak (suspension) jika didapati kereta anda 'berbuai-buai'.

5. Periksa tekanan angin tayar, ia mungkin boleh mengurangkan lelasan (wear) pada tayar.... selain menjimatkan minyak petrol.

Tayar yang kurang tekanan angin akan menggunakan permukaan bunga yang lebih. Ini akan menjadikan tayar itu lelas pada kadar yang bukan sepatutnya. Ini merugikan kita kerana harga tayar bukanlah murah.

Cengkaman tayar yang berlebihan akan menjadi 'beban' kepada kuasa enjin. Kuasa enjin diperlukan pula untuk melawan (overcome) beban atau 'drag' ini, menjadikan kita terpaksa menekan lebih pendikit minyak.

Tapi jika tekanan angin terlalu tinggi, pemanduan akan menjadi tidak ceria kerana nanti terlanggar seketul batu kelikir pun kereta terasa terhentak. Hentakkan dan gegaran ini akan menyebabkan 'letih lesu' atau fatigue. Kesan lesu ini bukan sahaja masuk melalui gegaran badan (yang menyebabkan bola mata bergerak-gerak lebih cepat untuk terus fokus), bunyi bising juga akan memasuki gegendang telinga dan menyebabkan kita lesu. Pemandu yang lesu adalah pemandu yang berbahaya.

 Jangan tunggu Hari Raya je nak servis kereta
Lakukan secara berkala

6. Pilih jenis tayar yang bersesuaian dengan kereta anda. Dengan lebih tepat, pilih tayar yang sesuai dengan berat kereta dan sistem brek.

Ketika mengambil selekoh atau membrek, momentum kereta (yakni berat dan kelajuan kereta) akan bertindak terus kepada dinding tayar.

Bayangkan begini, kereta ingin terus bergerak akibat momentum atau lajakkan tetapi tayar pula mencengkam erat permukaan jalan. Dinding tayar akan menerima 'stress' yang tinggi pada ketika ini. Jika tayar yang tidak sesuai digunakan, dinding tayar akan pecah akibat daya ini.

Sila ikut saranan pihak pengeluar kereta tentang saiz tayar anda kerana saiz tayar tersebut telah pun diuji di litar ujian. Percayalah, ada tayar yang pecah ketika mengambil selekoh di litar ujian sebelum ketemu dengan saiz dan rekabentuk tayar yang sesuai.

Sebagai panduan mudah, kalau hendak tukar saiz tayar sekalipun, sila jangan terlalu jauh daripada saiz asal yang dipasangkan oleh pihak pengeluar kereta. Atau untuk lebih selamat, kalau masih mahu menukar tayar kepada yang lebih 'fancy', sila beli yang berjenama dan ianya pasti bukan murah.
- See more at: http://infosantai2.blogspot.com/2013/12/tayar-jaga-keselamatan-jangan-abai.html#sthash.ogS7d8AU.dpuf

KEPEDIHAN ULU HATI


Pedih ulu hati merupakan gejala yang biasa dialami wanita hamil.

SaYA baharu sahaja melakukan ujian kehamilan di rumah dan keputusannya positif. Saya merasa amat tidak selesa sejak seminggu dua ini dan kerap terasa pedih di hulu hati. Saya amat berharap agar doktor dapat membantu saya, apakah sebenarnya masalah ini. Adakah ini perkara biasa? 

Puan Salmiah
Negeri Sembilan

Jawapan

Ketidakcernaan atau pedih ulu hati merupakan gejala yang biasa dialami wanita hamil. Walaupun menyakitkan, pedih hulu hati ialah perkara biasa dalam kehamilan dan tidak membahayakan ibu dan bayi. Pedih hulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada. Ini berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit. 

Perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal dalam badan ketika hamil.

Sunday, February 2, 2014

NUTRISI SIHAT UNTUK MINDA

PEMAKANAN yang berkhasiat, berzat dan seimbang bukan sahaja mencegah berlakunya masalah jantung dan kanser tetapi turut merangsang otak yang subur. Saintis telah melakukan pelbagai kajian bagi membuktikan bahawa pemakanan mempunyai kaitan langsung dengan kesuburan otak. 

Pensyarah dalam bidang neurosurgeri di University of California, Los Angeles (UCLA), Profesor Fernando Gomez Pinilla telah bertahun-tahun membuat kajian tentang kesan pemakanan, senaman dan tidur ke atas otak dan beliau dapati pemakanan yang sesuai dapat menyuburkan dan membantu fungsi otak, lalu mengurangkan stres dan gangguan emosi.

Ramai ibu bapa yang mungkin terlepas pandang betapa pemakanan mempunyai kesan langsung terhadap tingkah laku anak-anak. 

Satu penyelidikan telah dilakukan oleh Dr. Hemamali Perera, yang bertugas di Jabatan Psikologi, Universiti Colombo, Sri Lanka. 

Beliau memberikan kanak-kanak sekolah yang ada masalah tumpuan dan hiperaktif (ADHD) rawatan menggunakan ubat-ubatan standard namun tiada sebarang peningkatan positif dari segi tingkah lakunya.
Kanak-kanak ini kemudiannya diberikan asid lemak setiap hari selama enam bulan. Hasil kajiannya mendapati peningkatan positif yang ketara dari segi keresahan, agresif, melengkapkan kerja, dan peningkatan prestasi akademik anak-anak ADHD ini. Malah pada 2009, kajian yang dijalankan oleh Unit Psikiatri, Universiti Of Bristol, UK, mendapati anak-anak yang diberikan makanan ringan seawal usia empat tahun menyumbang kepada masalah tingkah laku dan hiperaktif. 

2014 LEBIH SIHAT



Keputusan ujian saringan ini dapat membantu doktor mengesan tanda-tanda awal sebelum simptom penyakit bertambah ketara. 

Ini penting kerana simptom kebanyakan daripada penyakit hanya mula menonjol di peringkat kritikal. Orang ramai disyorkan supaya menjalani ujian saringan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun. 

Pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh sepatutnya mengandungi beberapa siri ujian yang dijalankan oleh pakar penjagaan kesihatan profesional. 

Menurut Ketua Jabatan Pusat Saringan Kesihatan Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Sim Sharon, pemeriksaan kesihatan biasa lazimnya merangkumi saringan tekanan darah, saringan diabetes, ujian fungsi paru-paru dan ujian Electrocardiogram (EKG).

NAFAS BERBAU TANDA PENYAKIT?



Dr. Naseem Banu

"SEBENARNYA banyak perkara yang menyumbang kepada berlakunya nafas berbau dan permasalahan ini juga boleh dikategorikan sebagai tanda diri kita berpenyakit." Itu antara kenyataan awal diberikan oleh Pakar Pembedahan Pergigian, Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Dr. Naseem Banu Sadruddin, sebaik sahaja diajukan persoalan adakah masalah nafas berbau merupakan simptom awal seseorang itu menghidap penyakit dalaman atau sebaliknya.

MENURUT Dr. Naseem Banu, sekiranya masalah tersebut bukan terhasil daripada penyakit dalaman yang dialami individu tersebut, ia sebenarnya adalah disebabkan oleh bakteria yang berkumpul di dalam mulut akibat daripada penjagaan oral yang tidak betul.

Begitupun, penurunan kandungan air liur di dalam mulut juga adalah antara penyebab nafas berbau. Disebabkan itu juga Dr. Naseem Banu menasihatkan, individu yang mengalami masalah nafas berbau perlu menjalani pemeriksaan terlebih dahulu sebelum boleh diklasifikasikan sama ada ia hanya disebabkan penjagaan oral yang tidak betul atau merupakan satu penyakit berpunca daripada dalam badan.