Soalan:
Apa yang patut saya lakukan jika puting payudara saya leper atau
tenggelam? Jadi bayi tidak mahu menyusu. Akibatnya payudara saya
membengkak, keras dan menyakitkan. Terdapat juga ketulan kecil, keras
dan menyakitkan pada payudara. Apakah punca perkara ini berlaku?
Selain itu, bolehkah saya kembali menyusukan bayi selepas berhenti
berbuat demikian untuk satu tempoh tertentu dan memberinya minum susu
formula?
- Jasmin, Machang, Kelantan.
Jawapan:
Bermula daripada penyusuan kali pertama, galakkan bayi untuk
memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara anda. Tarik
keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya,
menarik areola atau menggunakan pengepam payudara.
Payudara bengkak memang perkara yang biasa berlaku dua hingga empat
hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar dengan
betul. Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secara kerap dan gunakan
jaram panas atau suam ke atas payudara anda. Jika payudara masih berasa
keras, perah sedikit susu sebelum dan selepas menyusukan bayi. Namun,
usah bazirkan susu ini. Anda boleh menyimpannya untuk diberikan kepada
bayi dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
Puting payudara rasa pedih mungkin disebabkan oleh posisi penyusuan
yang tidak betul, jangkitan kulat kandida, penggunaan pengepam payudara
secara tidak betul dan sebagainya. Untuk mendapat kepastian, bertanyalah
kepada doktor atau dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan laktasi
di hospital yang berdekatan. Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan
posisi yang betul dan pastikan bayi menghisap puting dan areola dengan
betul. Mulakan penyusuan pada puting yang kurang rasa pedih. Pakai
pakaian yang longgar untuk memberi ruang kepada puting terdedah kepada
udara dan melegakan rasa pedih.
Tukar pelapik coli secara kerap dan gunakan pelindung puting untuk
mengelak puting daripada bergesel dengan pakaian. Oleh kerana puting
anda terlalu sensitif pada waktu ini, elakkan daripada menggunakan
sabun, krim atau losyen ke atas puting. Sebaliknya, sapukan sedikit
perahan susu ke atas puting untuk membantu menyembuhkannya.
Ketulan kecil pada payudara adalah disebabkan salah satu salur susu
anda tersumbat. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurut secara
perlahan-lahan ketulan tersebut ke bawah mengarah ke puting sebelum dan
ketika penyusuan. Letakkan tuala lembap, hangat ke kawasan tersebut
sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu, elakkan daripada
menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan anda tidak
memakai coli yang terlalu ketat.
Usah risau kerana ketumpahan susu antara waktu menyusu menandakan
anda mempunyai bekalan susu yang baik. Yang lebih baiknya, ketumpahan
susu dapat mengelakkan bengkak payu dara. Ya, anda boleh.
Sekerap yang
boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap payu dara untuk merangsang
penghasilan susu.
Lakukannya dengan sabar selama beberapa hari dan anda
akan dapati payudara anda akan mula
menghasilkan susu. Doktor anda juga
boleh memberi beberapa preskripsi ubat dan mencadangkan makanan untuk
merangsang penghasilan susu.
![[Petua dan tips]
Sharing is caring...
Apple Cider Vinegar(cuka epal).
Hanya campurkan dua sudu cuka ke dalam air minuman. Bagi mengurangkan rasa masam, anda boleh campur dengan sesudu madu. Bagi mendapatkan hasil terbaik, amalkan minum cuka epal dua kali sehari.
Apa khasiatnya?
Amalan ini boleh membersihkan toksin yang tersumbat dalam peredaran darah yang menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung dan peningkatan kolestrol. Kesannya, peredaran darah akan menjadi bersih dan sihat serta mengembalikan metabolisma tubuh menjadi normal.
Selain itu, antara khasiat lain cuka epal boleh memecahkan lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan. Kandungan Pectin iaitu sejenis serat dalam cuka epal membantu menurunkan kadar kolestrol jahat serta mengimbang tekanan darah dalam badan.
Cuka epal juga kaya dengan potassium yang membantu proses detoks harian khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi serta masalah sinus.
Beta karotin yang terdapat dalam cuka epal pula dapat memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping menegang dan menganjalkan kulit.
Selain daripada itu, asid Malic juga bertindak sebagai agen anti-kulat bagi menentang jangkitan kuman, bakteria dan mikroorganisma. Penggunaan cuka epal juga dapat mengimbangi kadar asid dan alkali dalam badan, selain menghilangkan lenguh-lenguh pada sendi dan otot badan.
[2 sudu cuka epal+1 sudu madu+ air kosong..]
Cubalah󾌲](https://scontent-a-nrt.xx.fbcdn.net/hphotos-xaf1/v/t1.0-9/s526x395/1911852_959030314113887_3506425419962588697_n.jpg?oh=df7c7afc89da5a93fa034581f1b35fb7&oe=54AE29CB)