Selama enam tahun, Hana sering pergi ke taman setiap hari bersama
ayahnya sehinggalah lebih kurang sebulan yang lalu apabila ayahnya,
Razak Ismail, seorang penghidap diabetes berusia 45 tahun, kehilangan
sebelah kakinya akibat dipotong.
Ayahnya telah didiagnosis dengan diabetes 15 tahun yang lalu dan
mengalami kerosakan saraf akibat diabetes dengan simptom seperti rasa
kebas dan rasa berdenyut-denyut pada kakinya. Tahukah anda bahawa hampir
70 peratus penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf yang boleh
membawa kepada amputasi sekiranya penjagaan dan langkah pencegahan yang
betul tidak diambil? Adakah anda juga mengalami simptom yang sama
seperti yang dialami oleh ayah Hana?
Sekiranya anda mengalami sebarang simptom kerosakan saraf yang biasa
ini, jangan ketepikannya kerana kesan pengabaian boleh menyebabkan
pemotongan kaki.
Memahami neuropati diabetes
Perkataan neuropati terbit daripada dua bahagian: 'neuro' yang
merujuk kepada saraf dan 'pati' iaitu penyakit. Kerosakan saraf yang
disebabkan diabetes dipanggil neuropati diabetes. Neuropati periferal
ialah satu keadaan yang melibatkan saraf-saraf di luar sistem saraf
pusat, terutamanya pada tangan dan kaki.
Saraf ialah talian perhubungan dalam tubuh kita. Isyarat elektrik
daripada otak bergerak melalui saraf dan memberi arahan kepada pelbagai
bahagian tubuh. Tubuh menerima maklumat daripada persekitaran melalui
deria dan menghantar maklumat ini ke otak melalui saraf.
Majoriti daripada saraf periferal bertanggungjawab memberikan sensasi
yang anda rasa seperti sentuhan, kesakitan dan suhu. Terdapat jutaan
saraf yang berakhir di jari, tangan, jari kaki dan kaki anda yang
dicipta untuk mengelakkan anda daripada bahaya dan jauh daripada perkara
yang panas, sejuk, tajam dan sebagainya.
Tahap keseriusan simptom kerosakan saraf akibat diabetes berbeza
daripada seorang pesakit dengan seorang pesakit yang lain. Anda mungkin
berasa berdenyut-denyut atau kebas pada kaki dan tangan anda - tanda
biasa kerosakan saraf akibat diabetes. Rasa terbakar dan tiada rasa juga
ialah simptom biasa bagi kerosakan saraf. Kehilangan rasa sering
membawa maksud anda mungkin tidak merasa kecederaan pada kaki. Mungkin
terdapat paku tekan atau batu kecil di dalam kasut anda dan anda terus
berjalan sepanjang hari tanpa menyedarinya. Sesetengah orang akan berasa
kesakitan yang tajam mencucuk; manakala setengah orang pula merasa
seperti dicucuk-cucuk dengan jarum.
Kemungkinan seorang penghidap diabetes untuk mengalami pemotongan
pada kaki adalah lebih besar berbanding dengan individu lain yang sihat.
Ramai penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf akibat diabetes yang
mengurangkan kepekaan rasa pada kaki menyebabkan mereka tidak sedar
akan kecederaan yang mereka alami; ini boleh membawa kepada pemborokan
(ulser) kaki.
Ramai penghidap diabetes turut menghidap penyakit arterial periferal
yang mengurangkan aliran darah ke kaki dan melambatkan proses
penyembuhan luka - seterusnya meningkatkan risiko terjadinya jangkitan.
Semua masalah ini membuatkan pesakit mudah mendapat jangkitan yang teruk
yang membawa kepada amputasi kaki.
Bagaimana kerosakan saraf akibat diabetes dirawat?
Langkah pertama adalah dengan memastikan tahap glukos dalam darah
berada pada julat normal untuk membantu mencegah kerosakan saraf
selanjutnya. Pemantauan tahap glukos dalam darah, pemakanan yang
terancang dan aktiviti fizikal yang teratur serta ubat-ubatan diabetes
atau insulin akan membantu mengawal tahap glukos dalam darah. Ia mungkin
mengambil sedikit masa tetapi secara umumnya simptom-simptom akan
berkurangan apabila terdapat pengawalan glukos yang baik. Pengawalan
glukos dalam darah yang baik juga boleh mencegah atau melambatkan
permulaan masalah-masalah yang selanjutnya.
Saintis Jepun telah mendapati bahawa saraf yang rosak boleh
dihasilkan semula dengan sejenis makanan tambahan yang ringkas dikenali
sebagai mecobalamin atau metilkobalamin - satu bentuk vitamin B12 yang
aktif.
Mecobalamin - vitamin B12
Mecobalam ini alah satu bentuk Vitamin B12 yang aktif dari segi
neurologi. Dengan mecobalamin, hati tidak perlu menukarkan
sianokobalamin, bentuk B12 yang tidak aktif, kepada mecobalamin kerana
ia telahpun aktif secara oral.
Mecobalamin melindungi daripada penyakit neurologi (saraf) dan
penuaan oleh mekanisma unik yang berbeza daripada terapi yang ada
sekarang. Sebahagian daripada gangguan saraf yang boleh dicegah atau
dirawat dengan terapi vitamin semula jadi ini termasuklah neuropati
periferal. Ambil satu kapsul 500mcg tiga kali sehari untuk membantu
menggalakkan saraf-saraf sihat dan melindungi daripada proses degenerasi
sistem saraf.
Tanyalah ahli farmasi anda hari ini tentang jenama yang dipercayai
bagi makanan tambahan untuk kesihatan saraf yang membantu mencegah
kerosakan saraf akibat diabetes dan juga menghasilkan semula saraf-saraf
periferal anda yang rosak. Diagnosis dan rawatan awal boleh menambah
baik kualiti hidup dan mengurangkan risiko komplikasi neuropati diabetes
dan amputasi selanjutnya.
Artikel ini disumbangkan oleh Live-well Nutraceuticals, untuk
maklumat lanjut, sila rujuk ahli farmasi anda atau hubungi Live-well
INFOline: 03-6142 6570 atau e-mail info@livewell2u.com
No comments:
Post a Comment