Pasangan yang suka bercakaran dalam institusi perkahwinan
sejak bertahun lamanya, lambat laun mudah untuk mendapat penyakit jantung
terutama kepada golongan isteri.
Justeru, pakar sains menasihatkan kaunselor perkahwinan
sepatutnya turut menawarkan kaunseling kepada pasangan yang telah lama
berkahwin.
Ini kerana, kajian menunjukkan hubungan yang buruk dalam
rumah tangga antara suami dan isteri boleh mempercepatkan kepada masalah
kesihatan.
Ini termasuklah kemurungan, tekanan darah tinggi, penyakit
jantung dan obesiti.
Anda mungkin pernah terfikir, bertahun lamanya terperangkap
dalam hubungan suami isteri yang ‘teruk’ hanya akan menyebabkan kepada punca
perceraian, tetapi apa yang berlaku sebenarnya adalah lebih banyak hati yang
terluka.
Kajian menunjukkan individu yang mempunyai pengalaman
bertahun dalam konflik bersama pasangan akan mudah mendapat sakit jantung
berbanding mereka yang berada dalam perkahwinan yang bahagia.