Nota: Atas permintaan ramai, kami
sudah update cara merebus telur dengan lebih jelas. Semoga perkongsian
ini dapat membantu anda menyediakan telur separuh masak dengan lebih
cemerlang.
Kali ini kami mahu kongsikan bersama anda bagaimana cara-cara untuk
mendapatkan telur separuh masak atau telur rebus sempurna. Bagi
membuktikan perkara ini betul, kami telah lakukan sendiri megikut kiraan
masa yang sebenar.
Kemudian jangan lupa bersihkan dulu telur ayam tersebut ya. Kebersihan untuk anak-anak kita makan penting.
Bila sudah basuh, maka kita kena tentukan sama ada kita nak makan telur separuh masak atau mahu makan telur rebus sepenuhnya yang selalu makan dengan nasi lemak rendang itu.
Keadaan telur ayam direbus berbeza masa akan menghasilkan tekstur
dalam telur yang berbeza. Tengok, kami ajar rebus macam ajar kelas
Sains. Jika anda rebus telur dua minit, telur akan jadi macam ini
Jika anda masak dalam masa 4 minit sehingga 4 minit setengah, dapat telur yang macam ini, putih dia sudah cantik dan kuning dia masih lagi belum masak sepenuhnya. Lazat dah jika dapat yang ini pun.
Manakala jika anda masak dalam masa 8 minit, anda akan dapat telur ayam yang sudah masak sepenuhnya belaka. Sesuai untuk bagi orang masa kenduri kahwin
Kami kongsikan dan terangkan kepada anda, antara kaitan masa dan juga tahap kemasakan telur dalam gambar di bawah ini.
Cara yang kami gunakan ini ialah dengan mendidihkan
air sehingga menggelegak di dalam periuk. Kemudian, matikan api dan
masukkan telur (set masa untuk dapatkan tekstur telur ayam kegemaran anda).
Tidak perlu tutup periuk. Malah periuk juga boleh dialihkan
daripada dapur. Cara ini sesuai bagi mereka yang ada banyak kerja di
dapur kerana tidak perlu menjaga api setiap masa.
2 minit
Putih telur belum lagi membentuk dan kuningnya masih mentah
4 minit
Putih telur sudah masak, tetapi kuningnya masih melekit-lekit
Putih telur sudah masak, tetapi kuningnya masih melekit-lekit
6 minit
Putih telur sudah masak, tetapi bahagian tengah kuningnya masih belum masak sehabisnya
Putih telur sudah masak, tetapi bahagian tengah kuningnya masih belum masak sehabisnya
8 minit
Putih dan kuning telur sudah masak, tapi kuning telur masih lagi lembut
Putih dan kuning telur sudah masak, tapi kuning telur masih lagi lembut
10 minit
Okay, sudah masak sepenuhnya dan boleh berhenti gosip sementara tunggu telur ayam masak tadi
Okay, sudah masak sepenuhnya dan boleh berhenti gosip sementara tunggu telur ayam masak tadi
Selepas selesai masak, jika anda ingin kupas telur yang sudah rebus
sepenuhnya tadi, ambil dan letakkan di dalam air sejuk untuk memudahkan
proses tanggal kulit atau mak kita lebih suka panggil – “eh angah,
tolong mak kopek telur ayam ni boleh” – saranan kami, pecahkan dari bahagian bawah dahulu
Bila sudah pecahkan dari bawah (bahagian bawah telur ayam ialah bahagian yang gemuk, bukan yang runcing itu)
Tetapi kupaslah macam mana pun, janji boleh makan. Biasanya kami kupas jadi cacat teruk telur. Bukan apa, jika molek-molek masak cantik, nanti ke dalam perut juga perginya.
No comments:
Post a Comment