Thursday, April 23, 2015

PENGAMBILAN TELUR KURANGKAN RISIKO HIDAP DIABETIS



TELUR mempunyai khasiat yang sama seperti keju.


SESETENGAH individu percaya pengambilan telur ayam mampu mengakibatkan pertambahan berat badan disebabkan kandungan kolestrol tinggi yang terkandung di dalam makanan tersebut. 

Bagaimanapun, penemuan seorang penyelidik di Amerika Syarikat, Dr. Ulrika Ericson mendapati, telur mempunyai manfaat kesihatan yang sama seperti produk tenusu lain terutamanya keju.

Ujarnya, pengambilan telur secara teratur setiap bulan dapat mengurangkan risiko menghidap diabetis.
“Keputusan ini diambil daripada kajian pola pemakanan yang dijalankan terhadap 432 orang individu berumur 42-60 tahun yang menghidap penyakit diabetis.

“Hasil daripada kajian tersebut mendapati,individu yang mengambil kira-kira empat biji telur setiap minggu, mempunyai peratus lebih rendah untuk terkena diabetis daripada individu yang hanya mengambil sebiji telur setiap minggu,” jelasnya.

Tambahnya, hasil daripada kajian itu mendapati telur bukan sahaja mampu mencegah penyakit diabetis, malah ia juga dapat me­nurunkan kadar glukosa dalam darah.

No comments: