KAJIAN Indeks Kesihatan dan Kesejahteraan Philips mendapati rakyat
Malaysia berpuas hati dengan tahap kesihatan mereka tetapi golongan tua
berasa kurang kawalan ke atas aspek itu.
Keputusan diperoleh hasil kajian Royal Philips Electronics menerusi
tinjauan tanggapan dan tingkah laku warga Malaysia dewasa dalam usia 18
tahun dan ke atas terhadap penjagaan kesihatan dan kesejahteraan mereka.
Kajian Indeks Philips: Laporan Kesihatan & Kesejahteraan Malaysia
2010 menunjukkan rakyat kita umumnya berpuas hati dengan tahap kesihatan
dan kesejahteraan mereka dan mencatat skor Indeks Philips sebanyak 71
peratus, tertinggi di Asia Pasifik. Bagaimanapun, perasaan itu mula
merosot apabila mereka mencapai usia 65 tahun dan ke atas.
Warga tua, terutama dalam kategori usia 65 tahun dan ke atas menarafkan perasaan mereka secara keseluruhan terhadap tahap kesihatan dan kesejahteraan lebih rendah berbanding kumpulan usia lain dan lebih cenderung untuk mempercayai mereka tiada kawalan ke atas kesihatan sendiri.
Laporan itu juga menunjukkan kebimbangan utama rakyat negara kita terhadap tahap kesihatan untuk jangka masa terdekat kebanyakannya berkaitan dengan kenaikan berat badan dan penuaan.