SAYA pasrah dan reda dengan ketentuan Ilahi jika itu yang tersurat. Namun, selagi mampu dan terdaya, saya akan terus berusaha daripada menerimanya sebagai satu ancaman dalam meneruskan sisa hidup ini.
Itu janji Zaiton Ismail, 51, iaitu antara insan bertuah kerana berjaya melawan penyakit barah yang sememangnya ditakuti oleh semua.
Apa yang pasti, dia bukanlah tokoh korporat yang perlu dikenali, jauh sekali seorang selebriti ternama. Namun, kesungguhan yang ditunjukkan oleh ibu kepada lima anak itu patut dijadikan teladan.
Ini kerana lima tahun lalu dia merupakan insan lemah yang merasakan dunia ini gelap buat sementara apabila dikesan menghidap barah mata.
Detik hitam itu masih dirasakan hingga kini. Sesekali Zaiton menitiskan air mata kerana tidak dapat membendung kesedihannya apabila bercerita mengenai penyakit yang mampu menggelapkan masa depannya itu.
Lebih mesra dengan panggilan Kak Ton, dia terdiam seketika apabila diminta untuk mengingatkan kembali saat yang merubah dirinya sehingga kini.
Pada masa itu, saya hanya ingat anak-anak dan suami. Bagaimana kehidupan mereka sekiranya saya pergi sebelum sempat mereka berjaya, katanya.
Bercerita lanjut, dia yang pada masa itu berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Pada tahun 2004 dia menjalani pemeriksaan kesihatan setelah mengalami kesakitan yang amat teruk di bahagian mata.
Ini kerana kesakitan di bahagian mata itu selalu berlaku sebelum ini iaitu ketika dia masih menjadi pelajar di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Namun, sakit itu dianggap biasa dan berlarutan lebih teruk ketika dia mula bekerja sehinggalah menjadi pegawai kanan dengan pelbagai agensi kerajaan.
Katanya, mata yang dulunya merah dan berair bertukar menjadi lebih teruk lagi dengan mengeluarkan nanah sehingga memaksa suaminya, Abd. Rahim Mokhtar, 51, menemaninya melakukan pemeriksaan.
Setelah beberapa kali membuat ujian termasuk melakukan Imbasan CT (CT Scan) atau pengimejan resonans magnetik (MRI), doktor menasihatinya membuat pembedahan bagi melihat sejauh mana penyakit itu merebak.
Sekali lagi Kak Ton tersentak apabila diberitahu bahawa mata itu terpaksa dikeluarkan bagi melihat sama ada pigmen kanser itu sudah merebak ke bahagian otak atau sebaliknya.
Bagaimana mungkin mata saya dikeluarkan. Hati saya mula berdebar-debar kerana tidak tahu apakah nasib mata saya ini. Namun, jika tidak dilakukan pembedahan itu, saya mungkin buta, ujarnya.
Pakej rawatan
Dengan jiwa yang tidak tenteram itu, Kak Ton meminta untuk menangguhkan pembedahan itu.
Bermula dari situ, dia mula mengambil sejenis pakej rawatan kesihatan asas menggunakan herba yang ditawarkan oleh sebuah syarikat jualan langsung.
Kalau orang lain menghabiskan sekotak ubat itu dalam tempoh sebulan, Kak Ton mampu melakukannya dalam masa sehari sahaja kerana ia mengambilnya sejam bagi satu paket.
Alhamdulillah ubat itu mula menunjukkan kesannya apabila matanya mula mengeluarkan nanah, darah dan bisa bagi menghilangkan kesakitan pada matanya.
Ekoran kesan positif yang diterimanya, detik hatinya makin kuat menyatakan untuk tidak melakukan pembedahan itu.
Akhirnya, semua ahli keluarganya bersetuju dengan kehendak itu dan dia nekad untuk mengerjakan umrah di tanah suci Mekah bagi mendapat petunjuk daripada-Nya.
Kuasa Allah mengatasi segalanya. Sepanjang dua minggu berada di Mekah, Kak Ton tidak pernah mengalami sebarang komplikasi terhadap matanya itu sebaliknya dia diberi petunjuk kerana dapat membaca al-Quran dengan jelas.
Sekembalinya dari Mekah dia pergi berjumpa doktor dan memeranjatkan apabila dimaklumkan bahawa pigmen kanser matanya itu statik (mati). Dengan kata lain, dia tidak perlu lagi melakukan pembedahan.
Ketika ditemui di kedainya di Pengkalan Chepa di sini, Kak Ton mampu tersenyum kerana berjaya melawan penyakit berkenaan sekaligus menyebabkan dia terlibat secara langsung dengan produk yang sedikit sebanyak menyembuhkan penyakitnya itu.
Mungkin secara kebetulan atau atas kehendak Tuhan, Zaiton yakin pengalamannya boleh dijadikan teladan kepada orang lain yang mengalami nasib sepertinya.
Saya ingin menawarkan pelbagai pakej melalui produk itu untuk membantu mereka yang memerlukan, katanya yang kini bertindak sebagai Pengurus Agensi Zamrud bagi syarikat berkenaan yang menjadi antara pengedar yang mempunyai jualan tertinggi di Kelantan.
No comments:
Post a Comment