Wednesday, November 25, 2015

YB DR DAROYAL ALWI WROTE:

Assalam..
Saya nak kongsi very good tips - bagi yg terbangun dari tidur utk buang air...... baca ya!
Penting untuk diambil perhatian!!!

Tiga kali (1/2)

Para pakar selalu berpesan:

Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Kenapa penting?

3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death)

Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal.

Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal?

Penyebabnya adalah ketika bangun malam utk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat.
Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Kenapa "3 x 1/2 minit" amat

penting?

Kerana pattern ECG .(Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil contohnya, pattern ECG itu boleh berubah.

Kerana dgn bangun secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan kekurangan darah.

Dinasihatkan untuk mengamalkan amalan "3 kali 1/2 minit" ini, iaitu:

1. Bila terbangun drpd tidur jgn terus turun dari katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit;

2. Duduk di katil utk tempoh 

1/2 minit;

3. Turunkan kaki, duduk di tepi katil utk tempoh 1/2 minit.

Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan, mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yg sering kita dengar.

Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini drp dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bangun tengah malam utk buang air kecil, di bilik mandi tiba2 terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh, akibatnya dia skrg mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dri katil, punggunnya mengalami luka2 dikubitus..

Seandainya dia mengetahui perkara ini, beliau tidak seharusnya menderita seperti kini.

Share utk org2 yg kita syg utk menghindari perkara2 seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.

Sharing is Caring. Kalau yg dah tahu anggap sebagai refresher. Terutama yg lahir tahun 60.

Monday, November 23, 2015

PASLI BANTU SEIMBANGKAN HORMON WANITA


Parsli bukan sahaja sekadar penghias dalam masakan namun herba yang dikenali dengan nama botaninya Petroselinum Crispum ini ditanam disebabkan sifat-sifat penyembuhannya sebelum ia digunakan sebagai penghias dan rempah dalam masakan.

Daun dan akar pasli dikatakan menganddungi lebih kandungan besi, folat dan kaya dengan vitamin A,B,C ,K serta mineral sulih.

Herba ini tidak mengandungi kolestrol. Namun ia kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral dan serat pemakanan yang dikatakan mempu membantu mengawal kolestrol dalam darah, mencegah sembelit, melindungi tubuh daripada radikal bebas dan kanser.

Kandungan klorofil dalam parsli amat hebat kerana ia dikatakan mampu membantu mengekang pertumbuhan bakteria jahat disebabkan sifat-sifat anti bakteria yang terdapat di dalamnya.

Dikatakan juga dengan mengambil daun parsli setiap hari ia mampu membantu dalam mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan risiko berkaitan dengan tekanan darah tinggi seperti hipertensi.

Selain itu, menurut kajian parsli amat berguna untuk wanita kerana pengambilannya mampu memperbaiki keseimbangan hormon wanita dan juga membaiki perembesan estrogen. Herba ini juga berguna dalam membantu masalah-masalah hormon seperti sindrom prahaid, menopous atau kitaran haid tertangguh. Selain itu parsli dikatakan berguna dalam melegakan kekejangan semasa kitaran haid.

Minyak yang diekstrak daripada parsli digunakan untuk rawatan rambut gugur dan kekeringan pada kulit. Dikatakan dengan menyapu minyak ini setiap hari mampu memperbaiki pertumbuhan rambut dan menjadi kulit bertambah lembut.

Jus parsli dikatakan tonik baik untuk pembuluh darah dan arteri. Namun begitu, jus mentah amat kuat dan tidak boleh diambil dalam kuantiti lebih daripada satu atau dua auns pada satu masa melainkan ia dicampurkan dengan kuantiti jus lobak merah atau jus lain dengan secukupnya.
Walaupun terdapat banyak kebaikan herba parsli, penggunaannya untuk tujuan perubatan perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu .

Sunday, November 1, 2015

FAEDAH PERUBATANBUNGA CENGKIH

Kajian tentang cengkih (nama saintifik: Syzygium aromaticum) mendapati ia merupakan sumber anti-oksidan semulajadi yang terbaik. Cengkih digunakan terutama dalam masakan mempunyai ciri-ciri pengubatan yang digunakan dalam perubatan Cina, perubatan Ayurveda dan pengamal² herba di Barat. 

Kajian kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) atau Kapasiti Penyerapan Radikal Oksigen mendapati cengkih mengandungi 314,446 µmol TE/100g (micromol Trolox Equivalent per 100 grams), iaitu kapasiti anti-oksidan di dalam makanan. Lebih tinggi kapasiti anti-oksidan dapat membantu melawan sel kanser dan lain-lain penyakit. 

Antioksidan melindungi sel-sel anda terhadap tekanan oksidatif daripada kerosakan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul oksigen yang sangat reaktif dalam sel-sel anda, yang tercipta sebagai hasil sampingan daripada metabolisme anda; lebihan radikal bebas adalah dianggap sebagai punca utama proses penuaan.

Melindungi diri anda daripada radikal bebas dengan antioksidan adalah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan risiko masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan. Faedah antioksidan termasuk perlindungan yang kuat terhadap semua jenis penyakit degeneratif seperti kanser, penyakit jantung, kencing manis, arthritis, penyakit Alzheimer, dan banyak lagi.

KESAN SAMPINGAN MAUT AKIBAT PRESKRIPSI MENINGKAT

Mereka yang mengambil ubat-ubat dadah berjadual tidak dapat lari dari kesan-kesan sampingan yang sama ada ia tidak serius atau boleh membawa maut.

Laporan tindak balas buruk kepada ubat-ubatan preskripsi meningkat 9.4 peratus pada tahun 2011, menurut sebuah badan bebas yang memantau amalan ubat selamat. Laporan Quarterwatch (ismp.org) mendapati 179,855 reaksi dadah diklasifikasikan sebagai serius atau maut, peningkatan lebih 15,000 dari tahun 2010.   
  • Pengilang perlu melaporkan kesan buruk yang mereka ketahui kepada FDA
  • Hanya 1 hingga 10 peratus daripada kesan-kesan buruk yang dilaporkan kepada FDA
  • Syarikat-syarikat dadah bertanggungjawab jika mereka tidak memberi amaran sepatutnya terhadap kesan sampingan yang berpotensi
Reaksi buruk

Serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok dan kematian - itulah bahaya dalam dunia perubatan preskripsi hari ini. Setiap tahun berjuta-juta orang menghadapi kesan sampingan daripada pil-pil canggih dan berbagai terapi yang mereka jalani demi menangani pelbagai masalah kesihatan.

Mengikut undang-undang, pengeluar dadah mesti melaporkan kepada FDA sebarang kesan sampingan terhadap dadah mereka yang sampai ke pemerhatian mereka, sama ada dari aduan pesakit, tuntutan mahkamah atau hanya menyebut di Twitter. Pengguna dan doktor juga boleh melaporkan kesan buruk kepada FDA. Menggunakan angka-angka tersebut, Quaterwatch menyusun laporan semua kesan sampingan yang serius dan negatif yang dibuat kepada FDA pada tahun 2011, mendapati bahawa laporan telah meningkat hampir 10 peratus berbanding tahun 2010.

Sepuluh ubat-ubatan dengan kesan-kesan buruk adalah Pradaxa, Coumadin, Levaquin, carboplatin, Zestril, cisplatin, Zocor, Cymbalta, Cipro dan Bactrim. Jika anda mengambil mana-mana ubat di atas dan mengalami kesan sampingan yang serius, yakinlah  bahawa anda tidak keseorangan. Malah, pakar-pakar dadah berhujah bahawa hanya satu hingga 10 peratus daripada kesan buruk yang dilaporkan kepada FDA, bermakna kesan sampingan negatif adalah lebih meluas daripada laporan Quaterwatch. "Kami kehilangan  99 hingga 90 peratus laporan kesan buruk", kata Thomas Lamb, seorang peguam di North Carolina yang menguruskan sebuah blog tentang berita dadah preskripsi.

SENAMAN HARIAN TURUNKAN RISIKO KANSER PAYUDARA

perempuan-bersenamWanita yang melakukan senaman dengan bersungguh-sungguh selama 30 hingga 60 minit setiap hari mempunyai kurang kemungkinan untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang tidak aktif secara fizikal.

Bantuan Kanser Jerman, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Bonn menyatakan kajian telah menunjukkan bahawa senaman yang kerap dan bersungguh-sungguh sangat berfaedah. Dinyatakan juga bahawa mereka yang bersenam dengan kerap meningkatkan metabolisme mereka dan memperkasakan sistem imun mereka, dengan itu, membantu tubuh mereka memperbaiki diri sendiri. Tambahan pula senaman dapat menghalang keradangan yang dipercayai akan mencetuskan kanser.

Wanita yang aktif secara fizikal juga berkemungkinan tidak mempunyai berat badan berlebihan – ini juga akan membantu menghindari kanser payudara, kata Bantuan Kanser Jerman. Ia menambah mereka yang aktif secara fizikal umumnya mempunyai gaya hidup yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak aktif.

Mereka makan lebih diet seimbang, biasanya tidak merokok, kurang minum minuman beralkohol dan menghabiskan lebih banyak masa di luar rumah.

RAWATAN GOUT: HANYA DENGAN AIR

Gout disebabkan pengumpulan kristal asid urik berlebihan berpunca dari diet yang biasanya menyerang bahagian sendi. Mayoclinic.org, laman web untuk golongan professional dalam bidang perubatan konvensional tidak langsung menyebut bahawa gout berpunca dari diet tetapi menyatakan golongan lelaki lebih mudah mendapat gout berbanding wanita. 

Kristal asid urik biasanya terlerai di dalam darah dan keluar bersama air kencing. Kristal asid yang bersifat tajam menyebabkan keradangan pada bahagian yang diserang. Keradangan itu akan menyebabkan pesakit merasa amat sakit. Kebiasaannya, doktor akan memberi ubat ibuprofen atau colchicine mengikut keadaan pesakit. Ubat-ubat ini bekerja untuk mengurangkan kesakitan dan mengawal keradangan. Bagaimanapun, ubat ini boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit. Antaranya ialah seperti cirit-birit, muntah, lemah kebolehan utk melawan jangkitan, strok, serangan jantung, pendarahan dalam perut dan kehadiran darah di dalam air kencing. 

Menurut laman web drugs.com, colchicine bukanlah ubat untuk arthritis atau gout, dan ia tidak akan menghalang penyakit-penyakit ini dari berkembang. Menurut laman web itu lagi, Colchicine juga tidak boleh digunakan sebagai ubat rutin untuk lain-lain keadaan.