Parsli bukan sahaja sekadar penghias dalam masakan namun herba yang dikenali dengan nama botaninya Petroselinum Crispum ini ditanam disebabkan sifat-sifat penyembuhannya sebelum ia digunakan sebagai penghias dan rempah dalam masakan.
Daun dan akar pasli dikatakan menganddungi lebih kandungan besi, folat dan kaya dengan vitamin A,B,C ,K serta mineral sulih.
Herba ini tidak mengandungi kolestrol. Namun ia kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral dan serat pemakanan yang dikatakan mempu membantu mengawal kolestrol dalam darah, mencegah sembelit, melindungi tubuh daripada radikal bebas dan kanser.
Kandungan klorofil dalam
parsli amat hebat kerana ia dikatakan mampu membantu mengekang
pertumbuhan bakteria jahat disebabkan sifat-sifat anti bakteria yang
terdapat di dalamnya.
Dikatakan juga dengan mengambil daun parsli setiap hari ia mampu membantu dalam mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan risiko berkaitan dengan tekanan darah tinggi seperti hipertensi.
Selain itu, menurut kajian parsli amat berguna untuk
wanita kerana pengambilannya mampu memperbaiki keseimbangan hormon
wanita dan juga membaiki perembesan estrogen. Herba ini juga berguna
dalam membantu masalah-masalah hormon seperti sindrom prahaid, menopous
atau kitaran haid tertangguh. Selain itu parsli dikatakan berguna dalam
melegakan kekejangan semasa kitaran haid.
Minyak yang diekstrak
daripada parsli digunakan untuk rawatan rambut gugur dan kekeringan pada
kulit. Dikatakan dengan menyapu minyak ini setiap hari mampu
memperbaiki pertumbuhan rambut dan menjadi kulit bertambah lembut.
Jus parsli dikatakan tonik baik untuk pembuluh darah dan arteri. Namun
begitu, jus mentah amat kuat dan tidak boleh diambil dalam kuantiti
lebih daripada satu atau dua auns pada satu masa melainkan ia
dicampurkan dengan kuantiti jus lobak merah atau jus lain dengan
secukupnya.
Walaupun terdapat banyak kebaikan herba parsli,
penggunaannya untuk tujuan perubatan perlu mendapat nasihat daripada
pengamal perubatan terlebih dahulu .
No comments:
Post a Comment