Adakah anda mengalami masalah darah tinggi, kolesterol tinggi, perut buncit gout dan kencing manis. Ini mungkin berpunca daripada pengambilan fruktosa yang berlebihan dalam pemakanan seharian kita tanpa kita sedari.
Fruktosa adalah sejenis gula yang terdapat dalam buah-buahan dan juga tebu. Fruktosa yang dimakan dalam buah-buahan tidaklah berisiko tinggi kepada kesihatan kerana ianya diserap secara beransur-ansur dan diproses dalam hati secara perlahan-lahan disebabkan kandungan serat yang tinggi. Buah-buahan juga mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah.
Terdapat juga beberapa jenis buah-buahan yang mempunyai kandungan fruktosa yang lebih tinggi tetapi kandungan seratnya rendah seperti rambutan, anggur, durian, duku, manggis dan sebagainya. Buah-buahan yang mempunyai serat yang lebih tinggi dan fruktosa yang lebih rendah seperti buah jambu batu, oren, limau, epal, pear, mangga muda dan lain-lain lagi.
Jus tinggi dengan fruktosa
Industri pemakanan menggunakan fruktosa yang banyak dalam hampir semua makanan proses yang manis. Fruktosa digunakan dalam pelbagai makanan yang ada dipasaran sekarang iaitu gula pasir dan sirap jagung tinggi fruktosa atau HFCS (high fructose corn syrup). Ianya selalu diambil secara berlebihan tanpa kita sedari kerana ianya diletakkan dalam kebanyakan makanan dan minuman proses yang dijual dipasaran sekarang. Cuba kita baca pada label yang ada pada bungkusan pelbagai jenis makanan dan minuman proses dipasaran, sudah pasti kita akan berjumpa dengan istilah HFCS.
Gula Pasir
Gula pasir yang di proses daripada tebu mempunyai nisbah glukosa dan fruktosa yang sama banyak iaitu 50%. Untuk HFCS biasanya nisbah fruktosanya adalah 60% dan glukosanya 40% . HFCS juga mempunyai pelbagai nisbah bagi fruktosanya dengan glukosa dari 70% sehingga 90%. Disebabkan kandungan fruktosa yang lebih ini maka HFCS adalah 3 kali lebih manis dari gula pasir, oleh kerana itu ianya banyak digunakan dalam pelbagai jenis makanan atau minuman sebagai pemanis.
Hidup dalam zaman moden sekarang kebanyakan kita lebih mudah mengambil makanan dan minuman segera yang banyak dipasaran sekarang. Kita makan atau minum atas dasar ‘ambil mudah’ maksudnya apa yang senang kita perolehi dalam waktu yang singkat tanpa kita bersusah payah menyediakan makanan atau minuman tersebut. Jika kita terlalu banyak makan atau minum makanan atau minuman dari jenis ini , maka kita akan mengambil fruktosa secara berlebihan tanpa kita sedari. Seiring dengan kemajuan sesuatu negara, berlaku perubahan corak pemakanan dimana ramai yang mengambil makanan segera yang tinggi dengan gula .
Di USA berlaku peningkatan sehingga 1000% dari tahun 1970 hingga tahun 1990 penggunaan HFCS dalam makanan. Di Malaysia tidak kurang impaknya sejak negara kita semakin maju dan semakin ramai rakyat kita yang kaya dan lebih ramai surirumah yang berkerja.
Kajian menunjukkan pengambilan fruktosa berlebihan adalah punca kepada masalah berat badan berlebihan, perut buncit, rintangan insulin, kolesterol tinggi dan darah tinggi yang secara kolektifnya dipanggil sebagai sindrom metabolik atau sindrom X. Sindrom metabolik ini meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga 50% lebih tinggi dari populasi biasa. Pemakanan yang tinggi dengan fruktosa akan menyebabkan selera bertambah dan menjadi punca kepada masalah obesiti dan berlebihan berat badan.
Kajian menunjukkan pengambilan fruktosa berlebihan adalah punca kepada masalah berat badan berlebihan, perut buncit, rintangan insulin, kolesterol tinggi dan darah tinggi yang secara kolektifnya dipanggil sebagai sindrom metabolik atau sindrom X. Sindrom metabolik ini meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga 50% lebih tinggi dari populasi biasa. Pemakanan yang tinggi dengan fruktosa akan menyebabkan selera bertambah dan menjadi punca kepada masalah obesiti dan berlebihan berat badan.
Di antara punca hati berlemak adalah Gula
Menurut Dr Robert Lustig yang merupakan seorang pakar metabolisma dari University of California menggelarkan fruktosa sebagai ‘toksin manis’ kerana fruktosa berlebihan mengakibatkan masalah hati berlemak (fatty liver), fruktosa menyebabkan selera bertambah, fruktosa mengakibatkan peningkat proses glycation yang menghasilkan AGE (advance glycation end product).
Kajian mendapati punca kepada masalah hati berlemak atau Non Alcoholic Fatty Liver Disease(NAFLD) adalah berpunca daripada pengambilan fruktosa yang berlebihan. Ini adalah kerana hati menukarkan fruktosa kepada lemak dengan cepat didalam hati dan ia akan berkumpul didalam hati disamping itu berlaku juga peningkatan paras kolesterol LDL yang merbahaya kepada kesihatan jantung....
Nak baca lagi....bolehlah dapatkan buku ini..
**Ini adalah sedikit daripada tulisan didalam buku 'GULA RACUN PUTIH?' yang ditulis oleh saya...Jika ingin membaca sepenuhnya tentang bahaya GULA kepada kesihatan, dapatkan buku ini terus daripada saya..Insyaallah
Boleh mesej 0176602508 untuk mendapatkan buku ini..
No comments:
Post a Comment