Perahan jus limau kasturi atau nama saintifiknya Citrus Microcarpa
memang diakui mampu menambah keenakan rasa sesetengah minuman dan
masakan Namun, keistimewaannya tidaklah terhenti setakat itu. Sebenarnya
banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.
Ini
kerana bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi pun boleh anda
gunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti asma, sakit tekak
dan juga pening kepala.
Selain itu, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.
6 Khasiat Limau Kasturi Untuk Kesihatan.
1. Mengurangkan Asma
Ambil
sesudu madu kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.
Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya
pada bila-bila masa walaupun ketika tidak mengalami asma.
2. Melangsingkan Tubuh
Perahan
limau kasturi yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap
hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam,
kesannya lebih cepat.
3. Ubat Kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir.
Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi.
Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
4. Ubat Pening Kepala
Ambil
sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya kemudian,
picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda
menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia dipicit.
5. Atasi Masalah Ketiak Berbau
Ambil
beberapa biji limau kasturi, kemudian potong kepada 2 bahagian.
Ramaskan limau kasturi itu kebahagian ketiak anda beberapa kali dan
bilas sehingga bersih. Amalkan beberapa kali seminggu.
6. Ubat Demam
Petik
2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air.
Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam.
Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
MANFAAT LIMAU KASTURI
Tiada
siapa menyangka dengan saiz yang kecil, buah limau kasturi sebenarnya
mempunyai khasiat yang lebih tinggi dan lebih banyak berbanding sebiji
epal hijau.
Perahan jus limau kasturi bukan sahaja mampu menambah
keenakan rasa dalam masakan dan minuman, malah ia juga dapat membantu
merawat pelbagai penyakit seperti batuk, sakit tekak, pening kepala dan
sebagainya.
Khasiatnya tidak terhenti di situ sahaja, limau
kasturi juga banyak digunakan untuk tujuan kecantikan misalnya dijadikan
sebagai bahan untuk mengatasi masalah badan berbau, mengurangkan
masalah kelemumur dan menguruskan badan.
Bahan aktif di dalam limau kasturi amat jarang ditemui dalam limau-limau lain.
Floretin-G
Limau
jenis ini tergolong dalam kumpulan dihidro-kalkon dan hadir dengan
salah satu komponen berkhasiat yang dipanggil Floretin-G.
Floretin
biasanya didapati di dalam buah epal, sebahagian limau tropika dan teh
rooibos, namun kajian mendapati bahan floretin banyak terdapat pada
bahagian tertentu pada limau kasturi.
Menurut pakar pemakanan,
bahan floretin-G juga boleh dijumpai di dalam epal hijau dan kombinasi
antara bahan floretin bersama asid ferulic telah dijual di pasaran
antarabangsa sebagai bahan kosmetik anti kedut dan pemutih wajah
semulajadi.
Kuantiti Floretin-G yang diekstrak didapati telah
meningkat jika dirawat menggunakan campuran enzim terpilih malah, bahan
floretin-G juga stabil pada suhu dan tekanan tinggi.
Kajian
jangka hayat minuman limau kasturi juga menunjukkan kandungan floretin-G
masih stabil walaupun telah disimpan selama 18 bulan pada suhu bilik
selain pelbagai ujian termasuk sensori dan penerimaan pengguna terhadap
produk minuman ini telah dijalankan.
Antioksidan
Kajian
preklinikal ke atas produk ini juga menunjukkan ia boleh menstabilkan
sel darah merah, menurunkan trigliserida dan kreatinin.
Hasilnya, ramai yang menyukai minuman limau kasturi kerana rasanya kurang pahit selain penuh dengan khasiat semulajadi.
Antara
bahan penting dalam produk makanan dan minuman kesihatan adalah bahan
antioksidan yang boleh merencatkan (tetapi tidak menghalang sepenuhnya)
pengoksidaan lemak, protein, karbohidrat dan asid deoksiribonukleik
(DNA).
Proses pengoksidaan tersebut disebabkan oleh kehadiran bahan radikal bebas.
Apabila
kandungan radikal bebas tinggi dalam darah, ia boleh menyebabkan
tekanan oksidatif dan fenomena ini sering dikaitkan dengan penyebab
penyakit kronik seperti kanser, darah tinggi dan kencing manis.
Sebenarnya,
keberkesanan sesuatu produk antioksidan tidak diukur dari tinggi nilai
antioksidan yang tertulis pada label semata-mata, tetapi bergantung
kepada keupayaan tubuh manusia memetabolisma atau memecahkan bahan
antioksidan kepada bahan ringkas yang dikenali sebagai asid fenolik dan
seterusnya diserap dalam badan.
Kebanyakan makanan dan minuman
yang tinggi bahan antioksidan mengambil masa yang agak lama untuk
dimetabolismekan kepada asid fenolik dalam usus besar iaitu lebih kurang
lima hingga 24 jam.
Keupayaan tubuh memetabolismekan bahan
antioksidan yang berstruktur besar juga akan berkurang dengan kehadiran
bahan matrik makanan seperti lemak dan protein.
Sebagai contoh,
jika seseorang mengambil makanan atau minuman yang tinggi kandungan
antioksidan, diikuti pengambilan bahan berlemak atau tinggi protein,
maka bahan antioksidan tidak dapat dimetabolismekan atau dipecahkan
kepada asid fenolik.
Hal ini kerana bahan antioksidan akan diikat
dengan lemak atau protein dalam perut dan tidak dapat dimetabolismekan
dalam usus besar oleh bakteria yang dikenali sebagai mikroflora.