Thursday, January 1, 2015

VITAMIN C, KOLAGEN UNTUK KULIT SIHAT

SECARA umumnya, pertambahan usia dan gejala penuaan bukan satu jenis penyakit. Ia harus diterima secara positif.

Bagi membantu mengatasi masalah wanita 40-an, pakar kecantikan menyarankan pengambilan vitamin dan kolagen.

Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imunisasi dan membantu penyerapan zink. 

Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun badan. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Menurut Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, Dr. Chin Shih Choon, vitamin C atau asid Ascorbic sangat penting untuk tubuh badan. 

"Ia larut air. Vitamin ini bukan sahaja berfungsi sebagai anti oksidan utama tetapi juga satu anti virus kuat selain berfungsi sebagai anti bakteria dan anti kulat.

"Vitamin C juga merupakan agen anti-radang dan anti histamina. Oleh itu, ia sangat berguna melawan alahan dan gangguan radang kronik. Dalam pada itu, vitamin ini membantu sintesis kolagen, pembentukan tulang dan menyahtoksik. Dalam bidang kecantikan, vitamin C popular sebagai agen anti penuaan," jelasnya yang juga Pengamal Perubatan Estetik, MJ Medical Aesthetic. 

Keperluan

Tambah Dr. Shih Choon, peningkatan usia seseorang menyebabkan manusia hilang keupayaan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri.

Pun begitu, keperluan vitamin C masih boleh diperoleh daripada makanan seperti buah limau, buah beri merah, tomato, kentang, brokoli, bunga kubis, kubis brussels, merah dan lada loceng hijau, kubis dan bayam.

Mengulas tentang kolagen, Dr. Shih Choon memberitahu, kolagen ialah sejenis protein dan bekerja bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat, licin dan anjal. 

"Apabila anda muda, anda tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen dalam badan. Sebab itulah, kita lihat kanak-kanak mempunyai rambut berkilat, cantik dan kulit licin. Seperti vitamin C, peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit menjadi kedut, kulit kusam selain timbul garisan wajah," katanya. 

Tambah beliau, kolagen boleh diperoleh daripada produk soya, sayuran hijau gelap, madu manuka, dan avokado. Makanan-makanan ini membantu untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita. Sementara itu, terdapat juga sumber iklan daripada laut seperti ikan.

"Serat kolagen berasal daripada protein yang mempunyai tahap asid amino iaitu hydroxylysine dan hidroksiprolina yang tinggi. Asid-asid amino ini penting untuk pembentukan semua jenis kolagen," katanya yang menyarankan semua golongan tua dan muda mengambil vitamin C dan kolagen.

IMPLAN DWI-STENT UNTUK JANTUNG

SITI, dalam usia 50-an, sentiasa sibuk dengan tugas beliau sebagai ketua pegawai eksekutif untuk sebuah syarikat. Terlalu sibuk hinggakan tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan diri.

Pada suatu pagi, sewaktu beliau hendak ke pejabat, Siti mengalami rasa sakit dada yang amat sangat dan akhirnya dia terus tidak sedarkan diri.

Apabila pulih dan sedar semula, Siti mendapati dirinya berada di hospital. Apakah yang telah berlaku?

"Siti, anda telah mengalami serangan jantung dan disahkan menghidap penyakit jantung koronori (CAD).

 Kami mendapati saluran darah jantung anda menjadi sempit. Anda perlu rawatan segera untuk mengelak komplikasi yang lebih teruk," terang doktor.

Arteri Siti, iaitu saluran darah yang membawa darah mengandungi oksigen keluar dari jantung untuk mengalir ke seluruh badan menjadi sempit disebabkan pembentukan plak pada bahagian dalam dinding arteri.

Halangan ini menyebabkan kekurangan pengaliran darah yang membawa oksigen ke jantung, mengakibatkan sakit dada, degupan jantung tidak tetap (arrhythmias), serangan jantung dan mungkin maut.

Untuk merawat CAD, stent membebaskan ubat (perancah) dimasukkan ke dalam saluran darah. 

"Implan ini direka khas bagi membantu melebarkan saluran darah untuk pengaliran darah yang lebih lancar ke jantung," jelas Profesor Madya Jabatan Kardiologi, Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Sazzli Kasim.

Bercerita lanjut tentang statistik terkini penyakit jantung, 

PERIA BERSIHKAN DARAH

Sebut sahaja peria , pastinya ramai yang membayangkan kepahitannya. Bak kata orang tua yang pahit itulah ubat. Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia diakui sejak zaman dahulu lagi akan khasiatnya dalam perubatan tradisional berasaskan herba.

Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria ‘katak’ yang bersaiz lebih kecil.

Kebiasaannya, pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.

Sayur peria amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat. 

Bagi mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak. 

Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu. 

Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.

Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang. 

APRIKOT VITAMIN B17I: SINAR BARU PENDERITA KANSER


UMUM mengetahui kanser adalah antara penyakit kronik yang amat digeruni oleh manusia seantero dunia. Terdapat lebih daripada 100 jenis kanser dan lima yang utama antaranya ialah kanser paru-paru, perut, hati, kolorektal dan tidak ketinggalan juga kanser payudara yang kekal sebagai pembunuh utama wanita apabila terdapat 1.05 juta kes setiap tahun di seluruh dunia. Menurut WHO, potensi untuk mendapat kanser boleh dicegah sebanyak 30% jika masyarakat memberhentikan penggunaan tembakau dan alkohol, mengamalkan diet yang seimbang dan menjalani gaya hidup aktif dan sihat. 

Kita sering mendengar pepatah "mencegah lebih baik daripada mengubati." Namun realitinya, seringkali berlaku di mana pesakit kanser hanya menyedari bahawa mereka menghidap kanser apabila sudah berada di tahap 4. Gejala-gejala awal kanser sering diabaikan oleh pesakit kerana menganggap simptom tersebut akan hilang dengan sendirinya. Seharusnya, mereka perlu membuat pemeriksaan awal bagi mendapatkan kepastian seperti menjalani ujian kolonoskopi, mammogram, Prostate-Specific Antigen (PSA) dan sebagainya.


BAGAIMANA VITAMIN B17 MEMBANTU?B17 boleh didapati pada 1200 jenis tumbuh-tumbuhan terutamanya biji aprikot. Nutrien terpenting dalam biji aprikot ialah Amygdalin atau Laetrile yang juga dikenali sebagai Vitamin B17. B17 bertanggungjawab memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui perkumuhan. Berdasarkan buku yang bertajuk "World without Cancer", tulisan G. Edward Griffin, biji aprikot mentah mempunyai kepekatan B17 yang tertinggi jika dibandingkan dengan biji-biji buah yang lain. Vitamin B17 mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan badan serta meningkatkan tahap kecerdasan kesihatan seseorang individu. Malangnya, menurut Dr. Micheal Tait dari Australia, terdapat bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan pengambilan vitamin B17 dalam makanan seharian kita yang merupakan penyebab utama seseorang berisiko mendapat kanser. 

KHASIAT KACANG BENDI

1. Sayur kacang bendi terkenal sebagai sayur tambahan dalam masakan kari atau pun asam pedas. Ada orang kurang menggemari sayur bendi kerana lendir yang ada di dalamnya.

2. Namun terdapat banyak khasiat tersembunyi di dalam sayur ini. Buahnya dikatakan mampu membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan dan kecerdasan.

3. Sementara biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkak atau radang.

4. Bahkan ada orang mengamalkan makan bendi kerana dikatakan mampu mengurangkan masalah sukar bersalin.

5. Air rebusan biji,akar, serta bunganya boleh dijadikan ubat pada pelbagai kudis dan bisul. Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong. Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit.

6. Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.

7. Dikatakan kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis. Caranya ialah dengan mengambil dua biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu.
 
 
 
 
 


Selamat mengamalkan.
#petua
sumber : pama.karangkraf.com