UMUM mengetahui kanser adalah antara penyakit
kronik yang amat digeruni oleh manusia seantero dunia. Terdapat lebih
daripada 100 jenis kanser dan lima yang utama antaranya ialah kanser
paru-paru, perut, hati, kolorektal dan tidak ketinggalan juga kanser
payudara yang kekal sebagai pembunuh utama wanita apabila terdapat 1.05
juta kes setiap tahun di seluruh dunia. Menurut WHO, potensi untuk
mendapat kanser boleh dicegah sebanyak 30% jika masyarakat
memberhentikan penggunaan tembakau dan alkohol, mengamalkan diet yang
seimbang dan menjalani gaya hidup aktif dan sihat.
Kita sering mendengar pepatah "mencegah lebih baik daripada
mengubati." Namun realitinya, seringkali berlaku di mana pesakit kanser
hanya menyedari bahawa mereka menghidap kanser apabila sudah berada di
tahap 4. Gejala-gejala awal kanser sering diabaikan oleh pesakit kerana
menganggap simptom tersebut akan hilang dengan sendirinya. Seharusnya,
mereka perlu membuat pemeriksaan awal bagi mendapatkan kepastian seperti
menjalani ujian kolonoskopi, mammogram, Prostate-Specific Antigen (PSA)
dan sebagainya.
BAGAIMANA VITAMIN B17 MEMBANTU?B17 boleh didapati
pada 1200 jenis tumbuh-tumbuhan terutamanya biji aprikot. Nutrien
terpenting dalam biji aprikot ialah Amygdalin atau Laetrile yang juga
dikenali sebagai Vitamin B17. B17 bertanggungjawab memusnahkan sel asing
dan mengeluarkannya melalui perkumuhan. Berdasarkan buku yang bertajuk "World without Cancer",
tulisan G. Edward Griffin, biji aprikot mentah mempunyai kepekatan B17
yang tertinggi jika dibandingkan dengan biji-biji buah yang lain.
Vitamin B17 mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan badan
serta meningkatkan tahap kecerdasan kesihatan seseorang individu.
Malangnya, menurut Dr. Micheal Tait dari Australia, terdapat bukti kukuh
bahawa berlaku pengurangan pengambilan vitamin B17 dalam makanan
seharian kita yang merupakan penyebab utama seseorang berisiko mendapat
kanser.
Vitamin B17 merupakan agen kimoterapi semulajadi. Ia terdiri daripada
glukosa, sianida dan benzaldehyde. Sianida dan benzaldehyde adalah
bersifat racun. Namun dalam Vitamin B17, ia terkunci rapat dan tidak
membahayakan. Ikatan ini hanya boleh dipecahkan dengan kehadiran enzim
Beta-Glucosidase. Enzim ini hanya boleh didapati pada sel kanser.
Apabila Vitamin B17 berada dalam tubuh badan, ia akan meliputi sel-sel
kanser dan seterusnya enzim ini akan menguraikan Vitamin B17 kepada
elemen Sianida, Benzaldehyde dan Glukosa. Elemen Sianida dan
Benzaldehyde ini akan membunuh sel kanser tersebut. Lebihan Vitamin B17
akan ditukar kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang
terdapat pada tubuh badan.
VITAMIN B17-KELEBIHAN KEPADA PENGAMALNYAKajian
mengenai keberkesanan Vitamin B17 telah pertama kali dilakukan oleh
seorang pakar Biokimia yang berdedikasi Dr. Ernest T. Krebs pada tahun
1950. Kajian susulan juga dilakukan oleh pakar kanser Jerman, Dr. Dean
Burk di mana di dalam pemerhatian beliau di bawah mikroskop, Vitamin B17
telah dimasukkan ke dalam sel kanser dan mendapati sel-sel kanser
tersebut mati dengan cepat sekali. Selain itu, penemuan ini turut
mendapat perakuan daripada beberapa saintis perubatan yang lain.
Antaranya, Dr. Hans Nieper iaitu seorang pakar kanser dari Jerman Barat.
Melalui pengalaman beliau selama 20 tahun, beliau mendapati B17 sangat
berkesan sebagai langkah pencegahan kanser dan beliau turut mengakui
tiada vitamin lain melainkan B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser.
Penaung kepada produk Farmas Health, Profesor Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa,
seorang pakar perubatan berpengalaman dan bekas Ketua Jabatan Anatomi
di Fakulti Perubatan UKM mengakui biji aprikot mengandungi kandungan
Vitamin B17 paling tinggi berbanding dengan tumbuhan lain serta mampu
meningkatkan tahap kesihatan dan seterusnya membantu dalam mengurangkan
risiko mendapat penyakit-penyakit kronik metabolik. Walaubagaimanapun,
beliau tidak menggalakkan pengambilan biji aprikot yang mentah kerana
dikhuatiri terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu
proses penghantaran dan penyimpanan. Ini boleh menyebabkan keracunan
terhadap tubuh badan. Beliau menggalakkan pengambilan biji aprikot yang
telah diproses dan dikapsulkan daripada 100% biji aprikot terpilih
mengikut piawaian teknologi farmaseutikal yang tinggi melalui
penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro
Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa
Kawalan Dadah.
Kelebihan Vitamin B17 telah berjaya dibuktikan oleh masyarakat Hunza
di Pakistan. Mereka juga menjadikan buah dan biji aprikot sebagai diet
utama mereka. Dari bijinya, dihasilkan minyak masak dan losyen muka.
Inilah faktor yang menyebabkan kaum ini mempunyai purata umur sehingga
100 tahun.
Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa berkata,
"Aprikot yang kaya dengan vitamin B17 dapat membantu merencatkan
perkembangan sel abnormal dan sekaligus mengekalkan perkembangan sel
sihat di dalam tubuh badan." Salah seorang pesakit kanser iaitu Pn Nur
Akhma Nordin, 67 tahun telah disahkan menghidap kanser kulit yang kronik
pada 2004. Walaupun telah menjalani rawatan konvensional, namun tiada
sebarang perubahan. Pada 2005, beliau akhirnya membuat keputusan untuk
mengambil aprikot vitamin B17 sebagai langkah alternatif. Selang
beberapa bulan, kanser pada muka beliau bertukar kemerahan serta
beransur sembuh dan kesakitannya turut hilang.
No comments:
Post a Comment