Sebelum ni saya ada bercerita pasal stres dan impaknya ke atas
kesihatan kita. Hari ni saya nak berkongsi kisah yang diceritakan oleh
anak saya.
Mengikut anak saya, kawannya Mat (bukan nama sebenar) telah
kehilangan bapa disebabkan oleh stres. Mat beritau yang ayahnya selalu
murung. Dia sering mengadu tentang bosnya – yang baginya adalah seorang
yang tidak berperi kemanusian, suka menyusahkan anak buah, tidak
bertimbang rasa, pemarah dan bermacam-macam lagi label yang tidak baik.
Pada petang yang malang tu ayah Mat tak henti-henti komplen pasal bos
dia. Dia kata dia tak tahan lagi dengan perangai bosnya. Tak lama lepas
tu ayah Mat pengsan, mulutnya berbuih-buih. Dia dikejarkan ke hospital
dan disahkan meninggal dunia ketika sampai di sana.
Jadi saya mengingatkan diri saya, dan saudara sekalian, supaya tidak
perlu emosional dalam soal kerja. Apa yang penting adalah kita
laksanakan tanggungjawab kita sebaik mungkin dan berpuas hati dengan apa
yang berjaya dicapai. Segala kekurangan akan diteliti dan
ditambahbaik dari masa ke semasa. Kalau bos nak marah, marahlah. Jika
ada peluang, bertanyalah apa yang dia tak puas hati. Sekurang-kurangnya
dapatlah kita membantu bos menurunkan tekanan darahnya yang sedang naik,
kumpul pahala!!! Kita tak perlu ambil kisah sangat apa orang kata
kepada kita. Tak kiralah bos atau siapa. Kata-kata mereka akan mengguris
hati kita atau membuat kita stres hanya kalau kita membenarkannya.
Ianya terjadi bila kita mula bayangkan apa yang akan berlaku akibat
kata-kata atau marah tersebut. Bagus juga dengar lagu “Don’t worry, be
happy”.
No comments:
Post a Comment