Sunday, January 4, 2015

AZAM TAK PERLU TUNGGU TAHUN BAHARU

Tempoh waktu yan diberikan Allah SWT yang Maha Mengetahui kepada seseorang hamba-Nya di dunia ini adalah berbeza-beza. Ada yang dikurniakan umur panjang, sesetengahnya pula kembali kepada Maha Pencipta pada waktu usia muda.

Setiap hari dan detik waktu yang diberkan Allah adalah anugerah kepada seseorang kerana ia satu kesempatan masa untuk terus menambah amal dan ilmu.

Terserah kepada kita sama ada merebut peluang waktu itu dengan sebaiknya untuk mengumpul pahala dengan amal kebaikan sebanyaknya atau sebaliknya melepaskan peluang itu dengan amalan yang merugikan dunia dan akhirat.

Melangkah ke tahun baharu, menjadi kebiasaan kepada kita mendengar persoalan apakah azam tahun baharu yang ingin dicipai. Ramai yang akan menympan azam tertentu dan sesungguhnya perkara itu sangat baik kerana menunjukkan manusia memiliki keazaman untuk berusaha dan bertawakkal bagi memperbaiki diri, sejajar dalam ajaran Islam.

Perkara ini dibicarakan dalam rancangan Pesona D'Zahra di Ikimfm oleh Ustaz Muhamad Abdullah Al Amin Isnin lalu.

menerusi rancangan itu, beliau menyatakan setiap manusia perlu cita-cita menjadi orang yang soleh dan lebih baik pada setiap hari serta masa.

Berusaha perbaiki diri

Menyimpan azam dan berusaha untuk memperbaiki diri itu akan menjadi lebih mudah jika usaha itu dipandu dengan syarat tertentu. Terdapat lima syarat boleh diikuti dalam usaha menjadi orang soleh dan lebih baik.

Iman iaitu percaya kepada Allah SWT menerusi ucapan kesaksian terhadap Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhamad SAW sebagai pesuruh Allah dengan mengucapkan dua kalimah syahadah. Di dalam kalimah itu ada perkataan disebut 'ilah' yang juga merujuk kepada 99 nama Allah.

Justru apabila kita mengucapkan kalimah 'ilah' ia bererti meningkatkan penggantungan kita kepada Allah dan sebagai sumber kepada penyelesaian segala masalah. Ia seperti dijelaskan menerusi ayat 28 Surah al-Ra'd yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah. Ingatlah (bahawa) dengan mengingati Allah SWT itu tenteramlah segala hati" - (hati akan tenang).

Tidak kira walau mereka ditimpa malapetaka, mereka segera insaf dan melihat kembali kesilapan yang dilakukan agar ia dapat diubah. Bagi orang beriman, ujian yang datang dalam kehidupan bukanlah dianggap sesuatu perkara yang malang kerana yakin bahawa Allah SWT mempunyai perancangan disebaliknya. Semakin tinggi iman seseorang itu, semakin tinggi pula ujiannya.

Setiap orang akan diuji dengan pelbagai ujian, yang membezakannya adalah bentuk ujian itu. Sebaiknya, apabila ditimpa ujian, hindarkan untuk membandingkan ujian itu dengan apa yang dilalui orang lain kerana kita tidak tahu apakah ujian yang sedang dilalui seseorang itu.

Dan sesungguhnya ujian itu menyempitkan hati. Yang menjadikan kita tenang menghadapi sesuatu ujian adalah tahap keimanan kita dan bagaimana kita menghadapi ujian itu. Iman yang mantap dan keyakinan tinggi terhadap kekuasaan Allah SWT sahaja yang dapat memberi kita gambaran kebesaran Allah.

Merasai kasih sayang Allah ketika musibah

Kita juga akan merasai kasih sayang Allah ketika ditimpa musibah dan ujian.Inilah yang dikatakan dua perkara yang akan mendekatkan kita dengan Allah iaitu hajat dan ujian.

Amatlah malang bagi kita, jika kita melalui kedua-dua perkara itu tetapi kita semakin menjauhkan diri daripada Allah.

Syarat kedua untuk menjadi orang soleh adalah ilmu. Jika lampu itu sifatnya menerangi kegelapan, ilmu umpama obor menerangi kehidupan ktia.

Tanpa ilmu, seseorang tidak akan dapat beriman dengan sebenar-benarnya. Terdapat dua perkara yang membataskan ilmu iaitu orang yang malas dan orang yang rasa cukup dengan ilmu.

Jesteru kita wajib menuntut ilmu dan ketahuilah bahawa ilmu Allah itu sangat luas. Setiap perkara yang ingin kita laksanakan perlulah dilakukan dengan ilmu agar ia menjadi manfaat dan kebaikan buat kita. Menerusi ilmu, kita akan banyak membuat kebaikan kerana mengetahui ganjarannya.

Ilmu amat mudah diperolehi pada hari ini kerana terdapat pelbagai cara boleh didapati seperti mendengar kuliah, mendatangi majlis ilmu, mendengar radio, membaca majalah, malah kemudahan internet hari ini membolehkan 

No comments: