Saya tertarik dengan berita tentang kajian mengenai daun
betik sebagai penawar untuk denggi. Menurut surat daripada Rotherdermus,
daripada Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IPPM) yang disiarkan
di dalam akhbar The Sun pada 15 Oktober 2014 (Surat tersebut boleh dibaca kat sini).
Dalam surat tersebut dilaporkan bahawa jus daun betik telah dibukti
secara klinikal dapat meningkatkan platlet darah pesakit denggi.
Namun apa yang agak mengejutkan ialah kenyataan daripada Professor
Adeba daripada Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, yang disiarkan
dalam akhbar The Star pada 7 Oktober 2014 (Boleh baca kat sini).
Beliau berkata jangan seronok sangat dengan berita tentang jus daun
betik dapat meningkatkan platlet darah pesakit denggi. Menurut beliau
doktor lebih risau tentang fenomena “kebocoran plasma”, yang boleh
menyebabkan pendarahan dalaman (yang tidak dapat dikaitkan secara
lengsung dengan tahap platlet).
Professor Adeba mengingatkan bahawa daun betik mengandungi banyak
alkaloid, satu bahan yang diketahui toksid, dan juga mengandungi
sebatian yang diketahui mempunyai kesan langsung ke atas jantung.
Menurut Rotherdermus, jika daun betik mempunyai bahan yang merbahaya,
kenapa tidak dimaklumkan kepada orang ramai lebih awal lagi. Masyarakat
Malaysia sejak turun temurun menggunakan daun betik sebagai makanan
harian (ulam dan sebagainya). Pengamal perubatan tradisional juga
menggunakannya sebagai ubat untuk berbagai jenis penyakit. Beliau
mencadangkan agar IPPM dan Fakulti Perubatan Universiti Malaysia
bergabung tenaga untuk melakukan kajian lebih lanjut tentang kesesuaian
penggunaan daun betik sebagai penawar denggi, termasuk juga kajian
toksikologi untuk menentukan tahap toksid yang terkandung di dalamnya.
No comments:
Post a Comment