Friday, January 9, 2015

PEMANIS TIRUAN MENINGKATKAN RISIKO KENCING MANIS

pemanis_tiruan

Pemanis tiruan dan mikrob usus tertentu sebelum ini telah dikaitkan dengan obesiti, dan menurut kajian terkini, pemanis tiruan mungkin meningkatkan risiko kencing manis dengan mengganggu mikroflora usus anda. Menurut pengarang kajian yang mendapat publisiti meluas:

“Kami membuktikan bahawa pengambilan rumusan pemanis tiruan tanpa kalori yang biasa digunakan memacu perkembangan intoleransi glukosa melalui induksi perubahan komposisi dan kefungsian mikrobiota usus.”

Para penyelidik mendapati bahawa pemanis tiruan mengubah laluan metabolik tertentu yang berkaitan dengan penyakit metabolik, dan ia boleh menyebabkan disbiosis usus dan glukosa tidak bertoleransi pada orang yang sihat.

Intoleransi glukosa adalah suatu keadaan di mana badan anda kehilangan keupayaan untuk menampung jumlah gula yang tinggi, dan ia adalah pelopor kencing manis jenis 2 yang terkenal. Ia juga memainkan peranan dalam obesiti, kerana gula yang berlebihan dalam darah akhirnya akan disimpan di dalam sel-sel lemak anda.

Hakikat bahawa pemanis tiruan boleh memburukkan lagi gangguan metabolik seperti kencing manis adalah satu tamparan hebat kepada pesakit kencing manis yang taat mengikuti cadangan untuk beralih kepada makanan dan minuman diet bagi mengawal kencing manis mereka.


Hakikat bahawa pemanis tiruan BUKAN sahabat baik pengamal diet mahupun pesakit kencing manis telah agak lama diketahui oleh para penyelidik. Masalahnya ialah ia tidak menerima daya tarikan yang diperlukan di media – sehingga sekarang. Berita mengenainya telah dilaporkan di dalam The Verge, Edisi 17 September 2014 dan Scientific American, Edisi 17 September 2014.

Pemanis Tiruan Boleh Secara Teruk Menghalang Usaha Menurunkan Berat Badan

Mereka yang bertukar kepada pemanis tiruan, seperti aspartame, saccharin dan sucralose, biasanya adalah mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan/atau yang mengidap kencing manis. Kebanyakan daripada mereka tidak sedar bahawa ini adalah pertukaran diet yang sangat buruk pernah mereka lakukan. Kajian juga berulang kali menunjukkan bahawa minuman rendah kalori atau tanpa kalori yang menggunakan pemanis tiruan, cenderung untuk merangsang selera makan, meningkatkan keinginan kepada karbohidrat, merangsang penyimpanan lemak dan berat badan, dan menggalakkan rintangan insulin dan kencing manis. 

Banyak sebab berlainan kenapa ianya terjadi. Pertama, pemanis tiruan secara asasnya menipu badan anda untuk mempercayai yang ia akan menerima gula (kalori), tetapi apabila gula tidak tiba, badan anda memberi isyarat yang ia memerlukan lebih banyak, yang menyebabkan ketagihan karbohidrat. Sejak dua dekad lepas terdapat banyak kajian, yang disiarkan dalam jurnal perubatan, yang mengaitkan antara rasa manis tersebut dengan peningkatan rasa lapar. Ia dengan jelas menyangkal dakwaan industri minuman yang menyatakan minuman soda diet membantu dalam pengurusan berat badan. Pemanis tiruan juga menghasilkan pelbagai disfungsi metabolik, disbiosis usus dan mikrobiome terubah, yang menggalakkan penambahan berat badan.

Adakah Terdapat Pilihan Selamat Dan Sihat Untuk Gula?

Salah satu strategi terbaik membuang tabiat suka manis adalah untuk mengamalkan puasa berselang (sunat puasa hari Isnin dan Khamis), dan memastikan yang anda makan cukup lemak yang sihat. Apabila badan anda mempunyai bahan api yang betul, keinginan manis anda akan berkurangan secara radikal. Jika anda memerlukan pemanis anda boleh menggunakan daun stevia atau Luo Han, kedua-duanya adalah pemanis semulajadi yang selamat.

Perlu ingat, jika anda bergelut dengan tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, kencing manis, atau berat badan berlebihan, maka anda mempunyai masalah sensitiviti insulin dan akan mendapat manfaat daripada mengelakkan SEMUA pemanis.

No comments: