Semakin kita berusia, kemampuan kita untuk melawan
jangkitan dan masalah kesihatan lain akan berkurangan dengan ketara.
Sistem imun, yang bertanggungjawab untuk melawan jangkitan, dalam
kalangan orang dewasa tidak lagi berfungsi secekap seperti dalam
kalangan orang muda.
Antara kesan serius daripada kekurangan tersebut adalah kadar penyakit kanser, radang paru-paru, dan selesema yang lebih tinggi.
Vitamin D3 membantu tulang menyerap kalsium. Selain daripada itu,
vitamin D kini didapati berguna untuk seluruh badan, daripada
memperkukuhkan sistem imun, hingga ke pengawalan pertumbuhan sel.
Lebih daripada 2,000 gen (kira-kira 6% daripada genom manusia)
dikawal oleh vitamin D. Hakikat bahawa setiap tisu di dalam badan,
termasuk otak, jantung, payudara, otot dan sistem imun, mempunyai
reseptor bagi vitamin D bermakna ia diperlukan pada tahap yang optimum
untuk tisu ini berfungsi dengan baik.
Satu fakta yang mengejutkan adalah dianggarkan hampir 50% daripada
penduduk dunia mempunyai risiko kekurangan vitamin D3. Ia adalah nutrien
semulajadi yang dihasilkan dalam badan kita daripada pendedahan kepada
cahaya matahari. Ia dihasilkan sebagai pro-hormon di dalam kulit selepas
pendedahan kepada cahaya matahari, dan kemudian ditukar kepada bentuk
hormon yang kuat hanya apabila tubuh memerlukannya.
Pada hakikatnya, apabila kita semakin tua, kita kehilangan keupayaan
untuk menukarkan cahaya matahari kepada vitamin D dalam badan kita.
Walau bagaimanapun, kekurangan tersebut boleh diatasi dengan makanan
tambahan dalam bentuk vitamin D3.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa kajian yang
dijalankan mengenai manfaat vitamin D3 dalam pelbagai keadaan, seperti
kanser, kesihatan jantung, diabetes dan penyakit Parkinson.
Didapati bahawa tahap rendah vitamin D dalam darah dikaitkan dengan
peningkatan risiko kanser. Mereka yang mempunyai tahap vitamin D yang
lebih rendah mempunyai risiko mendapat kanser yang lebih tinggi daripada
mereka dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi.
Salah satu kanser yang pertama dikenal pasti sebagai mempunyai kaitan
dengan vitamin D adalah kanser payudara. Sekarang terdapat bukti bahawa
vitamin D mengurangkan risiko kanser payudara, memandangkan ianya telah
dibuktikan dapat menghalang pertumbuhan tumor kanser payudara.
Ramai pakar kesihatan mengesyorkan 1,000 I.U. hingga 2,000 I.U.
vitamin D3 sehari untuk tujuan mengurangkan risiko penyakit seperti
kanser, osteoporosis, keradangan, strok, serangan jantung kronik dan
selesema.
No comments:
Post a Comment